Hello wadap2 Assalamualaikum bless you haha tau kan PKPP dah dilanjutkan sampai habes terus tahun 2020. Jadi apa cer kaki travel sekalian? Ada ke antara korang yang drive laju2 menuju KLIA konon2 kejar flight tapi kemudian patah balik ke bukit jalil? Haha ni ada dua idea menarik yang wajib AirAsia atau MalaysianAirlines follow, korang pergilah merayu2 kat dua companies tu untuk buat benda sama macam ni. Jangan lupa kidnap awek jiran sebelah untuk selfie mata comel untuk bagi rayuan nampak lagi valid.
#1 Julai 2020 - Airport Taiwan Taoyuan IA dah buat cabutan bertuah kat facebook dan dari 7000 peserta, 180 pemenang berjaya menaiki penerbangan selama dua jam yang tak terbang langsung pun. Semua prosedur berlaku macam sebelum covid-19, dari kastam, check pass masuk etc kecuali kali ni bila dah habes safety instruction, pramugara/i semua dah duduk penumpang semua dah ketatkan tali pinggang, airplane tak berlepas pun. Disebabkan n-flight meal bukan sedap pun, penumpang dibelanja makan di cafe dalam airport.
Penerbangan Tak Terbang dah SUKSES!, jadi akan ada penerbangan tak terbang kedua, ketiga dan selanjutnya oleh airport taiwan dalam masa terdekat.
#2 Ogos 2020 - Syarikat penerbangan ANA juga buat penerbangan ke Hawaii, membawa semua 334 penumpang bertuah naik A380 dengan kapasiti 60% lebih rendah akibat social distancing covid-19, untuk trip ke Honu Hawai. Pesawat berlepas menuju Hawaii, dan sepanjang perjalanan penumpang disediakan pengalaman penerbangan dengan vibe hawaian resort, ada jus nenas dan mojito, tontonan video, mainan rattle dan souvenir penyu. Tapi selepas 90 minit, pesawat patah balik ke jepun dan mendarat semula di airport Narita. Ini "penerbangan sightseeings" semata-mata, tapi suasana melancong tu ada, termasuk ground crew yang pakai baju Hawaii, pegang banner dan melambai2 untuk lebih menghidupkan suasana.
Penerbangan Patah Balik dah SUKSES!, jadi you all tau Jepun perangai macammana kan? Diorang dah ready untuk 2nd flight dah.
Twitter
#3 November 2020 - Warga Australia bakal dapat fly ke Antartica, dari Australia ke Antartica pada hari minggu tapi flight takkan landing jadi tak perlu bawa luggage, pakai seluar pendek pun takpe, passport pun tak perlu. Pesawat akan terbang selama lebih 4 jam menuju antartika, 4 jam terbang sambil berpusing dalam bentuk 8 untuk memberikan peluang pemandangan sama rata terhadap kesemua penumpang, terbang di udara mengelilingi benua antartica sebelum ambil 4 jam lagi untuk berpatah balik ke Australia. Akan ada in flight meal, video pasal antartica dan pensyarah/ expert bersedia menjawab soalan penumpang berkaitan antartika.
PS: Mungkin terbang pusing2 atas spratly islands untuk kita warga Malaysia?
menarik. aku rasa syarikat penerbangan dah boleh start buat program macam ni memandangkan banyak kapal terbang yang x jalan. kalau ada pekej overnight & makan2 dalam kapal terbang, nak jugak merasa
Tapi aku tak suka duduk dalam kapal terbang. Tak selesa bagi aku. Bila fly memang tak sabar nak sampai cepat. Ke sebab aku tak pernah fly business class, ekonomi je mampu