CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8224|Reply: 2

SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

[Copy link]
Post time 21-8-2020 08:20 PM | Show all posts |Read mode
GALAKSI VIRAL - Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan Pop/Folk Rock Malaysia yang sangat popular di era 1990 an. Kumpulan ini cukup terkenal dengan deretan lagu Balada yang mega hits yang malar segar dan masih ppopular sehingga ini. Lebih menarik lagi, jumlah  jualan keseluruhan album mereka juga melebihi 500,000 unit sehingga tahun 2003 dan ini menjadikan mereka sebagai salah seorang artis paling tinggi jualan untuk era 1990 an. Selain itu, keunikan vokal Ameng dan pemuzik yang sangat berbakat di dalam kumpulan ini juga  menjadikan mereka sebuah kumpulan Pop yang sangat berpengaruh di era 1990 an. Mereka juga sangat popular di Indonesia  apabila ada peminat di sana yang amat meminati lagu Sampai Hati dan Bourgenvilla.

SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


01. SEJIWA
Komposer : Adi Jagat
Penulis Lirik : Azida NS
Album : Spring
Tahun : 1991
Catatan : Lagu slow rock ini popular pada tahun 1991 dan ramai menyukai lagu ini kerana vokal Ameng yang berbeza dengan kumpulan muzik yang lain dan persembahan muzik mereka yang bagus serta mantap.
  



Video Lagu Sejiwa




02. SAMPAI HATI
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Juwie
Album : Sampa Hati
Tahun : 1992
Catatan : Lagu ini meletop di pasaran muzik tempatan dan menjadi salah satu lagu paling popular tahun 1993. Lagu ini berjaya ke Peringkat Akhir AJL 1993 untuk kategori Balada. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1993 ialah No.1 selama 8 minggu dan berada di dalam carta selama 16 minggu. Kumpulan Spring juga memenangi anugerah Video Muzik Terbaik di AIM 1993 melalui lagu ini.


Video Lagu Sampai Hati




03. BUTAKAH CINTA
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Habsah Hassan/Remy.S
Album : Bourgenvilla
Tahun : 1994
Catatan : Lagu Balada ini sangat popular pada tahun 1994 dan pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1994 iaitu selama 3 minggu dan berada di dalam carta selama 17 minggu. Lagu ini juga merupakan antara karya terbaik daripada komposer ternama Saari Amri.


Video Lagu Butakah Cinta


Info Lanjut Boleh Rujuk Di Link Ini >>> SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua lagu spring best2.., lagi2 sejiwa.,
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2020 10:57 PM | Show all posts
saya suka dengar lagu spring yg nie..huhuu

persada cintamu - spring



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.060345 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list