View: 7893|Reply: 52
|
[Tempatan]
PM tenang je.Ajak rakyat bersatu.Tak berkutik pun ngan citer Anwar.Tolong rakyat
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Selepas hampir dua jam pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau berjaya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan tenang dan bersahaja ketika menyampaikan Perutusan Khas Kita Prihatin.
Muhyiddin menyampaikan perutusan khas itu pada jam 2.30 petang dan disaksikan secara langsung menerusi siaran televisyen utama dan melalui laman sosial
Dalam perutusannya, Muhyiddin tidak menyentuh langsung mengenai isu politik terutama membabitkan pembubaran parlimen seperti dijangka berikutan pengumuman Anwar.
Beliau mengumumkan inisiatif bantuan tambahan kepada empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi impak Covid-19.
Di penghujung ucapannya, Muhyiddin meminta rakyat Malaysia menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang menjejas pelan pemulihan ekonomi yang sedang berjalan.
"Apa yang perlu ialah sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan dan dokongan saudara dan saudari sekalian. Ini penting supaya lebih banyak inisiatif untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat jelata dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh kerajaan.
"Saya merayu saudara dan saudari sekalian supaya menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini.
InsyaAllah, kita boleh melakar masa depan yang lebih baik dari semalam. Saya yakin dan percaya kepada kekuatan semangat kita sebagai rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama mendoakan kemakmuran negara kita dan kesejahteraan seluruh rakyat. Mudah-mudahan pakej Kita Prihatin ini akan dapat memberikan manfaat yang besar kepada saudara dan saudari sekalian," katanya.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter berkata, tiada apa yang tumbang atau jatuh.
"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh," katanya.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan turut membuat ciapan ringkas: "Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Saya berada dalam mesyuarat (Jemaah Menteri), sibuk merancang demi rakyat bersama Perdana Menteri," katanya.
Anwar dalam sidang media khas hari ini berkata, beliau yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Beliau berkata, sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik baginda keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN).
"Sebenarnya saya mendapat perkenan mengadap baginda Selasa pada jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN.
"Dengan sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan ini, bermakna kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh," katanya.
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/623577/amp |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MASIN mulut rakyat jelata. bekas banduan ni dah betul2 giler |
|
|
|
|
|
|
|
Cian bang non.. teruskan bermimpi |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha....hari ni hari yg mendebarkan
saham drop lepas bang non umum dia ada number kul 12 p.m.
bila muhyidin umum bantuan bajet utk BPN, Mora bersasar dan bantuan covid jam 2.30 pm saham naik balik.
blh nampak disitu sapa yg selalu bagi jahanam ekonomi negara
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Fokus kepada perkara melibatkan kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kerajaan sekarang terus menjadi teraju negara, buang saja mana2 yang bermasalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Diam tak berkutik kaki jilat dapig,bang non dalam ni lepas pukul 2.30pm.. Pukul 12 tadi kemain lagi berkicau |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 90an dulu...boleh la ko tipu aku,untuk sekarang 10 anwar cakap,11 tak boleh dipercayai. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca kat ig.. ada yg kata bang non saja buat gempak supaya sabahan pilih warisan.. dia tau org x nak dia..ingat org bodoh agaknya.. macam2 taktik bang non |
|
|
|
|
|
|
|
Bang non penipu besar.munafik. Ada hati nk jadi pm |
|
|
|
|
|
|
|
Gambo tgh susun kabinet tu sapa..
X mcm ali susun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Agung tu masuk IJN gara2 hal anwar ke apa..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Penjilat Anuar kna pkai mask 4 ply dgn face shield lps ni sbb nk cover muka yg termalu tu |
|
|
|
|
|
|
|
pasa replied at 23-9-2020 05:27 PM
hahaha....hari ni hari yg mendebarkan
saham drop lepas bang non umum dia ada number kul 12 p.m.
Naik balik dah? Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 23-9-2020 06:34 PM
Gambo tgh susun kabinet tu sapa..
X mcm ali susun..
Anwar Ibrahim Al-Susuni |
|
|
|
|
|
|
|
ada org bagtau bangnon tak keyakinan je tak cukup tanpa jumlah sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Td i dpt video pm dok berpeluk2 dgn bbrp orang...suasana pilu aja |
|
|
|
|
|
|
|
PM lek lek jer? mana engkau tahu...siapa kata, nenek kau ke
ntah2 si Bang Yiddin tgh pakai pamper dewasa kut2 terkincit ke hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Tenang erk? Td dalam live kemain abah tercungap2 ...xpernah2 lgi abah lelah mengelabah sampai cmtu dulo2...nampaknya scheme of things x menjadi ler abah din oiii... |
|
|
|
|
|
|
| |
|