CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9495|Reply: 59

Kenapa Tak Jumpa Calon

[Copy link]
Post time 8-9-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum & Hai.

Sye cuma nak luahkan perasaan je lah. Sye perempuan umur 25thn. Bila dah pertengahan 20 ni mula lah rasa risau bab jodoh, lagi2 bila family & kawan2 semua asyik tanya. Bila sye kata sye takde calon lagi, semua takkan pecaya. Dorang ingat sye saje x nak heboh2 selagi belum kahwin. Hakikatnya sye memang takde calon. Sye rasa susah untuk sye jumpa jodoh. Tiap hari pegi keje pastu terus balik rumah. Kat tempat keje semua laki orang, yg bujang pulak sudah berpunya. Weekend pulak sye cuma keluar dengan kwn perempuan sahaja, sye takde kwn lelaki. Sebelum ni sye ada je berkawan rapat dengan lelaki, sye selesa kwn dgn lelaki tapi lama2 semuanya hilang sbb dorang dah ada perempuan lain yg perlu dorang bagi perhatian. Jadi sye yg cuma kwn biasa kena buang gitu je  

Jadi sye nak tanya lah pendapat korang. Sye bagi sedikit huraian pasal diri sye, cuba nilai kenapa sye x jumpa jodoh lagi. Agak2 laki suka ke perempuan mcm sye?

Mengenai diri sye;
-Bekerja di sebuah pejabat kerajaan
-Lepasan degree
-Kulit hitam manis tapi ada lah rupa paras sedap mata memandang. Hehe.
-Suka senyum.
-Kuat makan, giler pedas
-Agak sombong dengan orang yang x rapat terutama lelaki. Kalau lelaki tak byk ckp dengan sye, sye pun x kan layan dia. Tp kalau lelaki tu suka bercakap/kacau sye, sye jadi mudah mesra
-Nakal, suka bergurau, perangai unexpected
-Penyayang, pemaaf, positif thinker, susah bad mood, happy go lucky
-Pembersih, suka kemas rumah
-Boleh memasak tp x terror pun
-Ada lesen tp tak boleh drive, takut.
-Kadang2 manja & kadang2 garang
-Tinggi 150cm je, berat 46kg
-Takde media sosial kecuali facebook
-Tak suka expose gambar & social life dekat media sosial sbb tak suka org judge sye berdasarkan apa yg dia nampak je
-Hanya suka bersosial face to face & whatsapp sahaja
-Boleh jadi introvert or extrovert
-Tak suka borak on call sebab takde privacy dekat rumah. Tak suka orang lain dengar perbualan on call. Prefer komunikasi through whatsapp je. (Laki ramai give up dengan sye sbb sye selalu reject call kot)
-Tak suka percintaan jarak jauh. Selalu jumpa boleh tapi jangan selalu call.
-Sentiasa tepati masa
-Mudah bawa berbincang, senang berterus terang & x suka menipu
-Kalau suka someone sye hanya mampu diam je. Tak berani bagi hint sebab takut dicop gatal & takut direject
-Impian nak jadi suri rumah berjaya. Mesti laki ingat sye ni pemalas nk jadi suri rumah kan? Macam ni, once sye dah lahirkan anak, sye berharap sye boleh jadi suri rumah untuk sye fokus pada anak & suami. Sye tak kesah tinggalkan pekerjaan sye asalkan sye dapat bagi perhatian secukupnya untuk keluarga. Sye nak didik anak sye dengan cara sye sendiri. Kalau hantar anak ke taska, banyak pengaruh negatif, jadi sye x suka kalau anak2 sye tersalah didikan. Jadi biarlah sye didik mereka dengan cara sye sendiri & lihat dorang membesar  jadi orang yg berguna. Selagi sye x tengok anak sye membesar jadi orang berguna, selagi tu impian sye x tercapai. Sye mahu jadi seorang mak & isteri yg terbaik. Sye pandai uruskan kerja2 rumah, In Shaa Allah bakal pandai jaga anak & suami.
-Tak alim, mengaji pun tak lancar sangat tapi berusaha untuk berubah jadi lebih baik
-Inginkan suami yang boleh sama2 berusaha jadi orang yg lebih baik
-Suka lelaki yang kurus, rupa tak hensem takpe yg penting ada daya tarikan bagi mata sye
-Sejak dari zaman sekolah lagi, semua lelaki yang sukakan sye adalah yg berbadan besar. Tiada sorang pun lelaki kurus yang mengaku suka sye, yg bg harapan palsu ramai lah. Jadi mereka2 yg berbadan besar yg berani mengaku suka sye ni semua dikecewakan. Sye reject dengan berhemah. Bukan nak downkan lelaki yg berbadan besar ni, cuma dah memang bukan taste sye. Hehe nak buat mcm mana. Tapi ramai je kwn2 sye yg sukakan lelaki badan besar ni sbb comel & nampak penyayang. Geram gituu
-Bakal suami mestilah ada kelulusan at least diploma/degree.
-Sye sangat menghargai org, jadi bakal suami mestilah jenis pandai tunjuk menghargai sye. Kalau x sye makan hati. Paling basic, kalau birthday mesti kena wish & bagi hadiah. Hadiah x perlu mahal2, asalkan ada hadiah. Coklat pun jadilah. Tak suka laki bagi alasan takde duit atau tak tau nak bagi hadiah apa. Sye kalau tengah takde duit pun akan berusaha belikan hadiah utk orang tersayang, kenapa awk x boleh?
-Tak suka lelaki minta belanja. Sye tau selagi belum kahwin, laki x perlu sentiasa belanja gf dia. Kena keluar duit sama banyak. Tapi sebagai perempuan, sye sangat x suka bila lelaki minta belanja, sye tau lah bila masa sye akan belanja, bila masa sye nak guna duit utk awk, jadi x perlu nak meminta. Daripada nak belanja terus tak jadi belanja sbb laki meminta. So last2 nampak mcm sye pulak yg kedekut sebab x nak keluarkan duit utk dia.
-Sye tak boleh hidup berdikari kalau duduk di kampung. Sye bukan org kampung dan x penah duduk kampung dan x bersedia duduk kampung. Jadi sye kena kahwin dengan laki bandar. Ibu bapa mertua, suami asal orang kampung tak apa, asalkan lepas kahwin sye & suami hidup di bandar.

Done. Itu je.

Hmm adakah sye terlalu memilih? Ada apa2 yg buat laki x suka atau takut dengan sye ke? Apa pendapat korang tentang sye?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjangnya dik..

Akak nak hurai pasal diri akak pon silap2 pemdek smpi xapprove
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
hihi. bnyk benor syarat nye..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, taip yang ejaan selesa orang nak baca, banyak short sana sini, jadi terganggu sebab cerita awak panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
belum tiba jodohnya dik...complicated macam mana seseorang tu ada jodoh masing2...umur 25 camni memang mikir pasal jodoh dengan gelabahnya...takpe awak jangan risau, jadi saja diri sendiri, jodoh tu akan tiba jugak...lambat atau cepat je...

kat forum ni ramai je andartu tak ketemu jodoh, bukan memilih ke ape kalo dah tak serasi atau kena game nak buek camno...

engko rilek2 je...nak jodoh baik, doa baik2 dan ubah diri jadi baik...nanti ada le tu muncul jodohnya...

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjangnya, hujung2 tt tanya adakah saya memilih? Jawapannya ya. Panjang beno syarat tu dan terlalu detail

Macam ni lah dik, aku cuma nak sentuh bab surirumah dan ko kerja gov now. Niat tu suci murni nak jaga anak, tapi dengan kos sara hidup skg banyak isteri pilih utk kerja, nak taknak option hantar anak mengasuh. Kalau tak kerja, duduk rumah jaga anak dan suami pun stress lain dtg. Jaminan kewangan ni penting we never know sampai bila boleh bergantung 100% pada suami. Let say something happen jenuh nak start balik life, cari kerja bagai. So jaminan kerjaya dan kewangan ni bujang atau kahwin, elok ada (melainkan ko kawen vvip, cerai or meninggal jaminan kewangan ada, tu pun kalau harta tak direbut).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2020 12:37 AM | Show all posts
Better stay single je unless jumpa laki yg betul2 yg mcm TT idamkan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjangnya kriteria
Suka hati u la dikk
Expect the unexpected
Jangan harap apa yg u nak semua dapat
Sampai ke tua membujang gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2020 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Titi ni Exhibit A ke Exhibit B

Once dah masuk forum sukar nak game2 perasaan orang. Potensi memalukan diri tu tinggi

Aku masuk tinder pun tak sampai berapa jam orang dah bau. Paid users ramai berkuntum dalam forum pura2 nak berkenalan kat tinder. Tercemar tinder tu aku tak caya dah pasni bodo

Once aku terbau tinder kat forum cari memang aku maki la tinder date tu. Sampai merajuk kawan. Walaupun begitu rasa terharu pagi2 lagi cakap nak datang rumah. Mamat ni sembang berjela bab perfume pompuan. Dia taktau lagi aku pakai minyak cenuai


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk betul tu kriteria...tt nampaknya mcm selfish jgk..lebih kpd nak suruh bakal lelaki tunduk kat tt..tp tt tak nak tolerate dgn dia..mcm duk kampung tu n hadiah besday..n yeah,pd ai,sebelum kawin,better tt fahami dlu erti toleransi dalam perkahwinan dan tanggungjawab suami isteri sama..

Umur 25 skrg not a big deal kalau belum kawin..kawin awal tp tak happy buat apa..erti tanggungjawab pun tak hadam leklok,susah jgk sis..so lengkapkan diri dgn ilmu rumahtangga n memilih itu bagus tp jgn smpai memakan diri sendiri..haa gitchewwwwwww~
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kan kawan. Tak salah pun u nak berbaik dgn rakan pejabat yg dah kahwin asal kan tau jaga batasan. Mana lah tau diaorang mungkin boleh kenen kan kau dgn kawan2 mereka yg belum kahwin.
Tapi tak payah lah desperate sangat u baru 25.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita lebih kurang je & byk jugak personality kite yg sama. Sye pun agak memilih jugak. Tapi nak buat macam, sye rasa better memilih daripada kahwin dengan orang yang kita tau x boleh bahagiakan kita. Yg penting kena ada rasa cinta. Tp kebanyakkan yang suka kat sye pun bukan lah taste2 sye. Jadi untuk sye cinta & kenal2 dengan mereka2 ni memang susah sbb first impression lagi memang dah x berkenan. Thats why sis andartu huhu padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 07:40 AM | Show all posts
Kau membujang dulu la dik.
Agak sukar kalau letak banyak syarat begitu bagi pendapat kakak.
Kehidupan ini bukanlah sentiasa indah saja dan akan dapat seperti yang kita impikan (boleh usaha berjaya itu terpulang sebab melibatkan dua pihak. Kalau sorang ja berusaha xjadi juga)
If dah berumahtangga pun ada ups and downs nya. Hidup ini bukan berkisar pasal kita dan apa yang kita nak saja.

p/s: jangan pulak kau berubah asal berlaki ja. kau berhak pilih kebahagian kau tapi kena tolak ansur juga. saling lengkap melengkapi gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
dari kriteria tt ni... pilihan laki tt ni mestilah bergaji besar dan stabil. sbb tt nak jadi suri rumahkan bila berkahwin nanti. jadi nak tak nak memang kena dpt laki yang ada banyak fulus la.

tp iols sebagai perempuan lagi prefer bekerja selepas kahwin sbb tak tahu la jodoh dgn suami tu sampai bila. buatnya laki curang ke, laki mati ke, laki kedekut ke. ye laa semua tu tak nampak sangat sebelum kahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 08:37 AM | Show all posts
Panjangnya TT. Jodoh belum sampai and 25 for me still young.

For me, dont put too much expectation but at the same time dont be too low pulak.
Nak dapat yang tick all the boxes tu agak susah. If dapat pun, may be it will work for the first few years.

Dalam perkahwinan tak semua berjalan macam yang kita nak sebab bukan kita seorang yang drive. Ada pihak lagi satu yang mana dia pun manusia, ada hati & perasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 08:55 AM | Show all posts
betul tu jgn stres2 psl jodoh ni
bkn sume pekahwinan tu indah2 belaka
baik single dulu enjoy dgn kwn..berhuhu haha ke sana ke sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2020 09:31 AM | Show all posts
bole agak tt ni mesti anak no 2
jenis cerewet tahap gaban semua benda nak mcm yg dia nk
dgn erti kata lain senang beremosi dan cenderung jadi queen control
bila meletup agak mudah utk sebut bad words samada direct atau indirect
sbb semua benda kene mcm dia nk dlm kepala dia akan sentiasa serabut
1 masalah kecik bg kita tapi bg dia mcm masalah negara
membebel 1 hobi, rumah akan aman bila dia tidur sahaja

kalo laki xsuka org mcm ni
kalo dia suka aku rasa hanya suka luaran sahaja
ataupon berkawan sekadar geli2 je
suami selalunya akan suka lepak luar dgn kwn2 berbanding dok rumah dgn dia
kalo dpt suami yg jenis baran dan sama2 melenting, kebarangkalian tapak kaki singgah kat muka tu ada

aku sarankan tt ni improve tang kerohanian dulu
dari situ akan belajar bertolak ansur dan terima qada qadar
insyaAllah yg dtg nanti yg jenis baik2 dan penyayang

"Sye bagi sedikit huraian pasal diri sye, cuba nilai kenapa sye x jumpa jodoh lagi. Agak2 laki suka ke perempuan mcm sye?"

dengan req yg tt dah list up dan menjawab persoalan atas ni..........bg free pon aku xnk






Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 09:49 AM | Show all posts
aku baru baca ko umur 25 terus aku stop baca next para... sorryyyy
sbb masalah ko dek blom sebesar mana lagi... ngko masih muda dek masih mampu
mencari2 lagi...  ramai lagi kat sini hakak
baca umur dah 37 and above masih membujang tak ketemu jodoh lagi..
jadi sila bersabar dan tunggu turn yach
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
missBlackDahlia replied at 9-9-2020 09:49 AM
aku baru baca ko umur 25 terus aku stop baca next para... sorryyyy
sbb masalah ko dek blom se ...

jangan la sisss... nanti dia join kite masuk kelab andartu. susah pulak nak ketemu jodoh masa tu. marah abam ipan makin ramai andartu porem.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 10:05 AM | Show all posts
misssakura replied at 9-9-2020 09:55 AM
jangan la sisss... nanti dia join kite masuk kelab andartu. susah pulak nak ketemu jodoh masa tu.  ...

kakakaka.. panjang sgt kriteria sis.. tak larat membacanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.180151 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list