CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4806|Reply: 32

[Tempatan] Tokong di tepi makam kerabat diraja

  [Copy link]
Post time 28-9-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bota: Tindakan premis barangan logam dan pasir yang meletakkan sebuah tokong kecil bersebelahan makam lama dipercayai milik kerabat diraja Perak di Kampung Aji, Bota Kiri, di sini, mengundang kemarahan penduduk setempat.

Difahamkan, makam berkenaan adalah milik nenda kepada Almarhum Sultan Idris Shah II.

Imam Masjid Kampung Aji, Rad Mishah, 70, berkata, tindakan pihak premis itu tidak sepatutnya berlaku kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Menurutnya, sebelum ini mereka sudah beberapa kali membuat aduan dan menegur pihak premis namun tiada tindakan yang diambil dan susulan itu penduduk berkumpul hari ini supaya perkara itu dapat diselesaikan.

"Mereka meletakkan tokong kecil di tepi makam, banyak lagi tempat tetapi kenapa letak dekat sangat dengan makam, kita perlu menjaga sensitiviti (agama) masing-masing.

"Bagaimanapun, petang semalam saya lihat baru mereka mengubahnya dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi selepas ini," katanya ketika ditemui pada perhimpunan bantahan penduduk, hari ini.

Turut hadir berbincang bagi menyelesaikan perkara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Khairul Shahril Mohamed dan beberapa wakil daripada Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Baitulmal dan Pejabat Agama Islam.

Sementara itu, Khairul Shahril berkata, premis berkenaan sudah bertapak di kawasan itu sejak hampir 30 tahun lalu, namun tidak membabitkan kawasan makam berkenaan.

Bagaimanapun katanya, sejak 10 tahun lalu, apabila pemilik premis itu membesarkan kawasan perniagaannya, tapak makam mula terjejas.

"Tindakan mereka meletakkan tokong kecil di tepi makam menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat.
Justeru itu, pertemuan ini untuk menyelesaikan masalah yang sudah lama berlarutan kerana sebelum ini pengusaha premis dikatakan tidak serius dalam isu ini," katanya.

Beliau berkata, pihak premis mahu bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk membantu membaik pulih struktur kawasan makam.

Sebelum ini makam mempunyai pagar dan dijaga tetapi kerana sudah lama ia rosak, selepas ini kita akan membaik pulih kawasan ini dan pihak premis juga mahu bekerjasama," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/623300/tokong-di-tepi-makam-kerabat-diraja

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawah pokok besar ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat makam nenda Al.bersemak bagai..pic xjelas le yeop
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan makam kerabat2 ni ada tmpt spesial ke?awat duk kt tmpt mcm hutan tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 09:26 AM | Show all posts
makam sultan2 perak dedulu mmg sepanjang sungai perak..
sbb dulu2 sultan2 tu dok area situ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissVixen at 28-9-2020 10:31 AM

Rasanya banyak melayu islam situ. Mana datangnya hindu di situ? Kerja bengkel je tapi sempat pacak kuil??

Edited. : Tokong cina
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2020 09:54 AM | Show all posts
MissVixen replied at 28-9-2020 09:47 AM
Rasanya banyak melayu islam situ. Mana datangnya hindu di situ? Kerja bengkel je tapi sempat pacak k ...

Tokong cina tu bukan hindu..
siap pacak colok bagai..
kalau Hindu lain plak adaptasinya..


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 09:55 AM | Show all posts
krustykrab replied at 28-9-2020 07:39 AM
Bukan makam kerabat2 ni ada tmpt spesial ke?awat duk kt tmpt mcm hutan tu

Stendedlaaa
Sultan kan bayangan Ellohim..
Takdenya nak clear and take care gitu..
Semua konsep auto diagnostik kekdahnya tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 09:56 AM | Show all posts
korang pun takmo usaha bersihkan makam tu..biar bersemak samun camtu.

bila org letak tokong, marah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:06 AM | Show all posts
kenapa makam dekat bota kiri tak jaga cantik? makam dekat bota kanan elok je bersih......
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 28-9-2020 09:54 AM
Tokong cina tu bukan hindu..
siap pacak colok bagai..
kalau Hindu lain plak adaptasinya..

Ooo. Maap. Silap tengok tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:35 AM | Show all posts
beria nak terasa. kalau tempat tu dijaga rapi taka apa lah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila cabut dan buang ke sungai. You jaga hak orang, orang jaga hak you.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 28-9-2020 10:06 AM
kenapa makam dekat bota kiri tak jaga cantik? makam dekat bota kanan elok je bersih......

Senang jer nk jawab persoalan ko ni rex, cukup dgn analogi....

Tangan kanan utk makan, tangan kiri utk?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 11:24 AM | Show all posts
axl_bach replied at 28-9-2020 11:10 AM
Senang jer nk jawab persoalan ko ni rex, cukup dgn analogi....

Tangan kanan utk makan, tangan k ...

utk basuh ........ padan la kotor.. aku memang cukup tak suka pergi bota kiri ni.. berselerak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 11:26 AM | Show all posts
Banyak tempat2 sejarah kurang diberi perhatian hingga kelihatan terbiar macam ni.  Harap kes ni menjadi penyebab untuk lebih beri perhatian diberikan agar kes yang sama tak berulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 28-9-2020 11:24 AM
utk basuh ........ padan la kotor.. aku memang cukup tak suka pergi bota kiri ni.. berselerak

Haaa, tau pun....ahahahaha

Btw aku melawak jer, kang ada org Bota Kiri marah aku plak kata aku kutuk tempat mengkome
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn plak letak tokong kecil merata pastu claim tanah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:10 PM | Show all posts
memang asal boleh pacak jer je SOP kuil ngan tokong neh ? herannnn aku...tanah orang jugak dipacaknya..buh la ataih tanah sendirik...kalau aku,  cabut dan humbang jer tokong to ke sungai perak sana pastu wat tak reti...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:13 PM | Show all posts
Dinasti mana neh? Dinastinya macam banyak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.591256 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list