CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5759|Reply: 12

Diet Bagai Nak Rak Tapi Tak Kurus-Kurus? Jom Kenali Jenis-Jenis Badan Dan Cara D

[Copy link]
Post time 6-9-2020 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by siputpepel at 6-9-2020 03:04 PM

Hai uols! Uols pernah tak cuba macam-macam diet atau macam-macam jenis senaman tapi kurusnya tak? Haa, kita geng. Kalau berat turun pun 2-3kg, paling banyak 5kg, lepas tu raya tahun depan, dia naik balik. Ok, sabar. Sila jangan nangis.

Baru-baru ni iols ada tertengok satu video di Youtube, rupanya manusia ni ada 3 jenis bentuk badan dan setiap badan ada diet dan cara senaman tersendiri. Patutlah selama ni berat susah turun, mungkin sebab kita tak kenal jenis badan diri sendiri dan mengamalkan diet yang tidak kena.

OK, jom kita start.


Jenis Tubuh dan Cara Mengetahui Kategori Anda
Terdapat pelbagai bentuk tubuh manusia, namun begitu ia boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu jenis badan mesomorph, ectomorph, atau endomorph. Jenis badan ini mempunyai ciri-ciri  yang  berbeza  dan  individu yang berkaitan harus menyesuaikan senaman dan diet kepada mana-mana kumpulan jenis badan yang disebutkan tadi.

#1 - Ectomorph
Ectomorph adalah golongan yang mempunyai bentuk tubuh yang kurus. Mereka biasanya digambarkan sebagai kekurangan berat badan, kurus dan tinggi berbanding dengan dua kategori yang lain.

Ciri –ciri ectomorph:
  • Memiliki peratusan lemak badan yang sangat rendah.
  • Mempunyai kadar metabolisme yang sangat tinggi.
  • Fizikal yang kurus.
  • Kekal langsing dengan mudah.
  • Mempunyai pinggang, pinggul dan bahu yang sempit.
  • Otot yang kurang, rendah berat badan tanpa lemak
  • Kurang menarik bentuk badannya.

#2 - Mesomorph
Golongan mesomorph adalah kelompok yang biasa dikaitkan dengan sukan  dan  olahraga. Golongan ini mempunyai lebih banyak otot dan biasanya mengamalkan gaya hidup sihat. Dari segi fizikal, golongan ini mempunyai bahu luas, tubuh yang kelihatan sasa dan berotot. Golongan ini biasanya kelihatan cergas dan bertenaga.

Ciri-ciri jenis badan mesomorph:
  • Mempunyai postur yang baik dan menarik iaitu mempunyai fizikal yang tegap dan sasa.
  • Mempunyai kadar metabolism yang tinggi yang membolehkan mereka menikmati makanan kegemaran tanpa berasa takut untuk menjadi gemuk.
  • Mudah bagi mereka untuk mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Penampilan mereka menarik, kelihatan sihat, bersemangat dan cergas.
  • Mereka mempunyai bahu yang luas dengan pinggang ramping.
  • Mengawal berat badan bukan masalah bagi golongan mesomorph.
  • Badan jenis ini mempunyai jumlah otot tanpa lemak yang sangat tinggi.
  • Badan yang berotot secara semula jadi.
  • Jenis badan mempunyai peratusan lemak badan yang rendah secara keseluruhannya.


#3 - Endomorph
Endomorph adalah kumpulan individu yang mempunyai bentuk badan yang besar dan montel dengan sistem pencernaan yang lebih perlahan. Individu yang  tergolong dalam kategori ini  biasanya  mempunyai berat badan berlebihan.

Ciri-ciri endomorph:
  • Penampilan fizikal mereka biasanya agak montel dan lembut serta lemak badan mereka sangat kelihatan di seluruh badan.
  • Nampak besar dengan jumlah lemak badan yang berlebihan terutama di sekitar pinggang, punggung dan paha.
  • Mempunyai sendi besar dan struktur tulang yang besar.
  • Tembam atau montel, berbentuk telur atau bulat, sering digunakan untuk menghurai atau menggambarkan jenis badan golongan ini.
  • Bersifat memuaskan nafsu makan dan mengambil kalori tambahan yang tidak perlu.
  • Berat berlebihan dan terdedah kepada obesiti dan bermasalah untuk menjaga berat badan.
  • Sukar mengurangkan berat badan dan membuang lemak.
  • Mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan hasil dan kejayaan yang berterusan dalam bidang kesejahteraan hidup, kesihatan dan kecergasan secara keseluruhannya.


Diet Khusus Untuk Setiap Jenis Badan
Ectomorphs
Disarankan untuk makan karbohidrat, protein, dan lemak ikut portion 45-35-20. Ini bermakna anda akan makan protein yang sederhana, rendah lemak, dan diet karbohidrat yang lebih tinggi berbanding dengan diet lain.

Mesomorph
Keperluan kalori jenis bentuk badan mesomorph sedikit lebih tinggi daripada yang lain, disebabkan oleh nisbah jisim otot yang lebih besar. Berat otot adalah lebih berbanding lemak maka ia memerlukan lebih banyak kalori untuk mengekalkannya. Walaupun semua jenis bentuk badan memerlukan karbohidrat, protein dan lemak, mengikut kajian mesomorph bertindak balas dengan lebih baik terhadap diet daripada sumber protein yang lebih tinggi.

Para pakar juga mendapati bahawa mesomorph bertindak balas dengan baik apabila pembahagian makanan dibahagikan kepada tiga, iaitu 1/3 protein, 1/3 sayuran atau buah dan 1/3 bijirin penuh atau lemak sihat. Hal ini termasuk sejumlah kecil protein dalam setiap hidangan dapat membantu pembaikian dan membesarkan otot. Sumber protein yang sangat baik termasuklah telur samada keseluruhan atau putih telur, ayam, ikan, kacang merah dan sebagainya.

Endomorph
Diet endomorf harus menjauhi karbohidrat halus dan makanan bergula. Daripada roti, biskut, bijirin dan keropok, anda harus mendapatkan karbohidrat terutamanya dari buah-buahan, sayur-sayuran dan sebilangan kecil biji-bijian berserat tinggi yang tidak halus seperti amaranth dan quinoa.

Dari segi pengedaran makronutrien, diet anda harus terdiri daripada 35 peratus protein, 35 peratus lemak dan 30 peratus karbohidrat. Anda boleh memilih diet seperti paleo, dengan protein, sayur-sayuran dan lemak sihat, seperti minyak zaitun atau alpukat, pada setiap hidangan. Diet rendah karbohidrat, diet paleo memberi tumpuan kepada makanan yang tidak disempurnakan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan, biji-bijian, ikan dan daging tanpa lemak

Senaman Mengikut Jenis Badan
Ectomorph
  • Jika ingin membina otot, jauhi aktiviti jarak jauh seperti berlari.
  • Senaman kardio juga hanya akan lebih mempercepatkan lagi kadar metabolism anda.
  • Lebihkan aktiviti mengangkat berat.

Mesomorph
  • Fokuskan kepada senaman yang konsisten.
  • Tekankan kepada bentuk senaman menggunakan power dan sprint untuk perkasakan lagi otot-otot anda.

Endomorph
  • Senaman bahagian atas badan seperti lengan dan bahu boleh dilakukan sebagai permulaan.
  • Untuk membuang lemak degil pula, anda boleh fokuskan kepada senaman kardio dan workout intervals.

Kesimpulan

Dah tahu jenis badan sendiri, harap lepas ni lebih mudah untuk kita diet dan bersenam.

P/S : Saya bukan fitness coach, saya hanya berkongsi benda-benda yang saya baca atau tahu untuk dimanfaatkan bersama.  Mungkin ada sesiapa di sini yang lebih pakar bolehlah memberi sepatah dua kata.








SUMBER:
https://sports4ums.wordpress.com/2012/06/03/mesomorph-ectomorph-dan-endomorph/
https://ms.morefit.eu/pelan-berat-badan-untuk-jenis-badan-endomorph/
https://www.maskulin.com.my/workout-tapi-takde-hasil-mungkin-anda-perlu-tahu-cara-bersenam-ikut-jenis-bentuk-badan/
https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/body-type-diet-are-you-ectomorph-mesomorph-endomorph/
https://blog.nasm.org/fitness/body-types-how-to-train-diet-for-your-body-type

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2020 09:35 AM | Show all posts
pokoknya kerajinan....itu yg paling utama jgk
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah 2 minggu skip exercise
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cut sugar dlm makanan
Stop makan dessert
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2020 01:37 PM | Show all posts
rosasen replied at 7-9-2020 09:35 AM
pokoknya kerajinan....itu yg paling utama jgk

rajin, displin dan istiqomah...

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 02:29 PM | Show all posts
siputpepel replied at 7-9-2020 01:37 PM
rajin, displin dan istiqomah...

haah istiqomah... aduiii tu berat jgk..hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
I am mesomorph... been following this reference guide semenjak 2011...  dalam site superskinny.com tu ada siap guideline type of exercise.... weight training, cardio, flexibility /yoga frequency.... food intake... i takde la strictly follow... but i have that thought in mind kalo i nak buat apa2....


I have been maintaining my weight between 52 -56 sejak 2011 sampai sekarang... kecuali masa pregnancy, i naik lebih 60 kg kejap, tp turun balik ke ideal weight range i 52 56 kg tu.... my height is 162 cm
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 8-9-2020 01:41 PM

i rasa i am a tall girl... 162 cm... but as compared to my husband he is wayyy taller 181 cm... heols endormorph... makan sikit pun senang naik... so i have to control his diet and remind him to continuously workout..  dia plak jenis senang react to diet/food intake...  his average weight is 82-87 kg...  kalo lama tak run/jog, mmg cepat jadi boroi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2020 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam jumpa rakan dah lama x jumpa kata akak mcm budak sekolah. Katanya kenapa dah makin kurus....Padahal aku pakai jubah besar dari saiz badan iaitu saiz M.....biasa akak pakai baju semua saiz s. ..aku dah rasa aku gemuk tapi yg jumpa semua kata aku kurus. ..

Rasanya akak ada penyakit takut gemuk. ..tu yg perasan diri gemuk dlm kepala otak asyik rasa diri gemuk  walau owner restoran yg aku beli makanan hari2 duk suruh aku berisikan badan sebab katanya jgn kurus sangat. .

Btw rangka badan akak mmg jenis kecil. ...tulang bahu kecil...punggung pun x lebar /besar....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:05 PM | Show all posts
saya jenis gemok pinggang & perut apa2 hal ke situ dulu .
siyesss ai nyampah tau bila kawan ai yg kaki sport kata mana ada lemak pilih2 kat mana nak duduk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2020 04:53 PM | Show all posts
video youtube yang saya tengok tu...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 09:38 AM | Show all posts
i nak kuruskan pipi..kalau org tengok gambar ic, orang mesti ingat berisi tapi badan jenis kurus kerempeng pulak....pipi ntah tembam pulaknya..puas gakla bersenam muka..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
MsPercy replied at 7-9-2020 11:00 AM
Cut sugar dlm makanan
Stop makan dessert

Cut sugar paling susah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.141962 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list