CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1412|Reply: 8

[Tempatan] 2 anggota JPJ cedera terkena serpihan cermin kenderaan

[Copy link]
Post time 22-9-2020 06:28 AM | Show all posts |Read mode
2 anggota JPJ cedera terkena serpihan cermin kenderaan

Cermin hadapan kenderaan JPJ Kedah yang pecah dipercayai akibat dibaling objek ‘bearing’ di Pendang, hari ini. - Foto ihsan JPJ




PENDANG: Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah cedera di muka apabila terkena serpihan cermin hadapan kenderaan dinaiki mereka dipercayai akibat dibaling objek 'bearing', hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku ketika dua anggota berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Cina menghala ke Titi Akar, di sini.
Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Sharif, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa dua anggota berusia 30-an itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada jam 12.45 tengah hari ketika dua anggota terbabit dalam proses mengiringi tiga lori yang diambil tindakan kerana membawa lebih muatan.

"Namun ketika dalam perjalanan ke pejabat, kenderaan kami dipercayai dibaling objek ketulan besi (bearing).
"Ketika itu, mereka ternampak dua individu tidak dikenali menunggang motosikal yang disyaki melakukan perbuatan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ismasuhaimi berkata, anggotanya kemudian membuat laporan di Balai Polis Pendang sejurus kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis berhubung insiden berkenaan.
"Dalam insiden itu, kenderaan kami turut mengalami kerosakan pada cermin sisi, selain cermin hadapan pecah," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap dptla pembaling bearung kuang ajar tu..malaysia makin xselamat..baru je tgk vid rompakan emas kat tgh2 highgway sg besi..giler mcm dah dekat mexico
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 22-9-2020 07:37 AM
Ya awloh ya tuhan korek, kau hapuskanlah manusia pembaling bearing ini, sis! Aminnnnn, sister!

Harap mod @Xim & supamod @AceHand buka mata bila ada forumer permainkan agama macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 22-9-2020 10:09 AM
Harap mod @Xim & supamod @AceHand buka mata bila ada forumer permainkan agama macam ni

Blh tekan report Kurex....terima kasih tagged....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 22-9-2020 10:23 AM
Blh tekan report Kurex....terima kasih tagged....


Dah tekan report... Saje tag sebab rindu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2020 10:31 AM | Show all posts
Harap adalah kamera dalam kenderaan JPJ ni.  Memang dasar kurang ajar menyerang penguat kuasa bertugas.  Entah apa yang didendamkan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 12:07 PM | Show all posts
Makin berani bertindak terhadap pihak berkuasa harap si pelaku segera dibekas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 03:16 PM | Show all posts
siasat jgn x siasat!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.083532 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list