CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adila39

(HEALTHCARE HIGHLIGHTS) ANTARA PUNCA KANSER USUS

  [Copy link]
Post time 18-10-2020 11:49 PM | Show all posts
adila39 replied at 14-10-2020 09:54 PM
exactly, ada org terus x makan. xboleh jugak kan?... so sederhana aje lah... hmmm steak, medium ra ...

taklah tak elok tak makan daging, tetapi kurang lah protein dan kena cari punca lain lah utk dpt protein itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerap makan daging antara puncanya?
Huhu..lepas ni kena kurangkan daging.
Aduii takut la pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 19-10-2020 12:01 AM
Kerap makan daging antara puncanya?
Huhu..lepas ni kena kurangkan daging.
Aduii takut la pulak

jika makan terlalu banyak... xmakan langsung pun xboleh jugak... so sederhana ok
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:08 AM | Show all posts
DALAM kalangan masyarakat Timur, kita cenderung mengelak sebanyak mungkin daripada bercakap mengenai fungsi bahagian badan kita yang sulit kerana menurut tradisi ia adalah satu subjek yang kasar dan memalukan.

Khususnya, apa sahaja yang ada kaitan dengan usus kita dan pergerakannya biasanya akan membuat segelintir daripada kita rasa malu dan merayu untuk menukar subjek.

Namun malangnya bagi mereka, kesihatan usus kita — kolon (usus besar) dan rektum (dubur) kita khususnya — adalah satu topik penting yang semua kita perlu timbulkan dari semasa ke semasa kerana risiko menghidap kanser usus adalah sesuatu yang benar-benar tulen bagi kita semua.

Sebagai kanser kedua paling biasa di Malaysia dan Sarawak, kanser usus adalah sejenis kanser yang bermula dalam kolon atau rektum kita dan mempunyai anggaran kadar insiden 14.6 dan 11.1 masing-masing bagi setiap 100,000 lelaki dan wanita di Malaysia.

Diperolehi dari ‘Laporan Pejabat Pendaftar Kanser Negara Malaysia 2007 hingga 2011’,perangkaan ini menunjukkan bahawa penyakit ini adalah kanser paling biasa dijumpai di negeri ini di kalangan kaum lelaki dan kanser kedua paling biasa di kalangan wanita.

Di seluruh dunia, kadar kanser global turut mencerminkan trend ini kerana kanser usus masih dalam kelompok tiga kanser paling kerap dihidapi.

Namun walaupun ia adalah kanser yang paling kerap dilihat, laporan itu juga menunjukkan bahawa peratusan kes kanser usus yang dikesan pada Peringkat I dan II adalah hanya 34.1 dan 34.8 peratus sahaja masing-masing bagi lelaki dan wanita.

Bagi menjelaskan kadar kecil ini, Dr Lau Kah Liew, pakar onkologi klinikal dan ahli jawatankuasa Persatuan Onkologi Malaysia (MOS), berkata ini kerana kombinasi kese-daran rendah mengenai penyakit itu serta sifat-sifatnya dan kesukaran untuk mengesannya.

SIMPTOM KANSER

Menurut Dr Lau, sebab utama kenapa kanser usus lebih sukar untuk dikesan berbanding beberapa kanser lain adalah kerana sifat simptomnya yang tidak khusus atau spesifik, sama seperti kanser lain.

Simptom biasa bagi kanser usus adalah perubahan dalam tabiat usus seperti cirit-birit, sembelit, najis tidak lebar, pendarahan rektum (dubur), pembuangan mukus, darah berterusan dalam najis, dan sakit bahagian bawah abdomen, kekembungan atau rasa tidak selesa.

“Ia sangat sukar untuk menentukan sama ada salah satu simptom ini sebenarnya adalah disebabkan oleh kanser itu ataupun tidak, kerana simptom seperti sakit bahagian bawah abdomen, kekembungan dan rasa selesa boleh disebabkan dengan mudah oleh perubahan kecil dalam tabiat makan seseorang.

“Malah simptom yang tidak biasa seperti pendarahan rektum dan najis berdarah dapat dilihat seperti normal untuk ramai orang kerana mereka hanya akan memikirkan bahawa ia disebabkan hemoroid (buasir) mereka.

“Semua simptom ini sangat tidak spesifik dan dapat meniru simptom beberapa penyakit yang sangat biasa,” jelasnya.

Selain itu, pengesanan penyakit itu sukar, kata Dr Lau, kerana ia juga boleh berlaku tanpa sebarang simptom sama sekali pada peringkat awal.

Maka itu, bila berdepan dengan penyakit yang dapat menyamar dan kadang-kadang senyap ini, bagaimanakah kita sebenarnya membantu untuk memupuk kadar pengesanan lebih awal di kalangan masyarakat kita?

Dr Lau mengesyorkan agar kita bermula dengan meletakkan lebih banyak kepercayaan kepada golongan profesional penjagaan kesihatan dan mendapatkan nasihat mereka setiap kali kita mengalami sesuatu yang luar daripada norma.

“Contohnya, jika anda kerap mengalami pergerakan usus setiap tahun dan anda tiba-tiba mengalami sembelit atau cirit-birit tanpa banyak perubahan kepada tabiat harian anda, saya akan mencadangkan agar anda masuk untuk pemeriksaan yang cepat sebagai langkah berjaga-jaga,” nasihatnya.

Selain lebih aktif dalam usaha melaporkan keadaan kita yang tidak sihat dan mendapatkan rawatan perubatan, Dr Lau turut menyatakan terdapat beberapa faktor berkaitan gaya hidup yang kita dapat ubah suai untuk membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit itu.

bersambung ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:10 AM | Show all posts
FAKTOR RISIKO

Bagi kanser usus khususnya, Dr Lau menyatakan kaitan di antara kanser dengan pemakanan, berat badan dan senaman adalah antara yang paling kuat bagi sebarang jenis kanser, seterusnya menekankan kepentingan bagi kita untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif.

“Risiko menghidap dan mati kerana kanser usus adalah lebih tinggi jika kita mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk dan ini seterusnya diburukkan oleh risiko lebih serius daripada ketidakaktifan fizikal, jadi jika anda lebih aktif, lebih baik.

Dan bagi pemakanan, makanan yang tinggi dengan daging merah dan diproses serta rendah dalam serat boleh meningkatkan risiko menghidap kanser usus.

Selain itu, memasak daging pada suhu tinggi seperti mengering, memanggang dan menyalai mungkin juga mewujudkan kimia yang mungkin meningkatkan risiko kanser.

“Saya mengesyorkan pengambilan makanan ini secara sederhana,” katanya.

Tidak melupakan suspek biasa yang menyebabkan kanser, merokok dan pengambilan alkohol berlebihan, Dr Lau memberi amaran tentang tabiat merokok atau meneruskan tabiat itu kerana merokok dengan mudah dapat meningkatkan risiko sebanyak 20 peratus bagi kita untuk menghidap kanser.

Penyakit itu juga telah dikaitkan dengan penggunaan alkohol berlebihan, jadi membataskan minuman yang mengandungi alkohol kepada tidak lebih daripada dua (gelas) sehari bagi lelaki dan satu (gelas) sehari bagi wanita dapat membantu mengurangkan risiko kanser usus,” tambahnya.

Sementara mengamalkan gaya hidup lebih sihat dapat membantu kita mengurangkan risiko menghidap kanser usus, ia juga penting untuk ingat bahawa terdapat faktor risiko yang tidak dapat kita kawal seperti usia lebih lanjut, sejarah polip kolorektal atau penyakit usus radang pada diri atau keluarga, sindrom yang diwarisi bagi kanser, dan diabetes (penyakit kencing manis) jenis dua.

Semua individu yang tergolong dalam kategori-kategori seperti yang disebut di atas mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kanser dan disyorkan untuk menjalani pelbagai proses pemeriksaan bagi penyakit itu.

bersambung ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:18 AM | Show all posts
PEMERIKSAAN

Tetapi apa sebenarnya proses pemeriksaan yang disyorkan bagi kanser usus?

Dan apakah yang harus dibuat dengan cara lain oleh individu berisiko tinggi?


Malangnya, tidak ada satu proses pemeriksaan yang dapat disyorkan kerana terdapat banyak garis panduan di dunia yang semuanya mengesyorkan perkara-perkara berlainan.

Beberapa negara menawarkan pemeriksaan menerusi ujian darah ‘fecal occult’ (FOBT) sekali dalam masa dua tahun untuk mengesan darah dalam najis manakala ada yang mengesyorkan kolonoskopi sekali setiap 10 tahun untuk mengesan sebarang pertumbuhan luar biasa.

Bagaimanapun satu perkara yang sama bagi mereka ialah ujian ini biasanya hanya ditawarkan kepada individu yang lebih tua kerana kanser usus jauh lebih biasa berlaku pada usia melebihi 60 tahun.

Maka itu bagi individu berisiko lebih tinggi, Dr Lau berkata, proses pemeriksaan sebenarnya terpulang kepada doktor masing-masing, tetapi ia kemungkinan besar melibatkan pemeriksaan pada usia lebih awal atau dengan kekerapan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, beliau menambah, semua ujian pemeriksaan ini tidak 100 peratus tepat kerana ia mungkin terjejas dengan mudah oleh keputusan positif atau negatif yang palsu.

Khususnya, ujian ‘carcinoembryonic antigen’ (CEA) atau ujian penanda tumor yang biasanya ditawarkan dalam banyak pakej ujian darah, mungkin menunjukkan keputusan positif yang palsu kerana tahap CEA mungkin dipertingkatkan dalam jenis tertentu atau keadaan bukan kanser.

“Segelintir pesakit kanser mempunyai tahap CEA normal sedangkan segelintir individu sihat mempunyai tahap tinggi, dan perokok yang tidak ada kanser juga boleh menampakkan nilai CEA yang lebih tinggi,” ujarnya.

Disebabkan oleh hasil palsu yang berpotensi ini, Dr Lau menasihatkan pesakit untuk tidak terlalu risau mengenai keputusan awal ujian pemeriksaan tertentu kerana biasanya lebih daripada satu ujian mungkin diperlukan untuk mengesahkan atau mengetepikan diagnosis bagi kanser usus.

Jika pun pesakit didiagnos dengan kanser, Dr Lau percaya langkah terbaik dalam situasi mereka adalah untuk sentiasa tenang kerana tidak ada perkara dalam hidup yang sama, dan situasi serta kesudahan bagi setiap pesakit adalah berbeza daripada satu sama lain.

“Apabila kita didiagnos dengan kanser usus atau jenis kanser lain, jangan tertekan mengenai kadar ‘survival’ kerana ia hanyalah anggaran bagi kemungkinan rawatan anda akan berjaya dan tidak sebenarnya meramalkan apa yang akan berlaku dalam kes mana-mana individu.

“Sebaliknya, perkara terbaik untuk dilakukan adalah untuk terus tenang dan mendapatkan kefahaman yang lebih baik mengenai pilihan rawatan anda kerana sekarang adalah peluang keemasan untuk memulakan rawatan dan mengawal penyakit.

“Kerana penyakit hanya diubati apabila pesakit bersedia untuk mengatasinya.

“Seorang doktor hanya membantu mereka untuk menentang penyakit mereka. Ia adalah pesakit sendiri yang menentang penyakit,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2020 09:21 AM | Show all posts
CARA RAWATAN

Bagi kanser usus, pembedahan biasanya rawatan utama bagi kes di mana kanser hanya dijumpai pada satu bahagian badan sahaja: ia mungkin digunakan bersendirian atau bersama rawatan lain seperti kemoterapi atau terapi radiasi.

Rawatan ini boleh diberikan sebelum pembedahan untuk mula-mula menyusutkan tumor, atau selepas pembedahan untuk mengurangkan risiko kanser daripada berlaku semula.

Dalam tempoh lima tahun pertama ketika kanser semakin reda, peluang ia untuk kembali adalah paling tinggi, dan sebab itulah biasanya kemoterapi dalam bentuk pil atau titisan intravena diberikan kepada pesakit untuk membantu menguruskan risiko ini.

Selain itu, kolonoskopi turut disyorkan setahun selepas rawatan asas berakhir dan, jika keputusan adalah normal, sekali lagi dalam tempoh tiga tahun, kemudian sekali dalam tempoh lima tahun.

Kanser adalah penyakit untuk diurus bukan untuk disembuhkan.

Sementara idea tentang kanser yang berulang adalah sesuatu yang menakutkan bagi ramai bekas pesakit kanser, Dr Lau mengajukan perspektif yang berlainan mengenai situasi itu.

“Bagi saya, saya melihat kanser sebagai penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan penyakit jantung. Dan sama seperti penyakit tersebut, kanser adalah untuk diurus dan bukan untuk disembuhkan.

“Ia bukanlah hukuman mati, ia hanya sejenis penyakit, dan daripada terlalu memikirkan sama ada ia akan kembali atau tidak, kita sepatutnya fokus kepada usaha mencapai kebahagiaan diri kita sendiri.

“Tidak kira betapa sihat atau kayanya kita, masing-masing ada 24 jam sehari.

“Jadi jalanilah setiap hari sepenuhnya,” katanya.

Terimakasih dan credit kepada DR LAU KAH LIEW

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:25 AM | Show all posts
1. Jantina– Lelaki lebih berisiko untuk mendapat kanser perut sebanyak dua kali ganda daripada wanita.

2. Usia– Kanser perut berlaku pada golongan tua di mana terdapat peningkatan kes yang mendadak berlaku selepas berusia 60 tahun ke atas.

3. Kaum– Menurut statistik daripada Institut Kanser Negara pada tahun 2006, kebanyakan pesakit kanser perut adalah di kalangan kaum Cina sebanyak 61.7%, diikuti Melayu sebanyak 25.9% dan kaum India sebanyak 12.4%.

4. Jangkitan Helicobacter Pylori– Jangkitan ini ditemui pada dinding perut yang kerap ditemui di kalangan individu yang menghidap kanser perut. Namun tidak semua yang menghidapi jangkitan ini menghidap penyakit kanser perut.

5. Rokok– Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko mendapat kanser perut sebanyak dua kali ganda.

6. Diet– Bagi yang gemar memakan makanan disalai, dijeruk atau terlebih garam berisiko tinggi menghidapi kanser perut.

7. Keluarga– Jika dalam salasilah keluarga terdapat ahli keluarga yang menghidapi penyakit kanser perut, maka diri kamu juga berpotensi menghidap penyakit kanser perut ini.

Credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 2-9-2020 07:37 AM
Dah.meninggal dah doc...huhuuu...
Dari masa dia diagnos kanser tahap 4 tu..dalam.masa 100 hari di ...

Takziah puan. Terlmbt lak la baca ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 13-9-2020 01:53 AM
balun jejgn terlampau banyak sudahlah
omputeh makan red meat daily
breakfast pun bacon setiap ha ...

Xda la selalu. Tp hr tu masa rebus sosej, ntah knp rasa cam geli tekak lak. Adakah brand tu nye sosej x sedap or my palate for sausage has changed?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
my_irina replied at 14-10-2020 09:24 PM
My arwah ayah pun meninggal kanser usus stage 4...all happened dlm tempoh 3 bulan shj...dah la i oll ...

Takziah sis
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 21-10-2020 02:36 PM
Takziah puan. Terlmbt lak la baca ni.

Tq tq sis...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 21-10-2020 02:51 PM
Tq tq sis...huhu

                                 
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-10-2020 09:25 AM
1. Jantina– Lelaki lebih berisiko untuk mendapat kanser perut sebanyak dua kali ganda daripada wani ...


Thank You supermod for the info!

Comments

Thank you for managing the Board very well  Post time 26-10-2020 12:31 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:26 AM | Show all posts
Scheherazade replied at 21-10-2020 02:38 PM
Xda la selalu. Tp hr tu masa rebus sosej, ntah knp rasa cam geli tekak lak. Adakah brand tu nye so ...

your taste buds have gone sophisticated, i'd say; but hey, better living with better things , so says DuPont
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2020 11:17 AM | Show all posts
ipes2 replied at 23-10-2020 04:26 AM
your taste buds have gone sophisticated, i'd say; but hey, better living with better things , so s ...

xke DuPont employees diagnosed with cancers ? the scandal kat ohio tu river tu? if u know brief sikit kat kami ni...mekasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2020 12:32 AM | Show all posts
adila39 replied at 24-10-2020 11:17 AM
xke DuPont employees diagnosed with cancers ? the scandal kat ohio tu river tu? if u know brief si ...

DuPont kan chemical company, so it will not be free from all sorts. Even coffee was once blamed for cancers
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 18-10-2020 11:49 PM
taklah tak elok tak makan daging, tetapi kurang lah protein dan kena cari punca lain lah utk dpt p ...

Saya salah sorang yg band daging.. rasanya sgt sgt sgt susah daging nak masuk rumah.. ni anak nak kfc pun aku buat bodo jee.. kfc pun mgkin laa 2 bulan sekali kot.. kalo beli.. mcm nak mkn dgn kotak kotak skali anak saya.  Skrg ni saya cube kurang atau cube tolak gula garam dan semua yg process food... anak semua minum air cockoo je
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2020 12:06 PM | Show all posts
Yes, you are right our health is very important. Most people afraid of marriages as they are not physically strong. But they need to have legal aromatherapy products. They are wholesale dealers selling Potent THC Oil Cartridges and quality K2 products online. You just need to visit their site and order your favorite herbal products. They are 100% legal and following the regulations of 50 states.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 27-10-2020 05:39 AM
Saya salah sorang yg band daging.. rasanya sgt sgt sgt susah daging nak masuk rumah.. ni anak nak  ...

Since u banned daging...u makan ape je...vegan ke? Meh la share...i olls dah brjinak ke arah vegan...tp karbo (roti) susah nak tinggalkan....i love bread
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.100054 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list