CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31244|Reply: 214

Anak pelakon terkenal ke mahkamah; Produk tak daftar KKM

  [Copy link]
Post time 28-9-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by momoruru at 28-9-2020 03:17 PM

Update: Anak pelakon ni kalau TT tak bagi klu pun petik jari je korang tau dah siapa. Selalu promo produk jualannya dengan meliuk lentuk badan ala-ala beluncas...tapi yg kena dakwa kat mahkamah dikhabarkan adalah kakaknya.

Hasil pertanyaan kepada pakcik Google umur si kakak K.N match : 46 tahun, kalau K.M baru 41 tahun.

MyMetroUtama

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Anak perempuan kepada pelakon wanita veteran yang juga pengusaha produk jamu terkenal bakal didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Sumber berkata, wanita berusia 46 tahun itu bakal berdepan pertuduhan membabitkan penjualan produk kesihatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan, adik perempuan kepada wanita itu pernah mencetuskan kontroversi apabila mempromosikan produk berkenaan menggunakan elemen lucah menerusi video di media sosial sebelum ini.



"Anak perempuan kepada aktres veteran itu bakal didakwa kerana menjual produk merawat pelbagai masalah dalaman wanita tanpa memperoleh kelulusan KKM terlebih dahulu.

"Produk diedarkan di pasaran itu didakwa dihasilkan menggunakan pelbagai jenis herba selain dikatakan mampu memulihkan hubungan rumah tangga," katanya.

Susulan pelbagai dakwaan dilakukan melalui media sosial, sepasukan pegawai KKM melakukan siasatan terhadap premis kecantikan milik anak pelakon itu di Subang Jaya, Selangor pada Januari lalu.

"Pegawai KKM kemudian menemui seorang wanita yang mendakwa sebagai pemilik perniagaan di premis itu.

"Hasil pemeriksaan dilakukan kemudian menemui satu jenama produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM, sekali gus menyalahi Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Susulan itu petugas KKM bertindak merampas produk berkenaan untuk tujuan siasatan," katanya.

Berdasarkan siasatan susulan, memiliki keluaran yang bukan berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang juga satu kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan yang sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Pada 21 September lalu, usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menjual produk tidak berdaftar mengikut Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mahkamah memerintahkan Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias membayar denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan RM18,000 bagi pertuduhan kedua.

Dalam kes berkaitan, Mahkamah Majistret Shah Alam pernah mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah, Mac lalu.

Dia dituduh memiliki 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan KKM mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984 untuk tujuan jualan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Nur Sajat juga pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019 lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah masanya founder produk timbang kilo, over claimed ni dikenakan tindakan.. Patut dr dlu kena wat gini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:15 AM | Show all posts
ok tau dah sape...hehehe...

mmg banyak sgt dh produk yg xde kelulusan kkm ni, promote bagai nak rak, berani sungguh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 28-9-2020 08:11 AM
Sudah masanya founder produk timbang kilo, over claimed ni dikenakan tindakan.. Patut dr dlu kena wa ...

Betul....yg menjual 1 hal. Yang percaya Dan beli produk dorang lagilah tak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:16 AM | Show all posts
sepatutnya...dh makin ramai yg keluar produk ntah apa2 ni. yg peliknya ramai pulak membeli...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:17 AM | Show all posts
Kak KM lettew..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 28-9-2020 08:17 AM
Kak KM lettew..

kalau masuk kuiz dapat 10 markah ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpe..kak km kaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpe..kak km kaya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah galak show off beria-ia hidup mewah. Tak tau lagi kalau ada bayar tax income. Nak tengok gak kalau dia merempan maki KKM sbb biasanya dia kuat melaungkan makian pada sesiapa yg berani tegur dia.

Aku tengok dia buat jamu tu kat umah , dgn dia berbaju singlet rambut tak bertutup ngan hair mask, aku pikir lah mana QC dia. Belum masok acara jual sambal tu. Adik dia senduk sambal ngan tak berbaju, tak de gloves.

Please eh. Utk kebaikan bersama. Islam pun tuntut kebersihan. Kalau da jual foaming wash tuk cikpet bagi berseh apahal pulak meniaga makanan tk jaga kebersihan.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak KM kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca terpk km.  Betul kah dia?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak KM vs KKM
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:33 AM | Show all posts
momoruru replied at 28-9-2020 08:19 AM
kalau masuk kuiz dapat 10 markah ni

Kann.. dapat product timbang kilo selama setahun kekdahnya... hadiah bonanza...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:38 AM | Show all posts
kes sajat tu mcm mana..dia dah bayar denda ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:44 AM | Show all posts

sape kak KM ni uols..iols pg2 ni benak skit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak KM..         
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:48 AM | Show all posts
tuntasha replied at 28-9-2020 08:25 AM
Tu lah galak show off beria-ia hidup mewah. Tak tau lagi kalau ada bayar tax income. Nak tengok gak  ...

tang sambal tu.. aduhhhh
kita yg masak sendiri pun jaga kebersihan

rasanya ramai je orang yg jual produk tanpa kelulusan KKM ni
produk timbang kilo tuu  berlambakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:48 AM | Show all posts
sempat plak si anak pelakon tu gentel2 jamu kan? smpai skang ak suspicious betul ke dia buat sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 28-9-2020 08:17 AM
Kak KM lettew..

Ahahah..kiyah baca title je dah tau dia. Yang pelik tu penyokong n pengguna produk dia Tu la..macam mana boleh percaya dgn produk yg dia jual tu kalau promosinya tahap desperate nak suruh org beli dan melucah manjang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.367699 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list