okey gak tu tonton ceramah kat youtube... byk gak ceramah2 yang menarik... ustaz Khalid Basalamah tu pun popular gak kat Indonesia
Alyah Banyak Tonton Ceramah Agama Di YouTube, Beri Motivasi Kepada Dirinya
Penyanyi popular Datin Alyah menyatakan sepanjang meluangkan banyak masa di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dia banyak menonton ceramah-ceramah agama di YouTube.
Menurut Alyah, kata-kata daripada mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi itu banyak yang boleh dipraktikkan dan memberikan motivasi kepada dirinya menerusi ceramah-ceramah yang ditontonnya itu.
“Saya bukan nak kata bagus tentang agama, tetapi menerusi salah satu ceramah agama yang saya dengar, ada seorang ustaz itu memberitahu kalau nak rasa bahagia dan tenang, kena kembali semula pada agama.
“Mungkin kita ini tidaklah terlalu sempurna, namun kita harus buat apa yang agama tuntut. Saya lakukan semuanya itu, terutama dari segi amalan iaitu dengan menjaga solat.
“Kini, saya sudah dapat merasai perubahan dalam kehidupan, misalnya sekarang saya lebih dapat mengawal emosi dan hidup rasa lebih ceria serta tenang,” jelasnya.
Alyah berkata demikian ketika ditemui semasa pelantikannya sebagai duta untuk produk Zafesha Simply yang berlangsung semalam.
Ujar Alyah, dia semakin tertarik untuk banyak mendegar ceramah agama setelah tertarik dengan ceramah agama seorang ustaz dari Indonesia iaitu ustaz Khalid Basalamah.
Jelasnya, ketenangan yang dikecapinya sekarang ini seakan-akan tidak dapat dibeli dengan segala usaha yang dilakukan selama 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni.
“Sekarang ini banyak perkara yang telah saya pelajari. Kalau dulu setiap kali ada masalah, pasti akan diluahkan di media sosial dan kini saya sedar ia satu tindakan yang tidak wajar.
“Alhamdulillah… saya pun dah ‘back on track’. Tidaklah kata saya ini sempurna, tetapi saya berusaha sebaik-baiknya. Apa yang menguatkan saya sekarang ini adalah agama,” ujarnya.
Dalam pada itu, Alyah turut memberikan bayangan bahawa dia mungkin akan bersara dalam bidang nyanyian pada masa akan datang.
Menurutnya, secara jujur saya tidak akan menyanyi selama-lamanya. Cuma saya tidak tahu ini semua perancangan Allah.
“Sudah sampai satu tahap mungkin saya akan berhenti. Ini adalah keputusan yang terbaik untuk diri saya. Atau pun kalau ia membabitkan lagu-lagu menjurus ke arah kebaikan, mungkin saya akan lakukan.
“Saya pernah bagitau kepada suami nak berhenti menyanyi dan saya ditanya kembali tentangnya. Saya beritahu jiwa saya untuk menyanyi atas pentas itu dah tak ada dan sekarang ini saya dalam fasa untuk menyelesaikan kerja-kerja sahaja,” jelasnya.
Mengenai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata pula, Alyah menyatakan ia memang dalam perancangannya sekarang ini memandangkan usianya yang akan mencecah 40 pada tahun hadapan. – KopiPlanet.com
Post time 27-9-2020 08:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aku suka tgk utube khalid basalamah, adi hidayat, dgn sorg lg x igt nama.. dulu2 masa keje kat opis slalu dgr time buat keje.. skrg bila kat rumah susah pulak sbb line internet x kuat, nak guna utk buat kerja sesambil buka youtube mmg x dpt..
“Saya pernah bagitau kepada suami nak berhenti menyanyi dan saya ditanya kembali tentangnya. Saya beritahu jiwa saya untuk menyanyi atas pentas itu dah tak ada dan sekarang ini saya dalam fasa untuk menyelesaikan kerja-kerja sahaja,”
acah2 je... kowser... bila last pun kau nyanyi atas pentas? rasenye konsert pun tak penah ada...
jangan besok tokram dah takde kau reverse balik nak pencen menyanyi