View: 47024|Reply: 353
|
[Tempatan]
Nak bercuti high class tapi mentaliti low class” – Siap Bawa Toto & Rice Coo
[Copy link]
|
|
Sejak akhir-akhir ini, tiap-tiap hujung minggu pasti ada rakan kita yang pergi bercuti di sekitar Malaysia. Almaklumlah, sejak musim Covid 19 melanda, kita semua memang tak dibenarkan bercuti di luar negara. Jadi kita ‘Cuti-cuti Malaysia’ ajelah kan?
Walau bagaimanapun, cuti tu cutilah juga tapi janganlah buat perangai tak senonoh macam kat bawah ini kalau menginap di mana-mana hotel.
Menerusi perkongsian Facebook Media Viral Melaka, hotel Lexis Hibiscus katanya baru-baru ini ada membuat promosi dan ramailah pelancong yang berkeluarga datang menginap di sana.
Namun apa yang tak bestnya, ada sesetengah pelancong bawa mentaliti kelas ketiga ke sana yang sampai menyusahkan staf yang bekerja di hotel tersebut.
Menurut perkongsian tersebut, ada keluarga yang siap bawa rice cooker dengan harapan kononnya nak memasak di dalam hotel dan ada pula bawa toto banyak-banyak demi nak sumbat hampir 7 ke 8 orang dalam satu bilik hotel. Waduh gila ni
"Lexis Hibiscus PD is a 5 star hotel. Memang laa tengah murah. Tp jangan laa buat mcm Lexis Hibiscus PD ni mcm Homestay. Macam nak buat kenduri dah sy tengok.
Dengan itu, Lexis Hibiscus PD dah buat a very very very strict rules. Masa nak check in nanti, diorg akan spot check. Sorg2 dia check.
Max 1 bilik boleh 7 org dewasa shj (kanak2 umur 12 tahun ke bawah x ada limit). Dewasa ke-8 x boleh masuk dah. Maknanya kene ambil bilik lain atau pegi beli tiket bas, pulanglah anda ke kampung halaman nan indah. Lepas tu, dalam 7 org dewasa tu pulak, max 4 dewasa shj free. Dewasa ke 5-7, ada extra cas.
Tengok shelf tu, dah mcm shelf kat senheng dah. Siap bawa batang pancing. ♀ Hampa nak masak2 dekat hotel yg x ada dapur. Hotel ada rules. Kenapa hotel x bagi masak dalam bilik? Sebab nanti langsir, tilam, bantal, dinding semua bau. Ingat senang ke nak hilangkan bau tu. Hotel kene keluarkan extra cost utk buangkan bau tu tau. Kalau bilik berbau, next guest akan complain. So, hotel terpaksa bagi bilik lain. Udah rugi 1 bilik.
Mindset tu tolong tukar sikit. Fikir org lain sama. Jangan selfish sgt.
Menurut posting berkenaan, disebabkan hal tersebut berlaku, kini Lexis Hibiscus mempunyai undang-undang yang ketat dan akan spot check pelancong yang ingin menginap di hotel mereka terlebih dahulu. Haih macam-macam kan!
“Dok hotel nak bersenang-senang. Nak masak bagai dok je la rumah”
Posting berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-rata geleng kepala dengan sikap pelancong yang menginap di hotel 5 star macam ni. Rosak harta benda di hotel tu kalau ramai yang buat perangai macam ni.
Harap lepas ni janganlah ada yang buat perangai macam ni lagi ye. Kesian dekat pengunjung hotel yang lain.
Sumber: Media Viral Melaka |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ginilah perangai ummah caprut bila fefeeling nak duduk hotel have2...pastu perasan have2...berpijaklah di bumi yang nyata yach...statement yang pasal bilik berbau apa semua tu memang betul, susah nak hilangkan bau macam asap rokok apa semua...next guest memang akan complain yachhh...spesies lehnat memang takkan faham...pastu suka duduk reramai dalam satu bilik kecik...alasan nak jimat kos...selayaknyalah dihalau jah sis |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau pi bercuti memang idak le nak memasak.
Kan pi bercuti nak relax2, nak enjoy, dah kenapa nak memenatkan diri menumis bagai..
Tapi, still bawak le bekalan sikit mcm biskut2 kering, roti, kot2 lapar tengah malam kan.
Kalau tak mampu makan makanan hotel, order je la foodpanda/grab.
Takpun keluar cari kedai dekat2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoo teruk nye perangai... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu, kalau nak bercuti, aku pentingkan keselesaan. Apa gunanya bayar hotel mahal2 tapi still kena tidur berhimpit2 atas toto kat lantai. Macam aku, ada 4 anak.. now kalau book hotel, memang kami amik 2 connecting rooms or family suite terus. 2 connecting rooms best sebab tak berebut katil, bilik air, tv pun ada 2.
Tapi, terpulang lah hak masing2 kan. Diorg yang bayar, kalo diorang selesa mcm tu, silakan. |
|
|
|
|
|
|
|
ala depa ni demi post kt fb ngn instagram. nnti org taw la check in kt situ. konon2 org kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
jns canang nak bercuti ke hotel pastu mak bapak abang kakak adik mertua iparduai biras segala ngendeng nak ikut skali tp masing2 budget ciput atau kedekut nk kuarkan duit sendiri n sanggup duk berhimpit2 |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak belut letrik dan resort nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon pernah komplen kat family aku. Tiap2 tahun buat family day tapi penat je dapat. Ya mmg best dpt kumpul2 tapi jadahnya kena bawa segala periuk belanga beras berkampit2 mcm knduri. Sudahnya penat je dpt. Kelam kabut pon ya. Adoi..aku tak suka. Masak2 satu hal.cuci2 kemas2 pon satu hal. Kampung sgttt. |
|
|
|
|
|
|
|
Err komen aku related tak dgn tajuk tt? Hee. Sorry klu lari tajuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je pegi aritu saja pegi weekday mak oi penuh jgk umatnya. Ramai gila kt loby pastu nk kene park jauh nak bwk beg dgn anak kecik yihh sgt xsuka. Panas lak tu nk naik buggy smpai bilik xsiap lg kemas. Dkt kolam tu mcm xdibersihkan pon ada kulit kuaci dan belengas. Yuckyyyy! Xrasa nak pegi lagi pun |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg sejenis bercuti bawak sekampung dlm 1bilik. So irritated. Yg dok ngendeng nk bercuti free pon xmalu. Ntah pape... |
|
|
|
|
|
|
|
Alahh bodohnya!!! Byk pulak masa kau nk masak bagai. Aku kalau bercuti ni nk mkn megi cup pun rasa mls. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols last week ada la bercuti..
Gi parking..tgk.qda orang sebelah ni bawak.rice cooker
Aik..lepas plak..
Laki iols.cakap la.. dah.la.dalam.bilik ada pengesan.asap..huhu
Nak.masak..kirim.salam la iols..
Kalau bawak roti.megi bagai tu.still bleh terima.lagi.sebab room service.mmg mahal la kan...
Tapi iols.suka order sandwich..yum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku klu p bcuti klu berdua mmg x masak sbb book bilik hotel je.
Klu dgn family akan masak sbb book villa yg boleh memasak. Biasa akan menginap 2-3 mlm. Keluarga aku besar, sekali dinner dah 400-500. klu kat tmpt seafood biasa.Klu msk,dpt cut cost dan still ade mkn luar gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitorang bercuti kirim salam la nak masak2 ni.. Even gi obersi takde bawak rice cooker bagai.. Mkn je la kat kedai2 halal luar sana.. Lagipun selesa ke 1 bilik tu ramai2? Tak kuasa nak bawak toto bagai.. Mana nak jaga auratnya.. Cuti ikut poket masing2 la ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
makhlok baru kluar utan sebegitulaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|