CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 0

[Tempatan] Pihak pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Siti Kassim

[Copy link]
Post time 22-9-2020 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-9-2020 03:49 AM

Pihak pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Siti Kassim

September 22, 2020 @ 9:59am

PEGUAM dan aktivis, Siti Kasim.



KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan sudah memfailkan rayuan terhadap pembebasan peguam dan aktivis Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada satu acara di sebuah hotel pada 2016.

Perkara itu dimaklumkan peguam A Saha Deva kepada pemberita selepas pengurusan kes saman Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim terhadap JAWI di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, hari ini.
"Pihak kami sudah dimaklumkan bahawa notis rayuan itu difailkan pada 27 Ogos lalu. Jadi, mahkamah menetapkan 28 Oktober ini untuk pengurusan kes selanjutnya bagi mengetahui status rayuan," katanya.

Semakan melalui sistem kehakiman menunjukkan rayuan pendakwaan itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Farah Azura Mohd Saad pada 5 Oktober ini.
Bagi kes saman sivil pula, peguam itu berkata anak guamnya akan memfailkan permohonan bagi meminda penyataan tuntutannya.

Peguam Arik Zakri Abdul Kadir mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), selaku defendan dalam kes saman itu.
Pada 1 April 2019, Siti selaku plaintif menyaman JAWI dan 18 pihak yang lain termasuk pegawainya atas dakwaan menangkap dan menahannya secara salah semasa serbuan pada satu acara tertutup membabitkan komuniti transgender di sebuah hotel di sini, pada 2016.

Selain JAWI dan MAIWP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pegawai Penguatkuasa Wilayah Persekutuan, diikuti 14 pegawai penguat kuasa Jawi; Akmal Nadzim Abdullah, Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali, Farah Wahida Zulkiflee, Ruzaimie Mamat, Mohd Hasmizi Mohd Hassan, Mohd Shahrizan Yaacob, Mohd Khairuddin Mohd Noor, Rosyaimi Affendi Ruslan, Ahmad Naziz Lahori, Mohammad Izehar Md Amin, Mohd Faizal Mustapha, Mohd Fikri Abu Mansor, Mohd Faizal Roslan, dan Mohamad Bukhori Ahmad.

Dua lagi defendan adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Kerajaan Malaysia.
Dalam penyataan tuntutan, Siti mendakwa beliau ditahan selama empat jam semasa serbuan pada 3 April 2016 selain mendakwa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya hadir di majlis itu sebagai peguam kepada pihak penganjur.
Dakwa plaintif, beliau juga tidak dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukannya dan ia adalah bertentangan dengan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan.

Akibat daripada penahanan itu, Siti mendakwa beliau mengalami penderitaan, penghinaan dan emosinya turut terganggu.
Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Majistret di sini melepas dan membebaskan Siti daripada pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai JAWI selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan unsur-unsur pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan di akhir kes pendakwaan terhadapnya.

Majistret Tawfiq Affandy Chin ketika membuat keputusan itu berkata pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah cacat kerana tidak dinyatakan secara spesifik bentuk halangan itu. – BERNAMA.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/734082/pihak-pendakwaan-fail-rayuan-terhadap-pembebasan-siti-kassim


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059504 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list