|
Edited by FORUMCARIII at 7-9-2020 10:05 AM
SUNGAI BULOH: Pelakon, Nur Fazura terharu atas kesabaran suami, Fattah Amin melayan kerenahnya sejak hamil.
Berkongsi kisah yang pernah terjadi, Fazura yang sedang hamil lapan bulan memberitahu, Fattah sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginannya.
"Fazura yang kini hamil lapan bulan berkata, Fattah seorang yang amat sabar dan terlalu menjaga hatinya dari terluka.
"Ketika mula-mula mengandung, saya memang amat cerewet bab makan. Ada satu ketika, dia beli sandwich yang mengandungi mayonis sedangkan saya tak suka.
"Saya memang tak suka mayonis dan sos sehingga akhirnya saya menangis. Dia pujuk saya dan keluar semula pergi belikan sandwich yang baru semata-mata untuk bagi saya makan. Selepas itu saya minta ampun kepadanya kerana kasihankan dia yang sanggup buat apa saja untuk saya," katanya.
Fazura yang ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulitnya, Fazura Skincare berkata, Fattah juga sanggup mengalah biarpun dia sebenarnya yang bersalah.
"Dia akan bagi saya menang dan kata, iyalah sayang...you menang," katanya.
Menurut Fazura, ketika awal kehamilan, Fattah tidak menyedari dirinya yang mengidam.
"Semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu ketika Ramadan, sebaik berbuka puasa, dia kerap membuka peti sejuk dan banyak makan aiskrim sehingga berat badannya naik. Saya pula berpantang makan pedas dan tajam seperti nanas," katanya.
Pada majlis itu, Fazura turut melancarkan jenama penjagaan kulit, Fazura Skincare.
Set eksklusif ditawarkan dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|