CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2011|Reply: 0

Wabak Covid-19: Bersatu padu adalah jalan keluar kita

[Copy link]
Post time 25-8-2020 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Wabak Covid-19: Bersatu padu adalah jalan keluar kita
Bagaimana keluar dari dilema wabak yang tidak pernah terjadi sebelumnya ini dipercayai menjadi persoalan yang difikirkan oleh setiap negara sekarang. Bagi Malaysia, kedudukan dasarnya adalah: Lepaskan prasangka antara negara dan hadapi bersama-sama cabaran.

Wuhan adalah bandar yang paling parah pada peringkat awal wabak itu meledak. Kerajaan Malaysia dan semua pihak masyarakat bertindak secara aktif untuk memberi sokongan dan bantuan kepada China. Malaysia segara mengatur koleksi sejumlah besar topeng untuk membantu Wuhan dan menyumbang 18 juta sarung tangan perubatan kepada China untuk membantu China memerangi Covid-19.

Kerajaan negeri Sabah pula segera menubuhkan “Dana Wuhan” dan mengumpul sekitar 2 juta ringgit. Sekumpulan pemuzik Malaysia juga menggunakan lagu Michael Jackson “You Are Not Alone” sebagai lagu utama dan mengadakan konsert untuk menyokong perjuangan Wuhan menentang wabak tersebut di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia. Sokongan ikhlas dari Malaysia ini memang menyentuh hari rakyat China.

Namun, tidak beberapa lama kemudian, wabak Covid-19 juga merebak di Malaysia. Menurut statistik dari Biro Perangkaan Malaysia, sejak kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan setelah penyebaran wabak hingga Jun, kebanyakan industri tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Sektor pelancongan pertamanya menjadi sektor yang paling teruk dilanda. Industri pembuatan dan perkhidmatan yang menderita kerugian yang terbesar juga dihalang dan tidak dapat beroperasi secara normal. Banyak syarikat mengumumkan memberhentikan pekerja. Hal ini juga menyebabkan peningkatan pengangguran secara tidak langsung. Kadar pengangguran telah menambah hingga 50%, kadar yang tertinggi dalam sejarah Malaysia.

‘Bukit sama didaki, lurah sama dituruni’, inilah peribahasa dikata oleh China kepada Malaysia. Tidak perlu menunggu masa yang lama, China menunaikan segera hasrat murni mereka apabila keadaan wabak di Malaysia semakin parah pada bulan Mac, China secara berupaya telah menyediakan bahan dan sokongan teknikal kepada Malaysia.

China Construction Bank (Malaysia) menyumbang 15,000 topeng kepada kerajaan Malaysia tidak beberapa lama. Selepas itu, kumpulan kedua sumbangan dari China diterima kerajaan. Selain itu, China juga menyumbangkan lebih banyak bahan-bahan anti-wabak ke Malaysia, termasuk pakaian pelindung, ventilator dan sebilangan besar alat ujian asid nukleik.

Pada masa yang sama, China juag membekalkan peralatan perubatan dan pasukan perubatan kepada Malaysia untuk membantu merawat orang yang dijangkiti; pada pihak aktiviti ekonomi, pembaikan rantaian bekalan Malaysia dan China juga berjalan dengan teratur. Kedua-dua negara saling membekalkan bahan mentah dan produk yang diperlukan untuk memastikan bahawa rantaian bekalan komoditi antara Malaysia dan China tidak terganggu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.052274 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list