View: 9635|Reply: 79
|
[Tempatan]
Artifak lebih 900 tahun ditemui di Melaka
[Copy link]
|
|
Artifak lebih 900 tahun ditemui di Melaka
NOR FARHANA YAACOB | | 17 September 2020
Dionysius menunjukkan duit syiling Portugis dan Belanda yang ditemui di kawasan semak Paya Bakau di Melaka Raya, di sini, hari ini.
MELAKA TENGAH - Beberapa artifak berusia lebih 900 tahun antaranya duit syiling dipercayai digunakan ketika abad 15 hingga 16 zaman pemerintahan Portugis serta Belanda ditemui di kawasan semak di antara Pulau Melaka dan Melaka Raya.
Penemuan awal artifak berkenaan ditemui oleh orang awam yang datang memancing di kawasan berkenaan.
Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara (JWN), Mesran Mohd Yusop berkata, penemuan artifak Kesultanan Melaka ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah pada tahun 1488 hingga 1511 dan rangka kapal karam di kawasan Paya Bakau itu disebabkan perubahan aras air serta kerja-kerja penambakan laut sekitar Pulau Melaka sejak dua tahun lalu sehingga artifak tersebut dapat dilihat di permukaan lumpur dan daratan.
Menurutnya, serpihan kayu yang dijumpai dipercayai rangka kapal yang karam menunjukkan kawasan itu pernah wujud perdagangan maritim pada abad ke 10 iaitu Dinasti Song selain tembikar dan porselin dari Dinasti Ming.
Katanya, pihaknya tidak menolak artifak yang ditemui membabitkan empat dinasti iaitu Dinasti Song, Dinasti Yuan, Dinasti Ming dan Dinasti Ching sekali gus memberi gambaran bahawa pernah wujud hubungan antara Melaka dan negara China pada abad itu.
"Kesemua penemuan artifak ini akan menjadi nilai tambah kepada Negeri Melaka yang terkenal sebagai tapak warisan dunia (UNESCO) dan menjangkakan ada banyak lagi artifak-artifak yang akan kita temui di kawasan ini.
"Satu penyelidikan survey arkeologi dikawal selia JWN dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan bantuan penyelidik diketuai Datuk Dr Dionysius S K Sharma dijalankan bagi memberi perincian jelas ke atas hasil kajian penemuan artifak ini," katanya.
Mesran (tiga,kanan), Mohd Nasruddin (sebelah) dan Akramuddin (dua kiri) menunjukkan serpihan tembikar yang turut ditemui di kawasan tersebut.
Mesran berkata demikian selepas membawa media ke lokasi penemuan itu di Melaka Raya, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengurus Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Mohd Nasruddin Rahman dan Timbalan Pengerusi PERZIM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, Mesran yang juga Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN) berkata, penerangan mengenai lokasi-lokasi penemuan artifak berkenaan, dokumentasi fotografi dan analisis artifak termasuk bahan-bahan bertulis yang tersedia di Pulau Melaka khusus membabitkan sejarah Kesultanan Melayu Melaka akan digarap sebagai bentuk laporan supaya kajian arkeologi selanjutnya dapat dijalankan.
Menurutnya, beliau turut menyarankan kajian arkeologi dan penyelamatan artifak seumpama ini dapat dilaksanakan dengan kaedah yang lebih sistematik dan terancang.
Katanya, JWN memohon orang ramai untuk mematuhi perundangan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK 2005), Akta 654 serta Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya Melaka 1988 dengan melaporkan segera sebarang penemuan artifak sejarah di sekitar Pulau Melaka kepada pegawai daerah atau Pesuruhjaya Warisan.
"Kita bernasib baik kawasan ini belum dibangunkan dengan sebarang pembangunan dan akan menggunakan alat serta jentera berkaitan untuk mencari lagi artifak-artifak yang tidak mustahil berada di bawah tanah," katanya.
Dalam pada itu, antara artifak yang berjaya ditemui termasuk mata wang Belanda jenis VOC, mata wang Portugis, mata wang kesultanan Melayu Melaka, serpihan porselin, serpihan kayu kapal, tembikar tanah dan batu balas dipercayai digunakan untuk meriam.
Kakitangan Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN), Mohd Faiz Arshad menunjukkan kayu dipercayai serpihan kapal perdagangan yang turut ditemui.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... n-ditemui-di-Melaka
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penemuan menarik ternyata banyak lagi bahan sejarah yang belum dijumpai |
|
|
|
|
|
|
|
Penemuan siling ni ok lgi ler kalo nak dibandingkan penemuan tapak kaki dinosor dkt surambi tuari |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana artifak boleh timbul atas tanah yang ditambak yang diambil dari tempat lain?
kawasan asal situ semua dah tenggelam berpuluh meter atas tanah yg ditambak klu ikut dia cakap ditemui dalam kawasan semak |
|
|
|
|
|
|
|
tu la i pun terfikir yg sama.. jumpa dalam semak camtu je? ada org dah jumpa dulu and tercicir ke? or taknak bagitau tempat asal dijumpai? nanti org luar berbondong2 dtg nak korek itu ini lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
jumpa harta |
|
|
|
|
|
|
|
salamon replied at 18-9-2020 01:01 PM
Penemuan siling ni ok lgi ler kalo nak dibandingkan penemuan tapak kaki dinosor dkt surambi tuari:lo ...
Tanah company iolls, kami jumpa tapak banglo lama tepi sungai dalam hutan....tatau la siapa yg gigih bina banglo kt situ tanpa ada bukti perkampungan pernah wujud.
Bila cari kat arkib gambar2 lama kawasan tu, jumpa gambar bertarikh tahun before 1920 rasanya, gambar banglo tu cantik....blkg hutan tebal. Sampai skrg misteri tak tau siapa pemilik banglo tu..
Berangan juga nak jumpa artifak ratusan tahun or fosil dinosaur ke.... Mesti best. |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 18-9-2020 02:35 PM
Tanah company iolls, kami jumpa tapak banglo lama tepi sungai dalam hutan....tatau la siapa yg g ...
Apa lagi sis ajak ler member2 company p gali2 kat situ,mana ler tau jupe harta karun ke, kayo sis... |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 18-9-2020 02:35 PM
Tanah company iolls, kami jumpa tapak banglo lama tepi sungai dalam hutan....tatau la siapa yg g ...
Macamana deyols angkut bawak masuk baham binaan dalam hutal tebal? Sebelum tahun 1920an pulak tu. Bila banglo dah siap kat mana pulak jalan keluar masuk? Takkanlah setakat makan daun kayu dan buru binatang. Teringin nak tahu macamana boleh survive dalam hutan tebal. Mesti menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lagi usaha perlu dibuat
artifak yang dah dibawa keluar dan kini berada di merata muzium seluruh dunia
artifak yang masih tertimbus dalam selut bawah laut
artifak yang tertanam di serata tempat di Melaka
syabas atas usaha berterusan PERZIM |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 18-9-2020 02:35 PM
Tanah company iolls, kami jumpa tapak banglo lama tepi sungai dalam hutan....tatau la siapa yg g ...
Apa jadi dengan banglo tu sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo 900 tahun bukan lah zaman kesultanan melayu melaka..lama lagi sebelum tu..sebelum zaman batu bersurat trg lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Balik2 jumpa artifak peninggalan penjajah jah..peninggalan kesultanan melaka xde ke..atau dah hancur dimakam anai2?..artifak pjajah kukuh diperbuat drpd batu,besi sbb tu masih tahan kukuh smpai harini |
|
|
|
|
|
|
|
Tak baca ka
kan ada sebut syiling Kesultanan Melayu juga
Batu nisan Kesultanan Melayu Melaka ni pun, lepas lebih 500 tahun
dipecahkan portugis, baharu sekarang dijumpai
masih utuh, cuma portugis sakit hati musnahkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 18-9-2020 03:47 PM
dizekni replied at 18-9-2020 03:34 PM
Tak baca ka
kan ada sebut syiling Kesultanan Melayu juga
Knp portugis sakit hati dgn batu nesan lak?..bukanya hi tech pun batu nisan tuh
Ekceli batu nisan tu baru jumpe sbb selama ni hilang dlm tanah kena bencana alam,banjir etc
Bknya hilang kena sorok portugis pn
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyakkan la membaca
jangan harap gigi je beso
Portugis datang ke timur dengan niat untuk hapuskan Islam,
termasuk musnahkan seluruh legasi yang ada
monumen, senibina, peralatan, budaya, segalanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 18-9-2020 04:06 PM
buku ajaran sesat mana yg hang baca portugis mai melaka sbb nak hapuskan islam?
kalo nak hapuskan islam portugis pi serang Aceh atau jazirah arab nun bknya melaka
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 18-9-2020 02:35 PM
Tanah company iolls, kami jumpa tapak banglo lama tepi sungai dalam hutan....tatau la siapa yg g ...
Bestnyaaa kalau dpt bermastautin kt situ |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin banyak sumber rujukan berautoritatif, dengan kajian silang yang lengkap
sekarang
usah terus duduk dalam gua
|
|
|
|
|
|
|
| |
|