CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 1

[Tempatan] Mahkamah Persekutuan benarkan SIS cabar peruntukan Enakmen Islam Selangor

[Copy link]
Post time 22-9-2020 08:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-9-2020 04:15 AM

Mahkamah Persekutuan benarkan SIS cabar peruntukan Enakmen Islam Selangor[size=0.8]September 22, 2020 @ 11:00am

Istana Kehakiman, Putrajaya



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini, memberi kebenaran kepada pertubuhan bukan kerajaan, Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar satu peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengkaji semula fatwa dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof, memberikan kebenaran kepada SIS untuk meneruskan tindakan perundangannya di Mahkamah Persekutuan menerusi Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.
SIS memohon kebenaran itu untuk mendapatkan satu deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak sah.

Seksyen 66A menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, menggunakan bidang kuasanya untuk mendengar dan membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh majlis atau jawatankuasa dalam menjalankan tugas di bawah enakmen ini.

SIS memfailkan permohonan itu pada Januari lepas dan menamakan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
Pada 27 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Nordin Hassan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-Undang Syariah sambil menambah bahawa isu fatwa mempunyai kaitan dengan Undang-Undang Syariah dan terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, Seksyen 66A adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.
Selepas Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan itu, peguam SIS Forum, A Surendra Ananth memaklumkan media bahawa mereka mempunyai tempoh selama dua minggu untuk memfailkan petisyen, manakala kerajaan negeri diberikan masa dua minggu untuk memfailkan pembelaan.

Beliau berkata, rayuan SIS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman pertubuhan itu belum selesai di Mahkamah Rayuan.
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam Fahri Azzat, yang mewakili SIS, manakala Kerajaan Negeri Selangor diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Datuk Salim Soib @ Hamid. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/734128/mahkamah-persekutuan-benarkan-sis-cabar-peruntukan-enakmen-islam




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 08:22 PM | Show all posts
Alhamdulillah........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.061795 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list