CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12462|Reply: 71

[Tempatan] Syed Saddiq hantar permohonaan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUD

  [Copy link]
Post time 17-9-2020 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 18-9-2020 06:43 AM

Syed Saddiq hantar permohonaan pendaftaran MUDA

https://www.malaysiakini.com/news/542913

Diterbitkan Hari ini 10:21 am
Dikemaskini Hari ini 12:50 pm



Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengemukakan permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bekas Ketua Pemuda Bersatu (Armada) itu hadir ke RoS di sini kira-10.30 pagi bagi menghantar beberapa dokumen untuk pendaftaran parti baharu itu.

Ditemui media selepas hadir ke RoS, Syed Saddiq berkata MUDA boleh disertai pelbagai kaum di Malaysia dan tiada had umur ditetapkan.



“Parti ini akan dipimpin oleh anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat," katanya, sambil menambah MUDA kini mempunyai 13 penaja.

Menurutnya, struktur organisasi parti MUDA akan diumumkan dalam masa terdekat.

- Bernama

Terdahulu, anggota parlimen Muar, itu semasa dalam wawancara dengan stesen radio BFM hari ini, berkata MUDA akan menjadi parti politik Malaysia pertama diterajui golongan belia berbilang kaum.

“Selepas wawancara ini, saya akan ke terus ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftar Muda sebagai parti politik.



“(Ia akan jadi) parti Malaysia pertama diterajui belia, berbilang kaum dan agama untuk memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia- tua dan muda, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan,” katanya ketika wawancara berkenaan.

Syed Saddiq juga mengingatkan bahawa sebarang halangan yang bakal dihadapi sewaktu pendaftaran parti itu akan mengundang kecaman masyarakat.

“Saya sangat pasti majoriti masyarakat Malaysia sedia maklum dan jika terdapat sebarang halangan dalam usaha kita, ia adalah cubaan untuk menghentikan (dan) menghalang kemajuan dalam meraih entiti politik sah dan untuk membungkam suara anak muda seperti yang mereka lakukan kepada Veveonah (Mosibin) di Sabah.

“Saya rasa ini akan mengundang kecaman yang hebat," katanya lagi.

Veveonah, yang merupakan pelajar universiti dari pedalaman Sabah baru-baru ini menjadi tumpuan apabila dua timbalan menteri menuduhnya berbohong ketika mengambil peperiksaan di atas pokok akibat capaian internet yang teruk.

Syed Saddiq yang juga bekas ketua pemuda Bersatu berkata dia telah “merayu secara peribadi” kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenaan rancangan Muda.

“Jadi saya harap tidak ada halangan politik,” tambahnya.

Untuk rekod, ROS diletakkan bawah Kementerian Dalam Negeri.



Sementara itu, Syed Saddiq mengesahkan bahawa parti barunya turut merancang untuk bertanding dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, katanya masih terlalu awal untuk Muda membuat keputusan sama ada ia patut menyertai mana-mana gabungan parti politik sedia ada

“Bila kami dapat buktikan diri kami, masa itu baru kami akan berunding,” katanya.


Apa yang tak kena dengan PH?

Ditanya berhubung kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), bekas menteri belia dan sukan itu meluahkan rasa kesal akan bagaimana ‘pertikaian peribadi’ akhirnya memberi ruang kepada pembangkang.

“Ia kerana rasa tidak puas hati, perselisihan dan pertelingkahan berterusan di kalangan ahli politik lama yang tidak pernah berakhir sejak 20 hingga 30 tahun yang lalu.

“Disebabkan rasa saling tidak percaya yang terbuku ini, berlakulah Langkah Sheraton.

“Kita tidak menangani politik dalam gabungan dengan baik (dan) tidak menangani hubungan antara pemimpin parti dengan baik.

“Kita membenarkan pembangkang memanfaatkan perselisihan dan ketidakpuasan hati antara satu sama lain, ”katanya.

Bercakap soal prinsip, Syed Saddiq membantah keputusan Bersatu untuk keluar daripada PH meskipun langkah itu akan dilihat sebagai tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Kita tidak sepatutnya menggunakan hal itu sebagai alasan untuk menikam sekutu dari belakang dan tinggalkan PH untuk bergabung bersama musuh yang kita tentang dan lawan,” tambahnya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam dah tembam je dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 02:13 PM | Show all posts
kem muar tu bukan benteng syed saddiq. bukan kubu kuat dia. akak rasa pru akan datang dia kalah . instead dia tubuhkan parti baru baik dia jaga posisi ahli parlimen dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 02:29 PM | Show all posts
degil budak ni x nak dengar cakap atok...atok kata jgn jgn buat parti baru nanti undi melayu pecah.....mesti syed dick ni kata apasal dia tak bole buat parti baru....atok bole je buat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo

Akak ghasa, inilah bakalan parti Richael Gimbang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan melihat muka dia penuh skrin tepon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2020 02:43 PM | Show all posts
sidewinder replied at 17-9-2020 02:29 PM
degil budak ni x nak dengar cakap atok...atok kata jgn jgn buat parti baru nanti undi melayu pecah.. ...

dia cam atok gak, nak juga merasa jd presiden.
kalu memang PRU nak lah juga jadi PM
haisss....................
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 02:53 PM | Show all posts
bau2 macam DAP junior ja parti ni... tak minat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 03:06 PM | Show all posts
Bertunjangkan retorik kahkahkah, seronok jual ailio dan usia.



Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 03:12 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-9-2020 02:13 PM
kem muar tu bukan benteng syed saddiq. bukan kubu kuat dia. akak rasa pru akan datang dia kalah . in ...

Tahu takpa, Muar tu elok bawah Razali Ibrahim. Dia ni menang atas tiket kewayangan, dan sentimen jatuhkan Najib sahaja. Kerja dia post gambar PR sahaja di socmed. Sapalah percaya dia ni memang samdol dan hingusan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 03:20 PM | Show all posts
KBW2 replied at 17-9-2020 03:12 PM
Tahu takpa, Muar tu elok bawah Razali Ibrahim. Dia ni menang atas tiket kewayangan, dan sentimen j ...

mungkin dia kalah besar kt tempat dia. dia jgn memain muhyidin punya aura kt muar masih kuat. nak tak nak sadiq ni akan lompat juga joint team PN.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti ni mesti join PH atau PN....akhirnyaa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 04:30 PM | Show all posts
good luck...
akak dah tua x leh lah undi party MUDA....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 05:48 PM | Show all posts
patut ada yg suruh aku join ...aku xketahuan apa

ingatkan kelab-kelab awex muda  tanpa ikatan cinta

dajjei sungguh parti mcm ni

aku lebih sanggup join parti kelab pinggan mangkuk

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 05:52 PM | Show all posts
Yang sebenarnya ,Malaysia tidak akan dipimpin oleh manusia-manusia  yang tidak mendaulatkan raja-raja Melayu ,meletakkan bangsa Melayu dan agama Islam di nombor 1.


sepatutnya buat NGO  bukannya sebuah parti politik.

Anak-anak cina sungguhpun  bersungguh minta  saddiq ni daftar parti baru tp mrk tetaplah akan undi DAP.

Saddiq ni tidak cerdik.

terlalu menjulang populariti sendiri  dan mengangkat  usia yg bakal menyusur jauh ...

ketandusan idea dan tidak ada pengalaman

sebuah langkah yg tidak  mampu menggugat mana-mana kepimpinan lama ,hanya akan jadi toy sahaja.

Berangan selagi boleh

Kesian,,,

umur pun nak masuk 30.celah bedah mana nya yang nak jadi muda senantiasa.


dajjei sungguh kalau siapa dapat laki bodo mcm ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
so sampai umur bape boleh jd ahli ni. so sesape rs nk .uda memanjang join la muda. xkn tua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 06:48 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-9-2020 02:13 PM
kem muar tu bukan benteng syed saddiq. bukan kubu kuat dia. akak rasa pru akan datang dia kalah . in ...

smlm aku tgk video adun selangor yg muda2 nyanyi standing in the eyes of the world buat aku terpikir sebenarnya setiap parti politik kat negara tercinta kita ni mmg ada sayap utk org muda.dan mmg setiap parti akn bagi ruang sepenuhnya utk  org muda yg berkaliber.cuma perlu bersabar je.masalah kita skrg  bukan pasal org muda,tua tapi sistem korup.sistem korup sbb tamak,takde integriti ,khianat.itulah masalah besar sbb sistem dah rosak.mamat nih kalau sbb dia dah mati akal taktau nak kemana atau jadi proxy propa si tua pejuang boleh jadi nanti pejuang + muda..pejuang mudarentikanlah.sbb bakalan melingkup dgn cepat.tapi kalau dia mmg  berideologi yg  genuine insya allah bertahan.tcuma bila tiba masanya dia berjaya dia jugak akan terikut legacy politik tua....sbb benda tu makan masa terlalu lama.mengenangkan pe'el dia masa jadi menteri pun aku skeptikal dia akan berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 10:24 PM | Show all posts
harap trend 'parti politik muda'  ni boleh sampai ke negara omputih dan yahudi,   biar parti tua deols yg jahat tu lenkali semua gone

well done,  first time iols puji budak syed

tapi kene bersabar la,  next PRU belum tiba nye masa utk menang,    after 10 tahun konpem anak muda mostly akan sapot
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Then bila ko dah tua ko pls retire ka bagi anak muda ganti.. Jgn nak berpolitik sampai kerepot..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila syed dah tua, dia kena keluar parti dia sendiri lah kan. Sbb parti MUDA utk org muda saja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.071786 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list