CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5401|Reply: 20

[Tempatan] Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razal

  [Copy link]
Post time 17-9-2020 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-9-2020 03:31 PM

Khairuddin tuntut ganti rugi RM 1 juta

https://www.kosmo.com.my/2020/09/17/khairuddin-tuntut-ganti-rugi-rm-1-juta/

Oleh MOHD RASDAN AHMAD
17 September 2020, 7:31 pm



KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM1 juta kepada akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation.

Tuntutan tersebut dibuat sebagai pampasan terhadap fitnah berhubung penyiaran gambar peribadi beliau dan isterinya ketika bercuti di Belanda pada 2016.

Tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Zulpadli & Edham dalam notis bertarikh 14 September 2020 dan diterima oleh agensi media tersebut hari ini.



Merujuk kepada notis tuntutan berkenaan, Sin Chew Daily telah menyiarkan gambar terbabit berserta artikel bertajuk “Gambar Khairuddin berada di luar negara terdedah! Teresa Kok: Sebenarnya pergi melancong di tempat mana?” pada 1 September lalu.

Selain itu, penerbitan gambar dan artikel tersebut juga dikongsi dalam laman Facebook Sin Chew Daily pada 1 September lalu itu telah mendapat lebih 1, 000 sukaan, lebih 300 perkongsian dan lebih 160 komentar yang mana jumlah tersebut masing-masing meningkat setiap hari.

“Kami telah diarahkan anak guam kami untuk mengumpul kenyataan dan berita di media berita dan media baru berhubung penyebaran gambar peribadi lawatan anak guam kami dan isteri ke Belanda sekitar tahun 2016 iaitu ketika musim sejuk yang mengaitkannya dengan lawatan ke Turki pada 3 hingga 7 Julai 2020 iaitu ketika musim panas.

“Anak guam kami menegaskan bahawa beliau sering ke Belanda sejak 2016 hingga 2019 atas kapasiti peribadi dan urusan kerja termasuk berkunjung ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague untuk menghadiri perbincangan bagi membawa Israel ke muka pengadilan berkenaan isu kezaliman terhadap Palestin.

“Oleh yang demikian, kami telah diarahkan anak guam kami untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah dan menimbulkan persepsi jahat terhadap beliau,” kata firma guaman tersebut hari ini.

Di samping tuntutan ganti rugi RM1 juta, Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation juga dikehendaki berhenti memfitnah Mohd Khairuddin dengan serta-merta serta memadamkan gambar dan artikel tersebut dengan serta-merta.

Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation juga diminta membuat permohonan maaf kepada Mohd Khairuddin tanpa syarat mengikut cara yang dipersetujui oleh beliau dalam tempoh tujuh hari dari notis tersebut.

Agensi media terbabit juga perlu memberi jaminan dan aku janji secara bertulis bahawa tidak akan mengulangi penerbitan gambar mahupun artikel fitnah atau tuduhan serupa terhadap Anakguam kami dalam tempoh tujuh hari dari notis berkenaan.

Tambah firma guaman berkenaan, prosiding undang-undang akan dimulakan terhadap Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation jika kedua-duanya gagal melaksanakan semua tuntutan tersebut. K! ONLINE.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Langkah tepat

jangan dibiar paper cina terus putar belit dan menipu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak ulang alik 2016-2019 tu apa dah tindakan ke atas Israel yg berjaya diambil?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka Sin Chew. Bodoh nye...lain kali check lah dulu. Simple basic journalism pun x tau ke. Dah biasa memfitnah tapi silap lah dgn org PAS.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 18-9-2020 01:34 AM
Padan muka Sin Chew. Bodoh nye...lain kali check lah dulu. Simple basic journalism pun x tau ke. Dah ...

Bukan tak check,tapi sebab dah terbiasa menipu.
Tak menipu tak ***a laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 18-9-2020 09:25 AM

Taktik biasa lobai pas..ckp je pi sana sbb isu palestin setel semua masalah..bukanya susah pun nk tipu melayu ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2020 09:13 AM | Show all posts
panggill ayamm masuk bekup cepat..
atau ayam dah kena telan dgn ular?

kalu berita cam ni sure ayam senyap sunyi jer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn biasa pitnah. Media kena jujur.... Bash je isu kurantjn. Nak pitnah anak bini kenapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 09:24 AM | Show all posts
tripleid replied at 18-9-2020 08:59 AM
Taktik biasa lobai pas..ckp je pi sana sbb isu palestin setel semua masalah..bukanya susah nk tipu m ...

isunya akhbar cina tu telah salah info, salah gambar sebab main hentam dan di kira fitnah. Isu lawatan sebab palestine ke apa ke, isu yang berbeza. Ulasan kau ni tak kena mengena isu. try lagi la
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 18-9-2020 10:51 AM
kopokleko replied at 18-9-2020 09:24 AM
isunya akhbar cina tu telah salah info, salah gambar sebab main hentam dan di kira fitnah. Isu law ...

Ye tauu..dia bengang sbb pic ketayap dia tercabut masa tgh syok mkn angin kat holland tu kann

Dah ckp pi sana setel isu palestin takkan x pakai kopiah kot

Kalo di tanah air ni kemain kopiah melekat atas kepala

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:15 AM | Show all posts
tripleid replied at 18-9-2020 09:32 AM
Ye tauu..dia bengang sbb isu pic ketayap dia tercabut masa tgh syok mkn angin kat holland tu kan ...

kopiah jugak yang dia tengok

bab cina menipu tak nampak

tu je la tahapnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:24 AM | Show all posts
jalfa replied at 18-9-2020 09:20 AM
Jgn biasa pitnah. Media kena jujur.... Bash je isu kurantjn. Nak pitnah anak bini kenapa

harap lepas kene saman nanti jadi lebih elok.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kenari2101 replied at 18-9-2020 09:13 AM
panggill ayamm masuk bekup cepat..
atau ayam dah kena telan dgn ular?


Berak kapur kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
pasa replied at 18-9-2020 10:24 AM
harap lepas kene saman nanti jadi lebih elok.

Sebaik nya saman je sampai tinggal spender
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya surat khabar tu tahu gambar tu lama punya  
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:56 PM | Show all posts
SOKONG100%

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 11:13 PM | Show all posts
Kalau harian metro ka sinar ka depa akan tulis caption 'Gambar Hiasan'.

Now aku makin faham why.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 11:15 PM | Show all posts

ko ni memang tak serik ek?

ko ingat tulis besar2 tu dapat pahala lebih ka


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Thefark?? Mangkuk tu nk dakwa israel??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
menteri ni mmg kaki lawatan separa rasmi je eh? kebiasaan turutan yg disebut mmg ikut keutamaan jadi paling no 1 tujuannya melencong eh melancong, no 2 urusan kerja, no 3 hanya dinyatakan sbg 'termasuk' mungkin sbg MSG tambahan pelengkap hidangan buat cai2 berhujah dia pergi belanda bukan saja2 berjimba tapi berjihad demi saudara isele kita di Palestin lobai mmg tak boleh hidup dgn normal eh tanpa heret dan membusukan nama Islam demi justify perbuatan sendiri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.126890 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list