CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1742|Reply: 14

[Tempatan] Pegawai JPN didakwa terima rasuah RM16,000

[Copy link]
Post time 22-9-2020 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai JPN didakwa terima rasuah RM16,000[size=0.8]Oleh Mohamed Farid Noh - September 22, 2020 @ 3:17amfarid_noh@bh.com.my





JOHOR BAHRU: Penolong Pegawai Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM16,000, dua tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Fazdly Abdul Razak, 42, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Fazdly didakwa menerima wang berjumlah RM10,000 yang didepositkan ke dalam akaun tertuduh daripada seorang lelaki, yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengannya, di sebuah bank tempatan di Masai, pada 13 Jun 2018.
Mohd Fazdly turut didakwa menerima wang berjumlah RM1,500 yang didepositkan ke dalam akaun tertuduh daripada lelaki sama, yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengannya di sebuah bank tempatan di Taman Johor Jaya, pada 4 Julai 2018.

Dia juga didakwa menerima wang berjumlah RM4,500 yang didepositkan ke dalam akaun tertuduh daripada lelaki sama, yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengannya di sebuah bank tempatan di Masai, pada 18 Julai 2018.
Bagi kesemua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Mahirah Mohd Pauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nur Mahirah memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh.
Namun, tertuduh merayu jaminan berkenaan dikurangkan, berikutan beliau terpaksa menggadai tanah pusaka di kampung selain perlu menanggung tiga anak berusia antara tujuh hingga 14 tahun, isteri yang tidak bekerja selain ibu mentuanya yang menderita barah rahim tahap tiga.

Hakim kemudian menetapkan, wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM berhampiran sekali setiap bulan.
Sebutan semula ditetapkan pada 26 Oktober depan bagi penyerahan dokumen.

Penolong Pegawai Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Fazdly Abdul Razak, 42, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM16,000, dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru. - Foto NSTP/Zain Ahmed







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan kes kat penang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hubungan kerja rasmi ni maksudnya apa? Balik2 perkataan tu sy baca...tak pula ckp specific. Ckp jelah bantu daftarkan pendatang izin sbg warga negara
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:01 PM | Show all posts
Dia makan rasuah sebab nak buat umrah jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia patut ada cuti umum utk hari rasuah kebangsaan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
X da integriti...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
16k tu dia dh beli dakap dkt bini dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la bila nak berurusan dgn kaunter jpn selalu penuh. No wonder. Hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 22-9-2020 08:02 PM
Msia patut ada cuti umum utk hari rasuah kebangsaan

Hari elak rasuah....

Hari memperingati rasuah....

Hari Rasuah Kebangsaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 22-9-2020 08:13 PM
16k tu dia dh beli dakap dkt bini dia kot

Dakap ke atau pakaian dalam beautipool.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pengkhianat zaman sekarang ......

Klu dulu jd talibarut omputeh atau jepun
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut kena hukum sebagai pengkhianat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasuah setakat 16k ..silap2 ke dlm., pencen.pon hilang..tak berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:53 PM | Show all posts
Org yg bagi lepas aje ke...???
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:11 AM | Show all posts
Tak banyak mana pun duit yang dia dapat tapi kerugiannya tak terkira.  Lesson learned guys, belajar dari kes-kes macam ni.  Kalau cakap pasal dosa/pahala, balasan neraka/syurga tak boleh nak relate sebab belum nampak depan matakan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.095608 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list