CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4187|Reply: 28

[Tempatan] Tular video lelaki cuba terjun dari kondominium

[Copy link]
Post time 22-9-2020 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-9-2020 03:57 AM

Tular video lelaki cuba terjun dari kondominium

Oleh Safeek Affendy Razali - September 22, 2020 @ 12:48pmbhnews@bh.com.my


TULAR seorang lelaki terjun dari unit kediamannya di Blok B, Kondominium Putra Majestic, Jalan Ipoh, di sini, tengah hari tadi. - Ihsan Pembaca



KUALA LUMPUR: Satu video menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari satu unit kediaman di Kondominium Putra Majestic, Jalan Ipoh, di sini, tular dalam laman media sosial, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, selepas lelaki berkenaan yang memakai seluar pendek dan berbaju T, warna hitam berdiri di luar tingkap unit kediaman berkenaan.

Difahamkan, semasa lelaki terbabit cuba membunuh diri, pihak pengurusan kondominium dan orang ramai yang melihat kejadian berkenaan turut memaklumkan kejadian kepada pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Bagaimanapun sebelum bantuan sempat tiba, lelaki berkenaan terus bertindak terjun dari unit kediaman berkenaan sebelum disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rakaman video lelaki berkenaan terjun turut dirakam orang ramai yang berada di jalan raya hadapan kondominum berkenaan.
Berdasarkan rakaman itu, tubuh lelaki berkenaan terkena pada bahagian tingkap unit kediaman di bawahnya sebelum terhempas di kawasan bawah lapang kondominium berkenaan.
Setakat ini, pihak polis dan bomba masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/734158/tular-video-lelaki-cuba-terjun-dari-kondominium



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa rasa ek bunuh diri? Saat badan bertemu simen/tanah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:06 PM | Show all posts
bangkem tak paham ayat reporter sekarang

"cuba" bunuh diri tu maksudnya belum bunuh diri lagi kan?

tapi dalam artikel yang sama kata mangsa dah terjun?

masih mencuba kettew?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah selamat menyembah bumi...apa yang dikatakan ' cuba membunuh diri' itu?????
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
video mana..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Reputz ni sekolah ke tidak? I tgk gambar orang tu siap angkat tangan terjun, reputs boleh tulis "Cuba". Kau sekolah ke tidak? Spm lepas ke tidak? Hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2020 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan cuba lagi ni. Ni dah terjun betul2 dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 22-9-2020 08:10 PM
Dah selamat menyembah bumi...apa yang dikatakan ' cuba membunuh diri' itu?????

Mungkin asalnya cuba bunuh diri...
Lepas tu tetiba tukar fikiran tak jadi bunuh diri....
Tapi dah takdir, tergelincir dah terus jatuh sembam kat lantai bawah...
Mungkin itu maksud "cuba" ...

Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba jadah apa dah mati..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun konfius dgn ayat dia... Mula2 ingt x jd bunuh diri tp gmbr dah terjun
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 10:49 PM | Show all posts
kesian nya
apa la agaknya masalah dia.huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba apanya, mati dah pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ak rs media, tv dh start kena tayang iklan PSA elak bunuh diri la. buat versi kelakar light2 ke, versi nasihat ke, versi dtama ke,trend ni agak bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:23 AM | Show all posts
Kadang-kadang rasa kasihan dengan orang yang bunuh diri /cuba bunuh diri ni.  Entah dari siapa mereka hendak lari,  entah berapa besar masalah yang mereka hadapi.  

Tapi selalunya geram sebab tindakan tu macam selfish sebab, tak fikir perasaan orang tersayang, tinggalkan masalah pada keluarga (especially masalah ahlong), menyusahkan bomba, polis, hospital staff & trauma kepada jiran tetangga yang menjadi saksi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan cuba terjun lagi dah
Bukan jg cuba bunuh diri
Siap mati dah haa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:31 AM | Show all posts
berita ni kat fb smlm...tgk komen semua tanya benda sama...tajuk ngn cerita misleading
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 09:35 AM | Show all posts
mati da. dia jatuh tu kena plak tingkap rumah bawah dulu. pastu berpusing2, bammm jatuh bawah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mora habis lagi ramai bunuh diri nanti ni. Hutang bertimbun.. duit takdo = depressed.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 09:58 AM | Show all posts
apa agaknya masalah dia..

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai yg bunuh diri gara2 Covid......kebanyakkan punya masaalah kewangan.  Trend serupa berlaku masa Asian Financial crisis dan Black Monday .... stock market crashed.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.083197 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list