Dua lelaki dari Luwu Timur, Sulawesi ditahan selepas memaksa kanak-kanak lelaki meminum minuman keras.
Kredit foto: FB
Sebelum ini, tular di media sosial video mangsa terhuyung-huyung hingga terjatuh selepas dipaksa minum arak oleh seorang lelaki dan rakannya yang merakam kejadian.
Susulan itu, polis menahan Firman Efendi (20) dan Rifky Hendra (19) pada 23 Ogos lalu bagi membantu siasatan.
CNN Indonesia melaporkan, kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah di Towuti dan mereka berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika didapati bersalah.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibu bapa mangsa sedang bekerja di sebuah kebun.
Kemudian, kanak-kanak berkenaan menghampiri dua lelaki terbabit yang sedang minum arak sebelum disuruh meminum minuman keras berkenaan. - CARI