SEJAK zaman remaja, sehinggalah berkahwin dan kini bakal bergelar ibu, pelakon dan penyanyi Nur Fazura Sharifuddin sememangnya tidak pandai duduk diam.
Biarpun mengandung 8 bulan, Fazura tidak memilih untuk berehat di rumah semata-mata menanti hari kelahiran bayi sulungnya bulan depan.
Sebaliknya, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini tetap lasak ke sana sini dengan pelbagai aktiviti berkaitan kariernya.
"Saya masih aktif kerana sejak dulu lagi memang suka bekerja. Ketika mengandung pun, saya tetap bekerja macam biasa.
"Kalau asyik duduk rumah saja, saya akan lagi penat dan stres. Kita nak hindari perasaan itu. Saya nak gembira sebab itu terus bekerja.
"Saya akan keluar berjalan tapi sudah tentu kalau penat akan balik rumah untuk berehat," katanya.
Namun bila berkongsi tentang kehamilan dan jantina bakal anak yang akan dilahirkan. Fazura sedikit "reserve" dan menjaga privasi.
Tidak seperti artis lain yang sinonim akan mengadakan majlis Baby Shower dan Pengumuman Jantina anak namun bagi Fazura dia tidak akan berbuat demikian. Begitu juga dengan Instagram Anak. Fazura dan Fattah memilih untuk tidak terlalu berkongsi perihal kehidupan anak mereka.
Sehingga kini, peminat mereka ternanti-nanti jantina bayi yang bakal dilahirkan.
Menurut Fazura juga, dia akan berkongsi tentang anak mereka bila dia dan Fattah bersedia dan selepas anak mereka dilahirkan.
Mereka juga meminta peminat memahami dan berterima kasih kerana sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka berdua.
-FORUMCARIii-
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 7-9-2020 10:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I nasihatkan buat la ig anak tu.. sebab kalau mereka x biat, org luar akan amik kesempatan buatkan ig anak mereka.. mcm ctdk.. melambak acc ig anak org buatkan..
Post time 7-9-2020 10:52 AMFrom the mobile phone|Show all posts
suka tgk, baju dia x ketat pun, x mcm sesetengah org mengandung.. pakai baju ketat2 sampai tersembul pusat, aku yg tgk plak naik takut .. semoga dipermudahkan semua urusan bersalin, dpt baby comel..
Bagus lah... depa nak private kan life anak depa biaq pi lah....
cukup lah mak pak saja yg glemer...
tapi aku yakin faz ni bakalan share gak pic2 baby dia...
apa2 pun semoga selamat melahirkan ya fazura!