CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] 'Sindrom September'. Semua dah kena game rupanya! Hanya sandiwara DSAI, ganggu P

  [Copy link]
Post time 23-9-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tua gila kuasa.
Takde keluar gambar mata kena tumbuk ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 03:40 PM | Show all posts

ada kaitan kak, cer gugel stocks related tu anwar
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-9-2020 02:19 PM
Mcm ni la.. Aku tau semua org baca.

PAT.. Mohon supaya suruh SB ATM bagi segala kejahatan semua  ...

Ya...kaka setuju ja YDP dan ATM amik kuasa...dah politician perangai cam bdk2...mak ko hijauuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 23-9-2020 06:25 AM
boleh tak sumbat balik raja kunyit ni dlm penjara?  muak tgk hanat ni

Tolong pleaseeeeeeee
Muka ni tak layak bebas..
Tak rugi pun MY takda dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 23-9-2020 06:12 AM
Ringgit pun jatuh sis, dah cantik tgh naik usd4.10-4.13 satni terus jadi usd4.16

   ...

Budus kan...baru elok naik 2 3 minggu ni
Semburit betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 23-9-2020 03:42 PM
Ya...kaka setuju ja YDP dan ATM amik kuasa...dah politician perangai cam bdk2...mak ko hijauuuuuu

Kannn.. Biar berakai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2020 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ais_kosong replied at 23-9-2020 02:42 PM
Betul.. Serius meluat dengan depa semua ni.
Negara dok elok sikit ada ja gatal cari pasal..
Kala ...

Meluat betul. Ini kalau dah tiap bulan nak berebut, habis semua pelabur lari dengan polisi berubah ubahnya. Dah la sekarang tengah pandemik. Orang patut bersatu tapi mereka ni sibuk main drama. Rakyat makan pasir. Ahli politik ni habis sebat semua projek, balak etc, harta 7 keturunan tak habis makan.. bolehla nak berdrama dan berebut 24 jam. Jangan sampai satu keluarga habis kena macam thaksin, romanov dll bila rakyat dah tak tahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2020 03:46 PM | Show all posts
Dakwaan Anwar hanya 'Sindrom September' - Takiyuddin
Fauzi Suhaimi
September 23, 2020 15:30 MYT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'sindrom bulan September'.
Ini kerana menurut beliau, perkara itu pernah berlaku sebelum ini pada 16 September 2008.
"September Syndrome... Previously 16, now 26 (Sept)," katanya ringkas menerusi satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada Rabu.

Takiyuddin menegaskan, walau bagaimanapun kuasa kerajaan masih terletak di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anwar dalam sidang media tergempar hari ini mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin telah jatuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2020 03:47 PM | Show all posts
c===8 replied at 23-9-2020 03:40 PM
ada kaitan kak, cer gugel stocks related tu anwar

oic...
patutlah naik...baru baca adik dia BOD
aritu muiprop jatuh sbb dah xde emas...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 03:58 PM | Show all posts
MissVixen replied at 23-9-2020 03:45 PM
Meluat betul. Ini kalau dah tiap bulan nak berebut, habis semua pelabur lari dengan polisi berubah ...

Aku harap sangat jadi macam tu wey.. Semua parti ada yang buat taik.Tapi aku xkisah parti mana janji negara elok. Rakyat xsusah.

Geram dengan perangai depa. Tak dak benda dok bising.
Guna modal ayaq liuq ja depa tau.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimennya mahu sokong Anwar - Ahmad Zahid

Fauzi Suhaimi
September 23, 2020 15:16 MYT

Ini kerana, Ahmad Zahid berkata, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN). - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana, kata beliau, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).
"Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen PN.

"Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja.

"UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar bagi menyatakan hasrat beliau," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Ahmad Zahid berkata, ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN telah menyuarakan sokongan.
Namun, Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci bentuk sokongan itu.

"Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan," ujarnya.

Terdahulu Anwar dalam sidang media tergempar hari ini mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.
Beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2020 04:22 PM | Show all posts
Anwar ulangi sandiwara bulan September, kata Asyraf Wajdi
ZUBIR SULAIMAN
2-3 minutes


SHAH ALAM - Pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa sudah cukup majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah sandiwara bulan September, kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut Asyraf Wajdi, perkara sama pernah berlaku pada 16 September 2008 dan kali ini Anwar sekali lagi mengulangi sandiwaranya dengan membuat sidang akhbar untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Antara persoalan yang bermain pada pemikiran adalah kenapa Anwar seperti terdesak membuat pengumuman tatkala Yang di-Pertuan Agong sedang gering dan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara?

“Kedua, kenapa Anwar semacam terdesak membuat pengumuman ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hanya tinggal dua hari berbaki sebelum hari pengundian Sabtu ini?

“Ketiga, kenapa Anwar semacam terdesak membuat pengumuman setelah rakan sekutunya yang paling kuat DAP mengisytiharkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal lebih layak diangkat sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik laman Facebook beliau hari ini.

Asyraf Wajdi turut melontarkan persoalan mengapa hanya wakil PKR sahaja yang hadir pada sidang akhbar berkenaan dan dimanakah wakil-wakil komponen PH lain seperti DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata, ternyata semua itu hanyalah gimik dan sandiwara politik Anwar sempena bulan September yang begitu sinonim dengan sketsa politik beliau.

“Kebetulan juga beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada bulan September 1998.

“Apakah ini semudah satu sandiwara? Jadi kita tunggu episod seterusnya. Kalau susah-susah sangat, serahkan kembali mandat kepada rakyat agar dapat membuat keputusan yang muktamad,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 04:30 PM | Show all posts
ingatkan dah move on dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-9-2020 02:19 PM
Mcm ni la.. Aku tau semua org baca.

PAT.. Mohon supaya suruh SB ATM bagi segala kejahatan semua  ...

Tuanku Agung tao semua nakai depa sis.... SB dah lapo kat PAT... Sebagai ipaq...PAT dah tentu kasitao Tuanku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 23-9-2020 04:39 PM
Tuanku Agung tao semua nakai depa sis.... SB dah lapo kat PAT... Sebagai ipaq...PAT dah tentu kasi ...

Tu syg kat ATM lebih2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nes3in1 replied at 23-9-2020 03:14 PM
Heshe mmg suka kacau bilau di tanah air ke? Sumbat balik dlm penjara baru reti behave. Duh!

Tapi ayam2 dia banyak tabur dedak untuk tuan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2020 04:49 PM | Show all posts
Anwar bersandiwara meraih sokongan rakyat Sabah | Berita Harian
2-3 minutes

KUALA TERENGGANU: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bersandiwara bagi meraih sokongan rakyat Sabah menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini, apabila mendakwa mendapat majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menegaskan, kedudukan WARISAN diterajui Datuk Seri Shafie Apdal untuk terus menerajui Sabah berada dalam keadaan tidak stabil, selepas rakyat negeri itu mula berpaling tadah menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, disebabkan WARISAN yang juga parti sekutu PH dalam keadaan terdesak, Anwar secara tergesa gesa mengumumkan partinya memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

"Kenyataan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson termasuk mengakui dia bakal Perdana Menteri ke lapan dan Parti Harapan (PH) memiliki majoriti kerusi sudah kerap kali dicanangkan, tetapi sehingga kini belum menjadi kenyataan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anuar pada sidang media hari ini mendakwa beliau sudah mendapat majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau berkata, sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Anwar berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun terpaksa ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Selain itu, Rosol turut menjelaskan, walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin baharu tujuh bulan dilantik sebagai Perdana Menteri, tetapi seluruh rakyat berada dalam keadaan selesa berbanding ketika PH menerajui pemerintahan negara selama 22 bulan.

"Kepemimpinan Muhyiddin berjaya menyelesaikan pelbagai tuntutan rakyat terutamanya menangani penularan COVID-19, amat dicemburui pemimpin parti pembangkang, termasuk Anwar selepas beberapa kali impiannya menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2020 04:50 PM | Show all posts
Episod baharu yang sengaja direka: Tun M
NOZINA YAHAYA | | 23 September 2020


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendakwa mendapat majoriti cukup kukuh ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Dr Mahathir berkata, Anwar yang merupakan bekas timbalannya pernah membuat kenyataan sama pada 2008.

"Ini bukan pertama kali beliau (Anwar) mendakwa kononnya mendapat sokongan majoriti dan membuat pengumuman penting.

"Situasi sama pernah berlaku pada September 2008," katanya seperti dilaporkan portal berita The Edge Singapore hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson yang mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, ia adalah episod baharu yang sengaja direka.

"Kita harus tunggu dan lihat untuk melihat apakah ini episod lain selepas gagal membuktikan dakwaannya sebelum ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bursa jatuh tu pun menunjukkan dia tidak dialu-alukan menerajui negara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-9-2020 03:08 PM
You sure sandiwara? Abah terus bergegas dari Sabah balik KL karna sandiwara ini woo.

Tapi tengahari tadi mmg dia ada perasmian buku COVID-19 kat Putrajaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.063849 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list