CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Boomibulat

[Tempatan] Tiga sahabat maut ,seorang lagi semakin stabil selepas keracunan karbon monoksid

  [Copy link]
Post time 25-9-2020 09:06 AM | Show all posts
alhamdulilah.. semoga aqilah terus bertahan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 09:08 AM | Show all posts
alhamdulilah.. semoga aqilah terus bertahan ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 01:06 PM | Show all posts
hanasensei replied at 17-9-2020 08:30 PM
Sakit kpala pun salah 1 tanda keracunan monoksida. So bila driver lena, yg lain pun pakat lena, ga ...

i second this.. pening-pening lalat kot..anggap pening biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2020 01:20 PM | Show all posts
Lemas dalam kereta: Nor Aqilah dibenarkan keluar hospital
MOHD ISKANDAR OTHMAN | 6 Oktober 2020



BUKIT MERTAJAM - Pelajar kolej yang terselamat daripada insiden keracunan gas karbon monoksida dalam sebuah kereta di tapak parkir stesen minyak pada 17 September lalu dibenarkan keluar daripada hospital pada petang ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, keadaan kesihatan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 semakin baik dan sudah boleh berjalan seperti biasa.

Menurutnya, mangsa telah menjalani pemeriksaan mata dan doktor mengesahkan keadaan matanya juga berada dalam keadaan baik, namun perlu terus mengambil ubat serta membuat pemeriksaan susulan.

"Tiada fisioterapi dilakukan kerana mangsa telah beransur pulih dan boleh berjalan macam biasa.

"Doktor beritahu, mungkin Nor Aqilah akan dibenarkan discaj petang ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Nor Aqilah dilaporkan sudah sedar setelah dikomakan untuk tujuan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mangsa masih di bawah pemantauan doktor dari masa ke masa.

Pada 17 September lalu, tiga daripada empat pelajar di sebuah kolej perubatan swasta di Batu Caves maut akibat keracunan karbon monoksida apabila mereka tertidur semasa berehat di dalam kereta dengan cermin tingkap tertutup.

Kesemua mangsa menaiki sebuah kereta jenis Honda Odyssey dikatakan berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth selepas pulang dari Pulau Jerejak di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Kesemua mangsa berhenti di stesen minyak itu pada jam 8.30 malam selepas Nor Aqilah yang memandu kereta tersebut memaklumkan dia pening dan muntah.

Empat sahabat itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta tersebut dengan keadaan enjin masih hidup oleh bapa Ayuni Shazwani Shabri kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Dalam kejadian itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie dan Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia, manakala Nor Aqilah kritikal selepas kesemuanya yang berusia 21 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri.

Nor Adilah yang merupakan kembar kepada Nor Aqilah pada awalnya terselamat, namun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Sumber Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 8-10-2020 01:20 PM
Lemas dalam kereta: Nor Aqilah dibenarkan keluar hospital
MOHD ISKANDAR OTHMAN | 6 Oktober 2020


Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah boleh rehat di rumah dalam dakapan kasih ayah dan ibu.. semoga keadaan anak ini bertambah baik setiap hari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2020 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah..semoga tambah ye adik
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah semoga adik aqilah bertambah sihat lps ni..
semoga adik tabah juga kehilangan kembar dan kwn2 baik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 04:17 PM | Show all posts
update
bukan tertidur, memang tak sedaq teruih kekdahnya





https://www.youtube.com/watch?v=DmBA6ReieHE
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga.
Harap yg lain get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 06:28 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 27-12-2020 04:20 PM
Takziah kpd keluarga.
Harap yg lain get well soon

Mana ada yang lain! 3 orang sudah meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 27-12-2020 06:28 PM
Mana ada yang lain! 3 orang sudah meninggal

Bkn ke sorang masih hidup?
4 orang total, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 06:54 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 27-12-2020 06:45 PM
Bkn ke sorang masih hidup?
4 orang total, kan?

Iye, naik 4 orang. 3 meninggal dan 1 masih hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 07:10 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 27-12-2020 04:20 PM
Takziah kpd keluarga.
Harap yg lain get well soon

"yang lain" tu bunyi mcm ramai jer.....

sian budak ni, comel pulak tu.... sure rasa kehilangan sangat2.....


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 07:11 PM | Show all posts
nak tanya, kalau mati cara gini mcm mati tak sakit la ya?

ala2 mcm tido jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tinot7 at 27-12-2020 08:10 PM
uda replied at 27-12-2020 06:54 PM
Iye, naik 4 orang. 3 meninggal dan 1 masih hidup.


Maka harap yg lain itu yakni yg seorang terselamat akan get well soon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
idril replied at 27-12-2020 07:10 PM
"yang lain" tu bunyi mcm ramai jer.....

sian budak ni, comel pulak tu.... sure rasa kehilangan  ...

Ntah la, iols anggap sesiapa yg terkesan akan get well soon. Nak tulis, harap yg seorang terselamat itu get well soon, mcm panjang sgt nak tulis
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 27-12-2020 04:17 PM
update
bukan tertidur, memang tak sedaq teruih kekdahnya


Alhamdulillah adik ni dah kembali jalani hidup mcm biasa
nasib baik tak terus lumpuh saraf ke apa ke lps kejadian
mesti dia tak sangka, dlm sekelip mata je semua kawan2 rapat dan kembar dia dh tiada lagi
semoga Aqilah terus kuat utk harungi hari2 mendatang.mesti rasa kehilangan sgt esp kembar dia pergi dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
idril replied at 27-12-2020 07:11 PM
nak tanya, kalau mati cara gini mcm mati tak sakit la ya?

ala2 mcm tido jer

Nampak mcm gitu la..mcm aman tenteram je tak sengsara. Tapi sakratul maut ni tetap sakit, itu mmg dah ketetapannya.. so kita nampak dia mcm mati tenang gitu tapi disebalik yang kita tak nampak...tetap sakit..ugh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel budaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.087518 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list