CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Ramai merungut tunggu lama di airport. KKM tambah hampir 400 staff KLIA, klia2 u

  [Copy link]
Post time 28-9-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
2 minggu lepas beberapa staffs company aku yang balik dari ovc kerana bertugas terpaksa menunggu lebih 5 jam tapi tak ada seorang pun complaint @ bersungut coz mereka faham dgn current situation
Depa2 yg baru balik dari Sabah ni byk plak cengkadak dok complaint
Ingat hang tu dari kayangan ke sampai nak kena bagi special treatment & attention
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2020 01:10 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Org merungut pasal tunggu lama tu normal la. Tapi berpada la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 01:55 PM | Show all posts


Bukan kurang petugas tapi penumpang ramai
| | 28 September 2020
3-4 minutes

PUTRAJAYA - Waktu menunggu yang panjang bagi penumpang dari Sabah menjalani saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bukan disebabkan kekurangan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi jumlah penumpang yang ramai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setiap penumpang akan menjalani saringan antara 10 hingga 15 minit sahaja tetapi gilirannya mungkin mengambil masa kerana penumpang yang ramai.

"Bagi satu kapal terbang masa yang dijangka diambil ialah sekurang-kurangnya dua jam, mungkin lebih. Kalau lebih daripada satu kapal terbang iaitu tiga atau empat kapal terbang yang tiba ia mungkin mengambil masa panjang.

"Masalah yang berlaku ialah kerana ramai penumpang. Jadi kena tunggu dan bersabar," katanya mengulas mengenai aduan dan laporan terdapat penumpang yang terpaksa menunggu sehingga enam jam untuk menjalani ujian Covid-19.

Beliau ditemui media selepas merasmikan 7th Malaysia Breast Care Nurse Meeting 2020 di Institut Kanser Negara, di sini hari ini.

Menurutnya, KKM menambah 90 lagi petugas di terminal utama KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjadikan jumlah petugas seramai 400 orang.

Dr Noor Hisham pada Sabtu mengumumkan peraturan mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah menjalani saringan Covid-19 di kawasan pintu masuk bermula 27 September hingga 10 Oktober ini.

Beliau yang turut melawat KLIA pada jam 3 hingga 5 pagi tadi berkata, keadaan masih terkawal dan terdapat petugas KKM yang bekerja syif berganda iaitu sehingga 16 jam.

Saringan Covid-19 di KLIA, KLIA2 sesak

Menurutnya, ujian swab dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu swab hidung dan mulut, kemudian penumpang akan dipakaikan gelang, diberi keterangan mengenai Covid-19 dan tindakan yang perlu mereka ambil.

Dr Noor Hisham berkata, keputusan ujian saringan ke atas penumpang dari Sabah akan diketahui dalam masa 24 hingga 72 jam.

"Mereka yang positif akan dihantar ke hospital manakala yang negatif tapi ada terdedah kepada kes positif akan dikuarantin 14 hari," katanya.

Ditanya sama ada KKM ada memberi sebarang nasihat kepada Sabah memandangkan pilihan raya negeri itu sudah berakhir, Dr Noor Hisham berkata, tindakan seterusnya untuk Sabah akan diumumkan hari ini.

Mengenai kes Covid-19 yang dilaporkan di beberapa pusat beli-belah di Lembah Klang, Dr Noor Hisham berkata, ia kemungkinan disebabkan individu yang tidak menyedari diri mereka positif Covid-19.

"Apabila mendapat maklumat (berlaku kes Covid-19) di pusat beli-belah, kena nyahkuman kawasan itu sebagai langkah pencegahan," katanya. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sapie afdal dan musa aman punya pasal lah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:54 PM | Show all posts
Gmbr akhir tengok DG Hisham, sejuk je mata tengok.

Stay strong frontliners!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2020 03:08 PM | Show all posts
KKM tambah hampir 400 petugas kesihatan di KLIA | Berita Harian
3 minutes

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menambah hampir 400 kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 untuk membuat saringan individu yang tiba dari Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata petugas kesihatan berkenaan diambil dari Kuala Lumpur, Selangor dan Perak untuk membantu penugasan membuat saringan COVID-19 di pintu masuk domestik dan antarabangsa lapangan terbang berkenaan.

Noor Hisham berkata, kelewatan menjalankan ujian saringan kepada semua pengembara dari Sabah semalam disebabkan jumlah yang ramai termasuk petugas yang baharu selesai bertugas di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, beliau telah hadir ke KLIA pagi tadi bagi meninjau masalah berkenaan dan KKM mengambil masa 10 hingga 15 minit bagi menjalankan saringan kepada setiap individu yang baharu tiba.

"Individu yang didapati positif COVID-19 akan dihantar terus ke hospital untuk rawatan, manakala individu yang negatif dan berkait rapat dengan kontak diwajibkan menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dan memakai gelang (kuarantin)," katanya selepas merasmikan Seminar Jururawat Payudara Malaysia Ke-7 di Institut Kanser Negara di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Institut Kanser Negara, Dr Mohd Anis Haron danTimbalan Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Siv Azhar Merican Abdullah.

Ujian saringan di pintu masuk domestik dan antarabangsa susulan peraturan baharu yang mewajibkan semua individu yang tiba dari Sabah bermula 27 September hingga 10 Oktober.

Dr Noor Hisham berkata, penambahan kakitangan kesihatan itu dapat melancarkan sistem ujian calitan dan bagi setiap kapal terbang yang baharu tiba akan mengambil masa kira-kira dua jam bagi menjalani saringan.

Katanya, individu yang menjalani ujian calitan ini akan mendapat keputusan antara 24 hingga 72 jam sama ada dijangkiti atau negatif COVID-19.

Terdahulu, sejumlah individu dari Sabah, khususnya yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, memaklumkan terpaksa menunggu hingga enam jam untuk menjalani ujian calitan (swab test) COVID-19.

Beberapa video juga tular di media sosial menunjukkan ratusan individu terpaksa beratur panjang serta duduk di atas lantai di KLIA dan klia2 bagi menunggu giliran melakukan ujian saringan.

Beberapa wartawan yang membuat liputan PRN Sabah turut memaklumkan terpaksa menunggu beberapa jam sebelum tiba giliran untuk membuat ujian berkenaan.


Anggota Bomba melakukan semburan sanitasi ke atas beg penumpang pesawat ketika tinjauan di balai ketibaan KLIA. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh heloooo...kena la ikut SOP....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat semua yg terlibat....bertabah jer la.Semua prosidur tu pun untuk kebaikan semua. Yg balik dah tunaikan kewajian tu,tahniah....tolong kuarantin diri dan keluarga ye.kurangkan kluar klu tak perlu...Biasa la klu tunggu sampai 5-8jam tu sah2 ada yg merungut tp iols percaya jer dorang tak slhkan frontliners.More to mcm luahan ke org atasan. Harap sesangat wpun negatif tp tetap terus ada tanggungjawb utk kurangkan keluar utk tempoh yg ditetapkan....Diharapkan keadaan masih terkawal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 05:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 05:33 PM | Show all posts
Tunggu lebih 6 jam untuk saringan COVID-19 | Berita Harian
4-5 minutes

PUTRAJAYA: Ribuan penumpang yang baru tiba dari Sabah terpaksa menunggu lebih enam jam bagi menjalani saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Semua mereka perlu menjalani ujian saringan berkenaan selepas Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan supaya penumpang yang tiba dari Sabah diwajibkan untuk melakukan saringan mulai 27 September hingga 10 Oktober depan.

Seorang penumpang, Azizul Osman, berkata dia tiba di KLIA pada jam 6.45 petang semalam dari Kota Kinabalu menaiki penerbangan MH2665.

Semua penumpang iaitu hampir 150 orang diarahkan untuk keluar melalui pintu antarabangsa namun hampir 30 minit beratur beliau tidak menerima sebarang arahan.

"Masa itu memang tiada penjarakan fizikal kerana terlampau ramai sangat orang, selepas sejam beratur barulah kami diberikan borang untuk diisi dan diminta untuk beratur lagi.

"Pada jam 9.17 malam barulah dapat arahan untuk beratur bagi membuat ujian saringan COVID-19, pada ketika itu hanya ada empat kaunter untuk proses saringan.

"Selepas selesai membuat ujian saringan, kami perlu menunggu lagi sehingga nama dipanggil dan nama saya dipanggil pada jam kira-kira 12 tengah malam," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Azizul berkata, disebabkan terlampau ramai orang ada antara penumpang yang secara sukarela membantu memanggil nama sebelum menjalankan ujian saringan.

Sementara itu, seorang lagi penumpang, Sulaiman Yeop, 61, berkata dia tiba di KLIA pada jam 12 tengah malam semalam dari Kota Kinabalu dan selesai menjalani ujian saringan pada jam 6 pagi tadi.

"Sebaik tiba kami diminta untuk berada di dalam ruang legar dan hanya dipanggil pada jam 3.30 pagi untuk ke kawasan pemeriksaan.

"Semua penumpang dibawa ke kawasan pemeriksaan mengikut penerbangan, maknanya penerbangan sebelum kami diminta untuk membuat pemeriksaan dahulu dan bila habis barulah kami diminta ke lokasi seterusnya.

"Ini bagi mengelakkan lebih ramai penumpang di kawasan pemeriksaan dalam satu-satu masa. Petugas kesihatan ada kira-kira 10 orang tetapi itu pun tidak cukup.

"Jika ditambah lagi kaunter pemeriksaan, mungkin dapat mengelakkan penumpang menunggu terlalu lama untuk membuat pemeriksaan," katanya.

Sulaiman berkata, selepas menjalani ujian swab, beliau diminta untuk menunggu lagi untuk memakai gelang kuarantin. Ketika itu, petugas kesihatan menerangkan prosedur seterusnya dan memberitahu bila keputusan ujian saringan ini akan diterima.

"Jika positif, mereka akan menelefon kita untuk proses ambil, sekiranya negatif kita perlu hadir ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat untuk membuka gelang berkenaan," katanya.

Sementara itu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata hingga semalam sebanyak 12 penerbangan dari Sabah tiba di KLIA yang membawa 1,400 penumpang dan di klia2 pula sebanyak 19 penerbangan membawa 2,300 penumpang.

Hari ini, 10 penerbangan dijadualkan tiba di KLIA dan 19 lagi di klia2.

MAHB sudah membuat beberapa penambahbaikan di KLIA dan klia2 bagi mempercepat dan memudahkan proses saringan COVID-19 kepada semua penumpang dari Sabah. Antara inisiatif yang diambil termasuklah menyediakan laluan khas untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), wanita mengandung serta keluarga dengan anak kecil.

Syarikat turut menyediakan tempat duduk tambahan di pintu ketibaan serta di sepanjang jalan aliran ke kawasan saringan sementara menunggu penumpang lain diuji.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 05:47 PM | Show all posts
Ujian Covid-19 tak boleh tergesa-gesa - Utusan Digital
HASIF IDRIS
3-4 minutes

PUTRAJAYA: Orang ramai diminta faham dan tidak merungut semasa melalui proses saringan Covid-19 khususnya di lapangan terbang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, setiap ujian dan proses yang dilalui itu amat penting kerana petugas Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memastikan setiap keputusan yang dikeluarkan adalah betul, tepat dan teliti.

“Kita tidak boleh tergesa-gesa melakukan ujian tersebut kerana setiap ujian yang dilakukan itu untuk memastikan keputusannya secara betul.

“Jadi, saya mohon orang awam untuk memahami prosedur KKM itu contohnya seperti ujian calitan bukannya kita boleh buat secara segera dan mengetahui keputusannya serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bilangan Satu di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan aduan orang ramai mengenai ujian saringan Covid-19 yang perlu dilalui memakan masa sehingga lebih sejam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam pada itu, mesyuarat tersebut turut bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM4.16 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara yang akan disalurkan bagi perbelanjaan operasi bencana dalam tempoh Monsun Timur Laut.

Sebanyak RM50,000 diperuntukkan bagi setiap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi kegunaan agensi-agensi tindak balas di peringkat negeri, manakala, RM20,000 diperuntukkan kepada setiap 159 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula akan diperuntukkan sebanyak RM20,000 bagi setiap negeri untuk menampung perbelanjaan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah.   

Sementara itu, Mohd. Redzuan berkata, pihaknya tidak akan mengerahkan anggota APM untuk mengiring orang ramai yang perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah selepas pulang dari Sabah.

Katanya, APM sendiri sudah mempunyai tanggungjawab tersendiri semasa di KLIA termasuk mengiring individu dalam siasatan (PUI) dan individu bawah pengawasan (PUS) Covid-19.

“Kita tidak mengerahkan anggota APM untuk menghantar individu yang tiba di lapangan terbang ke rumah tetapi sekiranya dibawa ke tempat kuarantin yang lain, maka APM boleh dikerahkan untuk membantu mereka.

“Contohnya, anggota APM sendiri membawa PUS dari Johor ke Pulau Pinang dalam suasana kuarantin kerana menghadiri upacara pengkebumian dan ini merupakan antara usaha kita membantu menguruskan segala bentuk masalah yang dihadapi oleh orang awam.

“Setakat ini, kita sudah mempunyai 50 anggota APM di KLIA dan kita boleh kerahkan lagi kerana keseluruhannya ada kira-kira 4,000 anggota berdaftar di seluruh negara. Itu adalah tahap kesiapsiagaan APM daripada sudut sumber manusia sekiranya ada keperluan,” katanya. -UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rasa x boleh nk jd Angel, pakat2 marah la politicians. Bukan politicians pun yg pakai ppe, duk jaga line. Frontliner, pekerja Airport baru nak bernafas sikit lps pkp hari tu. Mungkin sekarang mereka takut nak balik jumpa famili, takut bawa sekali virus.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 28-9-2020 08:41 PM
R2D2 replied at 28-9-2020 05:47 PM
Ujian Covid-19 tak boleh tergesa-gesa - Utusan Digital
HASIF IDRIS
3-4 minutes


Setuju sangat
Semua ini di lalukan demi untuk mendapatkan accurate result.
Betapa bahayanya kalau result tu tak accurate so kesabaran yg tinggi di tuntut dari semua pihak yg terlibat kerana silap percaturan boleh  membahayakan nyawa orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:37 PM | Show all posts
yg merungut sangat tu, frontliner bleh la swap virus covid tu kat depa.
boleh la cepat ke rahmatullah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
yg memekak2 kat airport ni elok la KKM inject je terus dgn virus AIDS
biar padan muka sesekor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 09:40 PM | Show all posts
harapnya kali ni kat airport takde lah kakitangan KKM yang tidur masa buat kerja. macam bulan Januari lepas kan ada jadi kes petugas KKM jaga scanner suhu badan duduk main game dan tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:20 PM | Show all posts
Sorry off topik:
I geram dgn my bos ni. Dia balik dr sabah 26 hb,1 hari sblm kena swab. Hari ni boleh dia buat meeting dan  bergambar dgn bbrp org staf.
Selfish betul. Kalaulah dia positif, habis 1 dept kena buat swab test
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 10:26 PM | Show all posts
aku tak jumpa video, gambar yg viral pasal airport Q pjg
nk cuba fhm apa motif individu tu viral
kejar jumlah likes?
nak jadi yg 1st sebar isu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la byk sgt butthurt kat sini. Public komplen utk penambahbaikan. Takkan la dah tunggu 8 jam nak tadah je... Kkm kenalah buat sesuatu supaya waiting time tu reasonable. Banyangkan org tua n baby menunggu lama mcm tu... Buatnya bekalan susu pun habis ...pikir logic n stop acah2 angel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.086028 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list