CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13567|Reply: 185

[Tempatan] INFO SANTAI. 10 barangan mahal yg kita tak perlu time ni terutama yg byk hutang

[Copy link]
Post time 27-9-2020 04:02 PM | Show all posts |Read mode
10 barangan mahal ini mungkin anda tidak perlukan pun sebenarnya
Ridauddin Daud
September 27, 2020 15:35 MYT

DAHULUKAN keperluan, barulah kehendak.
Itu antara asas untuk mengelakkan anda dari terjerumus kepada masalah kewangan yang pada awalnya mungkin kelihatan baik-baik sahaja namun lama-lama, membukit jadinya.
Begitupun, hidup dalam dunia serba moden, serba canggih kini, kadangkala - mungkin juga banyak kali - kehendak nampaknya acap kali mengatasi keperluan.
Dek kerana mahu nampak bergaya, hebat di depan rakan-rakan, semuanya sanggup dilakukan, tak kisahlah poket makin menipis asalkan ego menebal.
Natijahnya, hujung bulan mula catu sana-sini, serba-serbi tak cukup malah ada yang terpaksa meminjam wang pula, dari keluarga, rakan atau sesiapa sahaja.

Astro AWANI kongsikan 10 barang yang kadangkala disebabkan kehendak, anda terjerumus dan akhirnya menjadi mangsa kepada masalah kewangan.

1. Telefon pintar

Antara banyak-banyak barang, mungkin ini selayaknya disebut paling awal.
Mana tidaknya, generasi muda sekarang boleh dikatakan hampir setiap tahun menukar telefon pintar, ada saja model baru, terus disambarnya.
Pantang keluar iklan, mulalah tak senang duduk dibuatnya. Nampak pula ada rakan guna telefon pintar baru, lagilah berkobar-kobar hatinya nak dapatkan peranti baru.
Situasi itu menyebabkan peranti yang dijual pada tahun sebelumnya boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah sedangkan prestasinya masih mantap, umpama yang baru juga.
Alangkah bagusnya kalau wang itu digunakan untuk membeli barang lain yang semestinya lebih memenuhi keperluan anda.

2. Kopi mahal

Meneguk secawan kopi yang penuh aroma pada waktu pagi dan selepas habis waktu kerja pastinya menghadirkan ketenangan terutamanya kepada pencinta kopi.
Biasanya, tentulah restoran mahal menjadi pilihan, kadangkala secawan kopi harganya boleh mencecah belas-belas ringgit.
Tapi sebenarnya ada saja kedai-kedai kopi terutamanya milik anak tempatan yang menyajikan kopi hampir sama, penuh aroma dan sedap juga.
Mungkin ia tidak sama seperti restoran-restoran mahal yang biasa anda kunjungi tapi rasanya tidaklah begitu jauh berbeza.
Harga lebih murah, ketenangan dan kepuasan pun sama dapat.

3. Tudung mahal

Fuh, pasti ramai panas hati, sakit mata baca point nombor lima ini.
Mahu atau tidak mahu, inilah yang harus dibangkitkan kerana kebelakangan ini semakin ramai wanita sanggup berhabis ratusan, ribuan ringgit untuk sehelai tudung.
Pelbagai alasan diberikan, material kain lebih baik, rekaan yang cantik, eksklusif tapi ramai sebenarnya menyedari, harganya melambung tinggi kerana jenamanya.
Boleh saja beli tudung di kedai-kedai tepi jalan, di pasar malam atau di pusat membeli-belah, harganya pasti jauh lebih murah dan kualitinya juga kadangkala hampir setanding.
Percayalah, mahal mana pun tudung anda, tak ramai pun menyedarinya kecuali jika mereka juga pelanggan tudung mahal seperti anda.

4. Majlis perkahwinan meriah

Menjadi raja sehari, sudah semestinya kita sehabis baik mahu jadikan ia kenangan terindah, tak boleh dilupakan, diraikan semeriah mungkin.
Lazimnya, majlis yang meriah sudah semestinya memerlukan banyak belanja.
Disebabkan mahu nampak gah, ada yang sanggup meminjam daripada bank untuk melunaskan hasrat hati mereka.
Wang itu adalah lebih baik disimpan untuk kehidupan selepas berkahwin kerana ramai orang kata, kehidupan selepas majlis itu adalah realiti sebenarnya, susah dan senang bersama.
Kalau sebelum kahwin pun hutang dah keliling pinggang, sukar jugalah nak menguruskan kewangan selepas kahwin kelak.
Tak mengapalah kalau tak meriah sangat asalkan selepas majlis, anda bahagia dan lapang minda bersama pasangan.

5. Vacuum cleaner robot

Ciptaan ini semakin mendapat permintaan kerana katanya memudahkan kerja membersihkan rumah, tidak perlu terbongkok-bongkok membersihkan rumah seperti sebelum ini.
Begitupun, saiznya yang kecil menyebabkan anda perlu membersihkannya berulang kali, berbeza berbanding penyedut hampagas lain yang ada dalam pasaran.
Dari segi praktikal dan memudahkan kerja, mungkin robot itu lebih berguna untuk anda namun apabila dibandingkan harganya, tak salah kalau guna cara lama sahaja.
Begitupun, harganya kini semakin murah dan membolehkan lebih ramai orang membelinya.

6. Headphone mahal

Bagi mereka yang suka mendengar lagu, kebanyakan masanya dihabiskan dengan lagu menerjah halwa telinga, mereka pastinya lebih gemar menggunakan headphone mahal.
Katanya, bunyi dari headphone mahal lebih sedap, bass, treble, semuanya sedap-sedap belaka, cukup sempurna.
Bayar beratus, beribu ringgit pun mereka tidak kisah asalkan mendapat kepuasan ketika mendengar lagu-lagu kegemaran.
Satu perkara yang pasti, kalau beli headphone murah pun, ia tidaklah menghalang anda untuk mendegar lagu, mungkin kualitinya berbeza tapi fungsinya tetap sama.

7. Kereta mewah

Boleh kata semua orang memasang impian untuk memiliki kereta mewah tapi hakikatnya, ia tidaklah semudah disangka.
Nak beli satu cerita, nak menyelenggara pun satu cerita lagi. Lazimnya lagi mahal sesebuah kereta, lebih tinggi kos penyelenggaraannya.
Kadang-kadang pergi bengkel, barang pula tiada, kena tunggu pula beberapa minggu. Sudahlah harga mahal, masa pula banyak terbuang.
Daripada mengeluarkan wang untuk kereta mewah, tak salah kalau beli kereta jenama tempatan yang kebelakangan ini mula mengeluarkan model setanding jenama antarabangsa.
Harganya? Pasti jauh lebih murah dari jenama lain.

8. Jam mahal

Ada orang mengklasifikasikan jam mahal sebagai status kekayaan, lebih mahal, lebih kaya orang itu kelihatan di mata rakan-rakannya.
Pastinya anda tahu, tak kiralah mahal mana pun jam anda beli, fungsinya tetap sama, menunjukkan waktu kepada anda.
Hakikatnya, tak ramai pun orang yang benar-benar melihat kepada jam anda tatkala bertemu anda. Lazimnya mata mereka lebih tertumpu kepada baju dan kasut anda, lebih kepada penampilan secara keseluruhan.
Jadi, tak salah kalau anda pilih jam yang nampak klasik, cantik, berkilat tapi dalam masa sama, harganya jauh lebih murah.

9. Bilik hotel mewah, mahal

Bila bercuti, sudah semestinya ramai mahukan penginapan yang selesa, persis seperti bilik sendiri, barulah tenang, selesa bila tidur malam.
Pastinya untuk bilik sebegitu, harganya tidak murah. Ada pelabagai jenis hotel menawarkan pelbagai jenis penginapan dengan jurang harga yang berbeza-beza juga.
Kalau anda rancang percutian anda, rajin ‘menjelajah’ dari satu hotel ke satu hotel secara atas talian, tak mustahil anda akan dapat bilik selesa pada harga murah.
Biasanya waktu bercuti, anda tidak akan habiskan banyak masa di bilik, banyak keluar saja. Bilik hanya untuk mandi, bersiap dan tidur.
Jadi lebih baik wang untuk membayar bilik hotel yang mahal, anda tukarkan kepada perkara lain seperti makanan, cenderahati dan aktiviti lain. Lebih berbaloi rasanya!

10. Produk diet ‘ajaib’

Ramai yang terpedaya dengan iklan-iklan ubat kurus, kononnya boleh kuruskan badan dengan cepat namun kesan buruknya tidak pula diberitahu.
Pakar kesihatan berpendapat ubat kurus sebegitu sebenarnya membahayakan kesihatan, boleh merosakkan buah pinggang dan kesannya hanya terasa apabila usia semakin meningkat.
Nak kurus memanglah agak sukar tapi ubat kurus bukanlah pilihan yang tepat. Ada kalanya harga mencecah ratusan ringgit, duit habis tapi kadangkala kurusnya tak dapat pun.
Jauh lebih elok jika anda memasang niat untuk kurus, mulakan dengan jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat.
Kesannya mungkin sedikit lambat tapi sekurangnya anda tidak perjudikan kesihatan anda.

Nukilan di atas mungkin tidak dipersetujui ramai pihak namun niat penulis hanyalah berkongsi kata, moga-moga lebih ramai peka dan tidak terjerumus dalam masalah kewangan.
Pokoknya, semuanya terserah kepada diri masing-masing. Kalau anda rasa segalanya kena dengan anda, apa salahnya kan…

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikutla poket masing2..
Kekadang singgah juga setarbak minum kopi tp tkdelah selalu

Bab kereta , hp dan jam, pakai je mana yang ada.
Tudung skrg beli jenis bawal je.
Printed dan murah.

Bab makanan?
Kena pikir menu harian gak untuk seminggu.
Sebab anak2 ke sekolah, pagi petang bawa bekal.
So kena berkira2 sikit bab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
satu2nya benda yg aku beli sepanjang pkp yg ada dalam list ni adalah "kopi mahal" itupun sekali sbg reward utk diri sendiri lepas spring cleaning rumah.. terasa nikmatnya n betul2 rasa "rewarding"

satu lagi benda yg bakal masuk list adalah handphone, tapi budget aku 500 sajork.. yg tgh pakai ni mic dah rosak, umur pun dah 5 tahun? 6 tahun? n harga tak sampai 500 pun tapi rasanya takkan beli dalam masa terdekat ni kot.. boleh lagi guna hands free walaupun 90% aku akan ignore je calls

tapi apa yg artikel tu kata memang betul la.. kalau kena kat orang macam aku ni, segala tudung mahal, jam mahal handphone handbag mahal memang aku takkan kenal.. hotel mahal pun aku whoareyouss kan aje, tido kat katil sendiri lagi best kekdahnya

kalau ditengok kat socmed, tak ramai pun kot kawan2 aku yg kaki membeli benda2 kat atas ni.. kopi mahal tu maybe.. or maybe, aku sendiri pun tak tau benda tu mahal ke tidak

ooo ye.. dgn periuk kuali belanga yg TPA pakai tu ramai yg beli rasanya.. heh

n lastly, headphone mahal dgn headphone murah memang ada beza k bunyi.. jangan la nak banding headphone daiso dgn sennheiser ke, bose ke, atau paling "cikai" pun steelseries or razer
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 04:25 PM | Show all posts
my phone terarwah..
nak g beli malas..guna stok phone lama dulu...
mobile data utk internet pun dah tak support...
blh call and sms je..nak ws guna wifi...
sadis btoi...
mmg tahap buat baling anjeng dah...
nak beli hp baru yg bodoh nanti x leh zoom pulak...
beli yang pintar sikit je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Time pkpp ni i dah pi minum kt kedai kopi 434.harga murah sikit dr costa.
Kayangan ke idok?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 04:32 PM | Show all posts
Nasib belum terjebak dengan kesepuluh barangan diatas lagi jadi masih mampu mengawal diri dan kewangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lgsg x minum kopi. Kopi mahal lg la x. Ayaq kosong je.
Minuman manis pon jarang. Aku ada 1 jam tgn yg bg aku Sgt mahal. Rega dia sama dgn sebiji axia basic.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe...semua di atas i x gila2.. kecuali satu yg no 9...yg ni xleh sekat kemahuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
iols takleh tgl kopi mahal cuma i buat sendiri kat rumah kdg2 je terbeli dikedai. kdg2 kedai ni dah ckp no sugar masih jugak letak.iols tak suke.
lagi satu vacum robot tu mmg keperluan sgt2 utk rumah iols. cuma beli sebelum pkp so ok la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Telefon pintar adalah satu keperluan zaman skrg. Nak buat cashless payment, nak order food delivery, grab, nak berurusan online. Yg buat jadi tak penting bila hp elok lagi baru lagi sibuk nak tukar baru poket pulak nipis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
semua takde & tak buat, takde keperluan pun nak perabih duit cara tu, tapi sapa nak beli atau holiday mewah, buat lah bukan mintak duit iols pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli jelah apa yg ko nak dek.. yg penting ko mampu.. tak payah la hidup ni ikut sgt aturan org lain.. duit byk kedekut sgt pun tak guna juga. Klu ko tak mampu lain citer la
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
There's nothing wrong by rewarding ourselves once in a while.. asal jangan berhutang bertepek2 sudah lerrrr....

Malu seh lifestyle bongkak tp atas dasar HUTANG....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:22 PM | Show all posts
sendiri punya duit pandai-pandai lah urus
itu salah ini salah
check la poket dan bank masing-masing
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:23 PM | Show all posts
sendiri punya duit pandai-pandai lah urus
itu salah ini salah
check la poket dan bank masing-masing
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
No.9 tu klu dh kite mampu, kite lh kena gerakkn ekonomi negara kannnn... sebulan skali je pn
Hp tu bkn org beli tiap2 bln pn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Headphone mahal perlu..yang lain pergi mampus.

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 27-9-2020 04:53 PM
iols takleh tgl kopi mahal cuma i buat sendiri kat rumah kdg2 je terbeli dikedai. kdg2 kedai ni dah  ...

Best tak robot vacuum? Teringin nak beli tp takut robot tu bgaduh ngan meow... Klu dorang benci ngan benda tu, dorang p kencing atas dia mcm printer iols
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Tepon pintar
- July baru ambik seketui sbb laki aku bg jatuh tefon
2. Kopi mahal
- dah lama bersara beli kopi mahal sbb aku buat kopi mahal kat umah jek
3. Tudung mahal
- tudung yg aku pakai ari2 harga 25 hengget paling mahal hat lain selai 10
4. Majlis Perkahwinan meriah
- aku dah nikah InsyaAllah kekal x nikah lagi lepas ni
5. Vacuum Cleaner robot
- aku x vacuum umah walau aku ada Dyson Absolute+ 10 sbb bibik aku suka sapu2 angkat2 kebas2 jemur2 lantai dan kapet
6. Headphone mahal
- aku suka dengar lagu berjemaah kat Woburn2 antara nya lagu lenggang kangkung
7. Kereta Mewah
- niat hati nak beli Alpad Range Rober ngan tambah Fortuner sebijik lagi tp duet takder duet mana duet?!?
8. Jam Mahal
- aku takde jam bila lah aku nak beli jam dan hakikatnya aku tak suka ada benda kat tgn aku
9. Bilik hotel mewah
- rumah aku dah paling mewah kat aku, x yah gi hotel
10. Produk diet ajaib
- aku pasrah dgn kegemukkan aku

So aku tgh kekal camni sampai aku abih settle utang kecuali pasal diet, esok aku start diet keto + IF 23hrs
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 27-9-2020 12:25 AM
satu2nya benda yg aku beli sepanjang pkp yg ada dalam list ni adalah "kopi mahal"  itupun sekal ...

Bose headphone buat i drive dari penang ke kl hanya untuk 1 freaking headphone.. Penang branch tiada jenis yang i mahu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.812127 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list