CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7754|Reply: 22

'Geng Bonda' curi baju berjenama tumpas

[Copy link]
Post time 9-9-2020 09:47 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berit ... ju-berjenama-tumpas



SERDANG: Lapan individu yang menjalankan sindiket mencuri pakaian berjenama di beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang dengan nilai kerugian lebih RM200,000 dicekup dalam dua siri tangkapan, awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata semua suspek termasuk sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Klang dan Petaling Jaya, dekat sini pada 10 Ogos lalu.

Katanya, dalang utama sindiket yang digelar 'Geng Bonda' adalah wanita Indonesia berusia 30-an dan semua suspek terdiri daripada dua lelaki dan enam wanita dan pihaknya kini dalam permohonan untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) ke atas kesemua suspek.

Beliau berkata, kumpulan itu adalah serpihan 'geng susu kangkang' yang dahulunya aktif mencuri susu tepung di pasar raya dan kedai runcit sebelum menukar modus operandi dengan menjalankan kegiatan mencuri pakaian.

"Siasatan dan risikan ke atas kumpulan itu dilakukan susulan laporan polis yang diterima berkaitan kes kecurian pakaian di sebuah butik barangan bayi di AEON Mall, Puchong pada 20 Julai lalu.

"Menerusi risikan selama tiga minggu yang dilakukan, kita dapati suspek bergerak secara berkumpulan antara lima hingga enam orang untuk mencuri pakaian di pasar raya atau butik pakaian dalam pusat-pusat membeli belah di sekitar Lembah Klang.

"Dalam tempoh sehari, mereka akan mengunjungi sekurang-kurangnya lima pusat membeli belah di sekitar Lembah Klang untuk mencuri pakaian," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ismadi berkata, sindiket itu juga didapati menggunakan pelbagai taktik dan helah termasuk mengalih perhatian pengawal keselamatan selain mampu membawa keluar pakaian dicuri tanpa dikesan sistem pengesan yang diletakkan di pintu masuk dan keluar butik-butik pakaian.

"Mereka akan sorokkan pakaian yang dicuri di dalam pakaian yang mereka pakai, beg, troli termasuk troli bayi dan sebagainya dan semua pakaian itu disimpan di sebuah kediaman di Klang.

"Pakaian curi ini akan dijual kepada seorang ejen dengan harga antara RM10 hingga RM15 sehelai dan ejen berkenaan akan mengagihkan barang curi terbabit kepada beberapa penjual sebelum dijual atau dilelong melalui Facebook dengan harga lebih rendah daripada harga pasaran," katanya.

Semua suspek terdiri daripada warga Indonesia dan warga tempatan berasal dari Sabah itu kini masih ditahan dan usaha mengesan saki baki ahli kumpulan itu masih dijalankan.

Katanya, semakan mendapati empat daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Selain itu, katanya, polis yang menjalankan siasatan dengan bantuan pihak keselamatan pusat membeli belah yang menjadi 'mangsa' geng itu turut merampas ribuan helai pakaian dianggarkan bernilai RM200,000.

Menerusi tangkapan itu, beliau bnerkata, pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurang 30 kes cuti pakaian yang dilaporkan sejak tahun lalu.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2020 09:50 PM | Show all posts
bonda akhirnya

terbongkar jua rahsia

tangisan dan gurindam

keramat kasih sayang mu

keeeeeeeeeeeeeeeeeramat

kaaaaaaaaaaaaaaasih

sayangmuuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Trisnalovezul punya hal ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Datang malaysia buat jenayah
Semakkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu berita tu psl awek rohingya jd ketua geng penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 11:45 AM | Show all posts
Wow banyaknya mereka kebas dah berguni2 tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2020 04:34 PM | Show all posts

Bosan Kangkang Curi Tin Susu, Kini Curi Baju Pula






Lapan pencuri 'profesional' yang mendalangi kegiatan mencuri pakaian berjenama di beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang membabitkan kerugian lebih RM200,000 dicekup pihak polis awal bulan lalu.





Kredit Foto - Harian Metro




Rupa-rupanya, kumpulan ini adalah serpihan 'Geng Susu Kangkang' yang dahulunya aktif mencuri susu tepung di pasar raya dan kedai runcit sebelum menukar modus operandi dengan menjalankan kegiatan mencuri pakaian.







Perkara ini disahkan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan yang berkata, kesemua suspek termasuk pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Klang dan Petaling Jaya pada 10 Ogos.


Ismadi berkata, kumpulan yang digelar Geng Bonda ini didapati menggunakan pelbagai taktik dan helah termasuk mengalih perhatian pengawal keselamatan selain mampu membawa keluar pakaian dicuri tanpa dikesan sistem pengesan yang diletakkan di pintu masuk dan keluar butik pakaian.




Kredit Foto - Youtube




Kesemua suspek terdiri daripada warga Indonesia dan warga tempatan berasal dari Sabah itu kini masih ditahan dan usaha mengesan saki baki ahli kumpulan masih dijalankan.


Empat daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau seperti yang dilaporkan Harian Metro.


Badan kuat dan sihat, tapi kerja nak mencuri sahaja. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 04:46 PM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 10-9-2020 10:53 AM
Ada satu berita tu psl awek rohingya jd ketua geng penyamun

dah kedalam dah lahanat ni


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2020 04:49 PM | Show all posts
mcmne mereka ni ada keberanian nak mencuri sebegini? hebat betul..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 05:00 PM | Show all posts
lawaknya nama geng susu kangkang. letak celah kangkang, jalan terkengkang2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2020 05:02 PM | Show all posts
baju mahal2 lah sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mak aih.. satu geng
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasenye die org ni akan pakai tudong labuh. Padahal xpakai tudung sbnrnye.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasenye die org ni akan pakai tudong labuh. Padahal xpakai tudung sbnrnye. {:cryrun{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasenye die org ni akan pakai tudong labuh. Padahal xpakai tudung sbnrnye. {:cryrun{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2020 09:43 AM | Show all posts
Ingatkan baju2 tu dia masukkan kat celah kangkang juga, rupanya letak kat dalam stroller baby.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2020 10:26 AM | Show all posts
husna_amal replied at 11-9-2020 09:43 AM
Ingatkan baju2 tu dia masukkan kat celah kangkang juga, rupanya letak kat dalam stroller baby.


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2020 10:37 AM | Show all posts

Uihh sekali ramai2 masuk kedai geng makcik kangkang ni. Masa kantoi tu semua cabut lari.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2020 10:59 AM | Show all posts
begitu dahsyat sekali ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas curi jual kat online ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.074268 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list