CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Boomibulat

[Tempatan] Tiga sahabat maut ,seorang lagi semakin stabil selepas keracunan karbon monoksid

  [Copy link]
Post time 21-9-2020 05:08 PM | Show all posts
elnor_81 replied at 21-9-2020 05:02 PM
Kan...org kata allah bg semangat / peluang terakhir utk.bermesra dgn ahli keluarga...sedih plak ak ...

Eh2 my mum keje GP pun cakap benda yang sama, mungkin la pengalaman dia dah menghadap ramai orang kan. Lepas dia cerita camni I pun mula perasan ada betulnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2020 05:11 PM | Show all posts
elnor_81 replied at 21-9-2020 05:02 PM
Kan...org kata allah bg semangat / peluang terakhir utk.bermesra dgn ahli keluarga...sedih plak ak ...

masa tu inagtkan arwah naik semangat sebab semua pakat melawat...  mak ayah aku bergegas datang dari kampung lepas dapat news yang arwah ada cancer...  sedaramara semua bergegas datang...  masa tu kami macam happy sangat tengok arwah segar n dah bajet nak start with kimo segala...

aku rasa betul ko cakap...  nak bagi peluang terakhir bermesra dengan ahli keluarga...  Allahu, menangis aku sekarang bila terkenang balik...  masa tu arwah jadi rapat sangat2 dengan aku sebab aku amek cuti jaga dia kat hospital sama2 ngan mak mertua

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 21-9-2020 04:58 PM
actually, arwah bapak mertua aku pun cenggitu...  nampak segar bugar lepas terlantar...  aku siap  ...

selalu mcm tu
dkt2 nak mati sehat,makan tambah, sembang elok. esok nya dah pi menghadap ilahi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm arwah adib kan ..dah stabil sedar .. tp pergi jua..
Tp yg ni kita harapkan yg sebaliknya ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-9-2020 06:57 AM
logik juga cara ni ...

tapi kena beli jam yang berbunyi kuat la... sebab bila dah sampai tertidu ...

Boleh jugak beli jam yg besi mcm telinga mickey tu. Hahahahaha boleh kena sakit jantung kalau jam tu berbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 03:34 AM | Show all posts
noor2 replied at 18-9-2020 06:20 PM
Macam mana nak detect ekzos bocor?....risau ni


Antara tanda2 ekzos bocor:
Ada bunyi macam angin keluar (bocor) dan semakin kuat bila tekan minyak
Pickup kereta jadi tak macam biasa (berkurang) terutamanya bila tekan minyak
Bau gas yang lebih kuat (tak semestinya)
Bunyi lebih senang dengar di bawah kereta
Nampak tanda2 bocor dekat ekzos

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2020 03:41 AM | Show all posts
VespaSilbe replied at 18-9-2020 02:06 PM
Iols dah paham
Kalau ada kebocoran ekzos kita bukak ekon berbau asap le kan
Ke takde bau



Tak semestinya berbau. Kalau CO tak ada bau dan warna. Cumanya gas yang lain mungkin ada bau, mungkin masuk bersama CO. Jadi kalau berbau elok cepat2 check

Kadang2 yang bocor tu sistem A/C (air-cond). Bau gas sistem A/C ni lain. Ekzos yang bocor ni sebenarnya gas tu susah masuk dalam kereta, kecuali sistem A/C pun ada masalah menyebabkan gas boleh masuk dalam kereta bila buka A/C, terutamanya bila berhenti dan tingkap tutup. Atau kereta ada lobang yang dekat dengan tempat bocor....



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:34 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 21-9-2020 09:15 PM
selalu mcm tu
dkt2 nak mati sehat,makan tambah, sembang elok. esok nya dah pi menghadap ilahi.

itu la tu...  sebelum dia segarbugar tu, ada terdetik pasal abah dah nak pegi...  masa tu dok tengok telinga dia...  pastu entah kenapa, aku ni bila orang terdekat dengan aku nak pegi, aku akan mimpi patah gigi...  taktau la kebetulan ke apa tapi almost everytime...  masa arwah opah aku meninggal pun aku mimpi patah gigi...

tapi disebabkan dia segarbugar duatiga hari tu siap bergurau2 gelak2 ngan ayah aku bila ayah mak aku sampai dari kampung, aku rasa lega sangat2...  aku anggap tu mainan perasaan je sampai termimpi2...  tapi tak sangka pegi jugak abah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape perkembangan? Masih kritikal ye?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 11:52 AM | Show all posts
semoga yg survive ni dipermudahkan di Hospital dan sihat selepas ni dan takde komplikasi kesihatan  daripada insiden ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 22-9-2020 03:34 AM
Antara tanda2 ekzos bocor:
Ada bunyi macam angin keluar (bocor) dan semakin kuat bila tekan min ...

TErima kasih info cik mnm. ....

Comments

sama-sama  Post time 25-9-2020 08:38 AM
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 12:58 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 17-9-2020 04:17 PM
Kalau tak silap bila enjin on lama dgn ekon dibuka dan tingkap tertutup,lama2 oksigen dlm kete abi ...

Tq bg pencerahan ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 01:44 PM | Show all posts
mnm77 replied at 22-9-2020 03:41 AM
Tak semestinya berbau. Kalau CO tak ada bau dan warna. Cumanya gas yang lain mungkin ada bau,  ...

kadang2 nampak kete depan kete kluar asap mcm serombong kapal tu pasaipa...
aku mmg x reti psl kete..maklonglah xde lesen..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 11:10 PM | Show all posts
Edited by padris at 24-9-2020 09:15 AM

Aqilah sudah sedar


Nur Izzati Mohamad
cnews@nstp.com.my

Bukit Mertajam: Selepas seminggu menerima rawatan akhirnya mangsa terakhir keracunan karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, dilaporkan sudah sedarkan diri daripada koma.
Difahamkan, alat bantuan pernafasan yang digunakan Nor Aqilah turut dicabut pasukan perubatan apabila pesakit berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa juga dikatakan mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya.


"Alhamdulillah, polis menerima maklumat Nor Aqilah sudah sedar daripada koma dan dia mengangguk kepala tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya," katanya di sini, hari ini.
Dalam kejadian Rabu minggu lalu, keempat-empat mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri serta dua beradik kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun, berhenti rehat hingga tertidur di tempat letak kereta stesen minyak di Sama Gagah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.
Bagaimanapun, empat mangsa yang belajar di sebuah kolej kejururawatan dekat Batu Caves ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang bapa mangsa di dalam kereta yang dinaiki mereka akibat terhidu karbon monoksida.
Sharifah Fariesha ditemui maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Tidak lama kemudian, Nor Adilah dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.
Manakala, kembarnya pula, Nor Aqilah dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 10:41 PM


Alhamdulillah...
آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia sedih klau dpt tahu kawan2 sume dah pergi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 08:03 AM | Show all posts
Alhamdulillah ...

Terimakasih untuk Update

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:06 AM | Show all posts
Alhamdullillah dah sedar...sedihnya klu dia dapat tahu perkara sebenar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah mangsa ke 4 dah stabil and sedar
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 17-9-2020 04:38 PM
Alfatihah.. sedihnya.. muda muda lagi.

Ada seusia kau mudanya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.482314 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list