Edited by Boomibulat at 15-9-2020 05:34 PM
https://ohbulan.com/absolutely-c ... on-17-september-ini
Kampung People 2 Temui Penonton 17 September Ini
Sebut sahaja Kampung People, pasti ramai teringat akan telatah pelakon drama tersebut yang dibarisi Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana DFKL, Hun Haqeem, Kamarul Eqifshah dan ramai lagi.
Menerusi musim yang pertama, drama arahan Wan Hasliza ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada penonton
Drama ini mengisahkan Razif dan keluarganya yang terpaksa menukar identiti dan berpindah ke kampung bagi mengelak daripada diburu sekumpulan penjenayah dan terpaksa memulakan kehidupan terbaru.
Terkini, Kampung People musim 2 kembali dan bakal ditayangkan bermula 17 September ini menerusi saluran TV3.
Musim kedua bakal ditayangkan
Video yang dikongsi oleh pengarahnya Wan Hasliza yang berdurasi selama seminit menerusi akaun Twitter peribadinya menunjukkan teaser drama Kampung People yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Menerusi teaser tersebut, menujukkan Razif dan keluarganya kembali ke ibu kota dalam masa yang sama berbelah bahagi dengan keputusannya sama ada ia keputusan yang wajar atau tidak untuk kembali semula ke ibu kota, atau kembali semula ke kampung.
Mona, yang dibintangi Elly Mazlien, terpaksa akur dengan kehendak suaminya untuk kembali pulang ke kampung. Persoalannya, adakah mereka masih menjadi ‘buruan’ penjenayah?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dengan apa yang bakal terjadi kepada Razif dan keluarganya jangan lupa untuk saksikan Kampung People musim kedua.
|