CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1862|Reply: 6

[Tempatan] Rasul Melayu' ditahan lagi

[Copy link]
Post time 22-9-2020 06:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-9-2020 02:18 PM

Rasul Melayu' ditahan lagi Oleh: Ruwaida Md Zain - September 21, 2020 @ 10:38ambhnews@bh.com.my





SHAH ALAM: 'Rasul Melayu' yang kembali aktif menyebarkan ajaran diharamkan pada 1991 ditahan bersama 16 pengikutnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di tiga lokasi berbeza, di sini, malam tadi.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata Rasul Melayu atau nama sebenarnya Abdul Kahar Ahmad ditahan di sebuah rumah di Kemensah, Ulu Klang selepas empat tahun dibebaskan.

"Dia bersama 16 pengikut iaitu sembilan lelaki dan lapan wanita berusia antara 14 hingga 70 tahun, ditahan di tiga rumah di Kemensah, Ulu Klang; Sungai Long dan Keramat.

"Dia dipercayai mengamalkan Ajaran Haji Kahar Bin Ahmad yang difatwakan sesat pada 28 Mac 1991 dan diwartakan pada 29 Ogos 1991 oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor," katanya dalam sidang media di Majlis Mesra Media 2020 di SACC di sini, hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, melalui risikan dan maklumat awam yang diterima JAIS, ajaran ini dipercayai kembali aktif dengan modus operandi (MO) baharu dan berinteraksi dengan pengikutnya menerusi kumpulan sembang WhatsApp dan Facebook.

"Susulan penangkapan 17 individu ini, JAIS sedang mengesan 80 lagi ahli ajaran sesat itu berdasarkan penyertaan mereka mereka dalam kumpulan WhatsApp," katanya.

Beliau berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Doktrin Palsu); Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Dakwaan Palsu) dan Seksyen 12(c), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Menghina Pihak Berkuasa Agama).

Selain turut disiasat mengikut Seksyen 13, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 (Pendapat yang Bertentangan Dengan Fatwa); Seksyen 16,Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 (Penerbitan Agama yang Bertentangan Dengan Hukum Syarak) dan Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Percubaan).

Pada Oktober 2009, Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Abdul Kahar dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat sebelum dibebaskan pada Mei 2016.

Rasul Melayu' atau nama sebenarnya Abdul Kahar Ahmad yang kembali aktif menyebarkan ajaran ditahan bersama 16 pengikutnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di tiga lokasi berbeza, di sini malam tadi. NSTP/IHSAN JAIS
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/733745/rasul-melayu-ditahan-lagi







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 08:05 AM | Show all posts
obat dia penjara je

lagi lama kat luar lagi banyak la dia sembang itu ini kencing kepala org2 naif agama

celaka betul konon dah bertaubat bagai
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersepah geng2 dia kat grp kiub batu itu berhala
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 09:19 AM | Show all posts
Tak salah aku dia ni dah letak jawatan masa zaman2  Edisi Siasat NTV7 buat coverage dulu. Bila masa dia kena lantik balik jadi Rasul Melayu?

Apa kejadahnya? (Wan Kamaruddin 2005)
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 09:23 AM | Show all posts
Biasalah bila ada mana2 agama baru akan dikecam dan persecuted. Tambahan pula dia derived from agama yang dah established. Bukan perkara baru.




Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 11:07 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 22-9-2020 11:10 AM
Decaffeinated replied at 22-9-2020 09:23 AM
Biasalah bila ada mana2 agama baru akan dikecam dan persecuted. Tambahan pula dia derived from agama ...

Kalau ikut dia, dia Islam la, cuma dia lagi updated dari Nabi Muhammad. Kira syahadah tu kena edit sket update jadi "asyhadu alla ila haillallah wa asyhadu an KAHAR..". Kalau ikut Islam syahadah dah tukar tu auto kapir dah la.

Mindblown nya kenapa boleh ada pengikut? datang dari mana sanggup ikut si kahar ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kan berubahnya
Dalam penjara insaf lah kejap mengucap semua
Bila keluar kembali ke jalan yg sesat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.065120 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list