CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 1

[Dunia] Nigeria laksana hukuman bunuh, mandul perogol

[Copy link]
Post time 22-9-2020 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-9-2020 04:36 AM

Nigeria laksana hukuman bunuh, mandul perogol[size=0.8]September 20, 2020 @ 4:00am

Gambar hiasan.



ABUJA: Kerajaan negeri Kaduna di Nigeria meluluskan undang-undang lebih tegas bagi menangani kes rogol termasuk memandulkan lelaki didapati bersalah dan hukuman mati sekiranya mangsa adalah kanak-kanak berusia bawah 14 tahun.

Gabenor Kaduna, Nasir Ahmad el-Rufai, sudah menandatangani warta meluluskan undang-undang baharu itu, yang membenarkan pesalah kes rogol dimandulkan menerusi pembedahan, menurut laporan portal Daily Mail.

"Hukuman tegas ini bertujuan mencegah jenayah kejam seumpamanya, sekali gus melindungi -kanak-kanak dan wanita.
"Laporan kes rogol di Nigeria naik mendadak semasa penularan pandemik COVID-19 terutama ketika perintah berkurung beberapa bulan lalu.

"Justeru, kumpulan wanita, perlindungan kanak-kanak dan hak asasi manusia mendesak hukuman lebih berat dikenakan terhadap perogol, termasuk hukuman mati," katanya.

Difahamkan, undang-undang itu diluluskan berikutan kemarahan orang ramai terhadap peningkatan kes rogol terutama ketika negara berdepan ancaman COVID-19.

Beberapa negeri lain di Nigeria turut melaksanakan undang-undang terbabit selepas orang ramai mula mengadakan tunjuk perasaan mengecam kegagalan kerajaan menangani isu itu.

Undang-undang baharu di Kaduna, yang juga antara negara Afrika yang mempunyai ramai penduduk, adalah yang paling tegas terhadap jenayah rogol di Nigeria.

Berdasarkan undang-undang baharu, seseorang yang didapati bersalah merogol gadis berumur 14 tahun ke atas akan dipenjara sepanjang hayat.

Undang-undang sebelum ini cuma mengenakan hukuman penjara sehingga 21 tahun bagi kesalahan merogol mangsa dewasa dan penjara seumur hidup jika merogol kanak-kanak.

Bagi mana-mana pesalah wanita yang didapati bersalah merogol kanak-kanak bawah umur 14 tahun, rahim mereka akan dibuang. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2020/09/733217/nigeria-laksana-hukuman-bunuh-mandul-perogol



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2020 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
"Bagi mana-mana pesalah wanita yang didapati bersalah merogol kanak-kanak bawah umur 14 tahun, rahim mereka akan dibuang."

Teringat cerita senario
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065477 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list