CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24856|Reply: 291

[Tempatan] Pasar Borneo Seri Kembangan. Peniaga mesti dari Sabah, Sarawak. Mcm2 menu ada. T

  [Copy link]
Post time 24-9-2020 06:44 AM | Show all posts |Read mode
Pasar Borneo Seri Kembangan - Kosmo Digital
MUHAMMAD FARID AHMAD TARMIJI
5-7 minutes

SABTU ialah hari yang senantiasa dinantikan oleh Alicia Faustina, 24, kerana berpeluang menikmati beberapa jenis makanan tradisi negeri kelahirannya, Sarawak walaupun dia kini menetap di Semenanjung Malaysia.

Gadis ayu berasal dari Mukah itu pasti tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kuih penyaram yang dijual di Pasar Budaya Borneo yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor.

“Kuih penyaram ini adalah makanan tradisi Sarawak. Sejak kecil lagi saya suka makan kuih ini.

“Tetapi apabila sudah berpindah dan bekerja di Semenanjung sukar untuk saya menikmati kuih ini. Jadi, apabila mengetahui akan kewujudan pasar ini, saya tidak melepaskan peluang untuk datang,” jelas gadis berdarah keturunan Iban dan Melanau itu.

Tambahnya, sejak dua tahun lalu dia menjadi pengunjung setia pasar itu yang dibuka setiap Sabtu setelah mengetahui kewujudannya melalui seorang rakan yang juga berasal dari Pulau Borneo.

Kuih penyaram merupakan sajian tradisional yang sering dihidangkan kepada tetamu ketika sambutan Hari Gawai.

Ketika di pasar tersebut, Alicia juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan beberapa jenis sayur yang cukup terkenal di negeri Bumi Kenyalang iaitu terung Dayak dan sayur midin.

“Terung Dayak ini amat sukar untuk dicari di Semenanjung. Tetapi di pasar ini, saya berpeluang untuk mendapatkannya walaupun harganya sedikit mahal.

“Selalunya saya akan goreng terung ini dengan cili dan dimakan bersama nasi panas. Hidangan ini sudah cukup membuka selera,” ujarnya.

Tambah Alicia, kerinduannya terhadap kampung halaman juga terubat apabila dia mengunjungi pasar tersebut.

Hal ini kerana di pasar itu, dia dapat berjumpa dengan ramai orang berasal dari Pulau Borneo dan mereka boleh berkomunikasi menggunakan bahasa Iban.

Pasar Budaya Borneo itu boleh dikatakan sentiasa menjadi tumpuan penduduk asal Sabah dan Sarawak setiap minggu.

Pelbagai jenis makanan dan produk berasal dari dua negeri itu dijual di pasar tersebut.

Antara produk yang dijual di situ termasuklah kek lapis, kuih cucur sayur atau kicap belaga, kopi tenom, ayam pansuh, ikan terubuk masin, mi kolok dan lain-lain lagi.

Bathice June, 41, yang berasal dari Sandakan, Sabah adalah salah seorang peniaga yang menjual hidangan mi kolok di pasar tersebut.

“Mi kolok antara menu yang popular dan sering mendapat sambutan.

“Setiap minggu ramai yang yang sanggup beratur untuk membeli menu ini. Adakalanya saya sehingga tidak menang tangan untuk membuatnya,” ujarnya.

Latihan

Selain mi kolok, Bathice juga menjual buah tarap dan buah bambangan.

Kedua-dua buah itu hanya terdapat di Pulau Borneo dan tidak selalu didapati kerana berbuah mengikut musim.

“Harga untuk buah tarap dan buah bambangan masing-masing ialah RM24 dan RM22 sekilogram.

“Tetapi harga untuk buah-buahan ini boleh meningkat sehingga RM30 sekilogram jika musimnya hampir berakhir,” kata Bathice.

Isi buah ini berwarna kuning dan memiliki rasa masam manis seakan-akan mangga dan boleh dimakan begitu sahaja.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peniaga Pasar Budaya Borneo Seri Kembangan, Nelson Entap menjelaskan, pasar tersebut telah beroperasi sejak tahun 2016.

Menurutnya, idea untuk menubuhkan pasar tersebut dicetuskannya bersama beberapa lagi rakan lain yang bertujuan memperkenalkan budaya dan produk dari Pulau Borneo.

“Pada awal operasi hanya 20 orang peniaga yang terlibat dan pilihan barangan tidaklah terlalu banyak.

“Setelah lima tahun beroperasi, jumlah peniaga juga semakin bertambah. Kini, seramai 55 peniaga secara konsisten berniaga di pasar ini setiap minggu,” katanya.

Sebagai anak jati Sarawak yang sudah menetap di Semenanjung selama lebih 30 tahun, Nelson mengakui kadangkala dia merindui makanan dan produk-produk lain dari negeri kelahirannya.

Untuk pulang ke kampung halaman memerlukan kos yang agak tinggi. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk membuka pasar tersebut.

“Sebenarnya ramai yang berasal dari Sarawak dan Sabah menetap di sini dan mereka pasti akan merindui suasana pasar yang menjual makanan dan produk dari sana.

“Oleh itu, pasar ini boleh mengubati kerinduan mereka terhadap kampung halaman,” ujar Nelson.

Pasar itu beroperasi pada setiap hari Sabtu dari pukul 7 pagi sehingga 11 pagi.

Nelson menjelaskan, setiap individu yang berniaga di situ akan diberi latihan terlebih dahulu antaranya tentang cara menguruskan perniagaan, melayani pelanggan dan memasarkan produk.

“Selain itu, kita juga mengutamakan produk halal. Peniaga di sini, walaupun bukan beragama Islam, kami akan memastikan makanan atau produk yang dijual juga halal,” ujarnya.

Kata Nelson, pasar itu juga kini menjadi sumber mata pencarian bagi masyarakat Pulau Borneo yang telah lama bermastautin di Semenanjung.

“Ada isteri yang mengikuti suami ke Semenanjung bagi mencari rezeki. Isteri yang tidak bekerja boleh mengambil peluang ini seminggu sekali untuk datang berniaga di sini bagi membantu pasangan mereka. Kami masih membuka peluang kepada mereka yang berasal dari Sarawak dan Sabah untuk berniaga di sini,” ujarnya.

Terangnya, peniaga di pasar itu mestilah berasal dari Sabah atau Sarawak sahaja kerana permit yang mereka pohon kepada pihak berkuasa sememangnya khas untuk perniagaan orang Borneo.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mosti at 24-9-2020 06:59 AM

Untuk orang sabah sarawak dapat layanan macam2 di semenanjung. Kalau kat sarawak ni, apa2 program hanya orang sarawak je dapat special. Orang semenanjung yang tinggal di sarawak seperti kurang diberi perhatian macam anak tiri pun ada, rasa macam tak dok malaysia pun ada. Sedih...aku nak nangis. Kalau kat jalan raya.. Asyiklah jumpa banner kat kereta sarawak for sarawakian..apoo?? Nampak kereta semenanjung, potong macam hapeee..apa yang diorang marah sangat ntah. Ni semua orang politik punya pasal, rakyat jadi mangsa. Bosannya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 24-9-2020 06:56 AM
Untuk orang sabah sarawak dapat layanan macam2 di semenanjung. Kalau kat sarawak ni, apa2 program ha ...

kalau kereta ada stiker sarawak for sarawakian tu orang sarawak pun tak suka.jangan fikir macam tu bro.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sayur midin tu pucuk paku kan?
masakan sarawak lbh kurang je dgn masakan sini. masakan sabah semua pun bg sup..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ada jual ikan bolong, ikan belawis x kt situ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh.. X pernah pi Sarawak dan sabah.. Boleh pi sini la utk makan2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 23-9-2020 10:56 PM
Untuk orang sabah sarawak dapat layanan macam2 di semenanjung. Kalau kat sarawak ni, apa2 program ha ...

Ini betul.  Biased much. Makcik aku pernah stay sana few years, best mmg best tapi bab rasis menyakitkan hati. Mcm dok negara lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang Sarawak bkn biased,
Cuma Ada limit
Banding Kan Sarawak dgn Sabah
Ramah Kan Sabah ?
Sesenang jugak terima pendatang haram!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Buah dabai ada tak..member pantai timur cukup suke dabai lemak2
Sarawak aku rindu bayam celup tepung. Sabah aku suka pisang goreng kipas
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Buah tarap tu kalau ada dalam rumah, kejap2 pegi kitchen check gas bocor ke hape. Kuat betul bau gas. Nasib baik sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
nikola.tesla replied at 24-9-2020 07:14 AM
kalau kereta ada stiker sarawak for sarawakian tu orang sarawak pun tak suka.jangan fikir macam tu ...

Oh ya ka...harap2 begitu lah.. Orang sarawak sangat beruntung, banyak program free untuk rakyat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:07 AM | Show all posts
aku kalau takde bahan2 only in Sarawak tu takde lah nak hadap gigih cari jugak. dah tau takde kat tempat merantau tu pandai2 lah makan apa yang ada kat Semenanjung tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak 10 tahun dok sini, tapi kat mana area sebetul nya pasar ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 24-9-2020 06:56 AM
Untuk orang sabah sarawak dapat layanan macam2 di semenanjung. Kalau kat sarawak ni, apa2 program ha ...

Sebagai anak yg pernah ikut ayah kerja sana, perangai ni dari zaman 80an membawak sekarang tak elok elok lagi. Menyampah akak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 24-9-2020 07:45 AM
Ini betul.  Biased much. Makcik aku pernah stay sana few years, best mmg best tapi bab rasis menya ...

Haha...kesian.mak cik uols tgl area mana tu uols?cth rasisnya tu mcm mana?pnah dihambur kata2 kesat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:43 AM | Show all posts
punyalah byk sumber makanan koser nk gigih cari...nk sgt tekak serawak tu duduk jelah kt serawak nun tkyah sebok2 duk tmpt org..duk sini pon berkumpul kalangan korg tu jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2020 08:47 AM | Show all posts
mosti replied at 24-9-2020 06:56 AM
Untuk orang sabah sarawak dapat layanan macam2 di semenanjung. Kalau kat sarawak ni, apa2 program ha ...

true... nyampah gila kena ber passport bagai
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 24-9-2020 08:01 AM
Buah dabai ada tak..member pantai timur cukup suke dabai lemak2
Sarawak aku rindu bayam celup tepun ...

Susah mau jumpa suda pisang goreng kipas skrg...mcm tidak wujud suda ni. Skrg pisang goreng sekeping2 jak yg byk org jual.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama nak gi sini tapi belum bekesempatan.
Teringin sangat nak makan ambuyat, latok bagai tu.
Harap sedapla seperti di lihat pada gambar
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:53 AM | Show all posts
pengalaman gua tgk konsert metalasia kat bukit jalil, vocalist dia mamat sabah.punya la ramai bebudak sabah siap bawak bendera.ngeri beb tgk kelakuan bebudak tu, ganas semacam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.092244 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list