CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12766|Reply: 102

[Tempatan] 'Sindrom September'. Semua dah kena game rupanya! Hanya sandiwara DSAI, ganggu P

  [Copy link]
Post time 23-9-2020 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 23-9-2020 03:45 PM

Hanya sandiwara Anwar, ganggu PRN Sabah - Azizah
Assim Hassan
September 23, 2020 13:43 MYT

BONGAWAN: Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu adalah sandiwara semata-mata.
Malah Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun juga menyifatkan kenyataan Anwar itu bertujuan mahu mengganggu proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
“Jadi, apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim itu satu cerita sensasi dan sandiwara... biasalah dia tu kan.

“Dulu pun dia (Anwar) pernah menyatakan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyertai PKR dan akan menubuhkan kerajaan pada 16 September tetapi itu semua sandiwara dia... permainan dia,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Dalam sidang media awal hari ini, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau telah mempunyai sokongan majoriti yang kukuh daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membentu kerajaan baharu.
Ujarnya lagi, dengan sokongan itu, Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ‘jatuh’.
Tegas Azizah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sabah, beliau dan ahli Parlimen Bersatu sentiasa menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sajer nak kacau bursa malaysia ..dah elok elok menaik...dengki
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada rasa bersalah ke semua ahli politik ni? Tengah pandemik berkempen tak ikut sop. Semua tamak nak menang. Apa perjuangan mereka??? Perjuangkan nasib rakyat?? Bullshit. Berkumpul ramai2 macam dah kebal dari covid. Pembangkang dan kerajaan sama je. Semua nak memang sebab nak kuasa, harta. Semoga semua mereka ni terbakar dalam neraka jahanam paling bawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2020 02:07 PM | Show all posts
Biarlah Anwar dengan mimpi, strateginya mudah dibaca - Shamsul Anuar | Berita Harian
3 minutes

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sekadar mahu menimbulkan semula nama dan partinya yang tenggelam dengan membuat dakwaan kononnya mempunyai majoriti kukuh untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya membuat spekulasi sama seperti yang berlaku pada 16 September 2008.

"Ingat tidak peristiwa 16 September 2008? Kali ini buat spekulasi lagi. Apatah lagi nama dan partinya terus tenggelam ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Saya rasa elok semua jentera Barisan Nasional (BN) terus fokus dan tumpukan usaha untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi. Dan kita kalahkan WARISAN terutama PKR di PRN Sabah. Biarkan Anwar terus dengan mimpi dan strategi beliau yang mudah dibaca," katanya menerusi Facebook.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, pula berkata tiada apa yang tumbang atau jatuh.

Ciapan ringkas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Twitter dipercayai merujuk dakwaan Anwar.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh," katanya.

Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan turut membuat ciapan serupa berhubung perkembangan itu.

"Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Saya berada dalam mesyuarat (Jemaah Menteri), sibuk merancang demi rakyat bersama Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin)," katanya.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, pula sekadar memaparkan 'emoji' bersama gambar sidang media oleh Anwar.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada sidang media sebentar tadi mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau berkata, sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Anwar berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun terpaksa ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo abahcow ,gomen pintu blakng.kalo nuwart lak musti gomen blkng jubs khenz
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:12 PM | Show all posts
akakmasihvogue replied at 23-9-2020 01:59 PM
Sajer nak kacau bursa malaysia ..dah elok elok menaik...dengki



Ringgit pun jatuh sis, dah cantik tgh naik usd4.10-4.13 satni terus jadi usd4.16

4.1600

13:29
   

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2020 02:15 PM | Show all posts
akakmasihvogue replied at 23-9-2020 01:59 PM
Sajer nak kacau bursa malaysia ..dah elok elok menaik...dengki

sempat tikam asb,muiprop & muiind tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:17 PM | Show all posts
hatikudus replied at 23-9-2020 02:12 PM
Ringgit pun jatuh sis, dah cantik tgh naik usd4.10-4.13 satni terus jadi usd4.16

   ...

4.1-413 jadi 4.16 ke terbalik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni la.. Aku tau semua org baca.

PAT.. Mohon supaya suruh SB ATM bagi segala kejahatan semua pemimpin dan ugut depa.. Kalau depa tak nak jaga negara..tiba2 rahsia kejahatan terkeluar.

ATM perisai rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:20 PM | Show all posts
Edited by hatikudus at 23-9-2020 02:22 PM
MFR_IN replied at 23-9-2020 02:17 PM
4.1-413 jadi 4.16 ke terbalik?

ringgit against usd...misalnya hang nak tukaq duit us 1 dollar...mana hang lagi suka, kena bayaq rm4.10 atau rm4.16?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:21 PM | Show all posts
hanat btul dorang ni semua. pikirkan tembolok masing2
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak la kau punya sandiwara.. asik menimbulkan fitnah je xde life ke?????

Gi la duk umh main cucu lg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:22 PM | Show all posts
c===8 replied at 23-9-2020 02:15 PM
sempat tikam asb,muiprop & muiind tak?

ASB NS la tokey.. haha
Ada yg sangkut pucuk MMAG?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:22 PM | Show all posts

ok2.thx
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:25 PM | Show all posts
boleh tak sumbat balik raja kunyit ni dlm penjara?  muak tgk hanat ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:27 PM | Show all posts
Bdkkg replied at 23-9-2020 02:22 PM
ASB NS la tokey.. haha
Ada yg sangkut pucuk MMAG?

sangkut pucuk muda lagi best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 23-9-2020 02:29 PM

Elok la kalau sandiwara
Yo yo oo je kwn aku berdoa bagai kat fb td
Geli hati betholl!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:38 PM | Show all posts
c===8 replied at 23-9-2020 02:15 PM
sempat tikam asb,muiprop & muiind tak?

asb mkn kenyang...pasukgb pun mengancam
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:39 PM | Show all posts
akakmasihvogue replied at 23-9-2020 01:59 PM
Sajer nak kacau bursa malaysia ..dah elok elok menaik...dengki

mmg anjing pun tetiba saham jatuh. pelabur lari.

dia ni sama perangai cm donald trump. bila trumpt tweet je gold major pair semua jd gila.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 02:40 PM | Show all posts
johan-adx replied at 23-9-2020 02:38 PM
asb mkn kenyang...pasukgb pun mengancam

selamat menikam boss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.077478 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list