CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1892|Reply: 19

[Politik] Ck... ck... ck... nasib... Zahid: Sukar bagi BN beri jawatan ketua menteri Sabah

[Copy link]
Post time 28-9-2020 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Zahid: Sukar bagi BN beri jawatan ketua menteri Sabah pada Bersatu
Diterbitkan Hari ini 10:03 am



Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya untuk memilih Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Jelas Zahid, tidak wajar bagi BN menyerahkan jawatan ketua menteri itu kepada Bersatu kerana gabungan itu telah mengorbankan  jawatan perdana menteri dan menteri besar Perak.

“Kita telah bagi dua kali - satu di Perak, di mana Bersatu hanya ada empat Adun dan Umno ada 25.

“Tetapi kita setuju Adun Bersatu (Ahmad Faizal Azumu) dilantik sebagai menteri besar Perak.

“Juga bila kita bentuk kerajaan persekutuan dengan Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), meskipun parti Muhyiddin Yassin tidak mempunyai bilangan anggota parlimen yang ramai, kita setuju dia diangkat sebagai perdana menteri,” katanya seperti dipetik laporan The Star.

Justeru katanya adalah tidak wajar sekiranya BN juga memberikan jawatan ketua menteri Sabah kepada Bersatu.

“Sekarang untuk kita, jika BN tak dapat jawatan ketua menteri di Sabah, kesan yang besar ditanggung BN pada masa depan.

“Kajian kita menunjukkan kesan itu tidak bagus kepada BN.

"Saya tidak akan setuju jika Bung diganti oleh Adun selain BN untuk menjadi ketua menteri. Tidak,” katanya.

Selepas memenangi pilihan raya negeri (PRN) Sabah dengan 38 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GPS) berselisih pendapat mengenai calon ketua menteri.

BN mahukan Bung sebagai ketua menteri manakala Bersatu mencalonkan pengerusi partinya di Sabah iaitu Hajiji Noor.



Dalam perkembangan berasingan, The Star turut melaporkan bahawa Bung dan Hajiji telah menyerahkan akuan berkanun (SD) ketika mesyuarat semalam dengan Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin.

Dipetik sumber, kedua-duanya kini menyerahkan keputusan pemilihan calon ketua menteri kepada Juhar.

Juhar berunding dengan bekas ketua hakim

Zahid mendakwa Juhar juga telah berunding dengan pakar undang-undang seperti Richard Malanjum, yang telah berkempen untuk Warisan berhubung calon ketua menteri.

Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datuk menyatakan Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah turut menyatakan bahawa Yang di-Pertua negeri mempunyai hak untuk melantik ketua menteri dengan jumlah wakil rakyat negeri yang paling banyak memihaknya.

“Isu berhubung Perkara 6(7) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan,” kata Zahid.

Tambahnya, istilah 'parti yang membentuk majoriti' tidak semestinya bermaksud lebih 60 peratus daripada kerusi Dun.

“Kami (GRS) telah berikan dua nama iaitu Bung dan Hajiji.

“Ia hak Yang di-Pertua, tetapi saya harap (ketua menteri) adalah Bung Moktar,” katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Adui Zahid ni, x belajar Sirah ke? Mengalah utk kemenangan yg lebih gilang gemilang di kemudian hari....

Bacalah balik sirah Perjanjian Hudaibiyyah dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 10:41 AM | Show all posts
Satu pengabungan yang rapuh, memang susah, kalah pun susah...



Hashim Raizo hahahah ingatkn nk lawan DAP rupanya melayu lawan melayu..arhhhh berebut la kuasa kau org selagi nyawa ada di badan.....dlm sibuk dgn berebut kuasa tampa sedar pokok musang king dh berusia 10-15 tahun di pahang hahah
Janu Mohd Sarif Hashim Raizo dia bkn nk lawan dap bro.. kejap lagi nak jilat dap ngan nuar..
Jeff Perry BERSATU VS PN ...PH yg Salah
Ghazali Saad Nasib melayu apa nak jadi macam ni pun nak bergaduh
Gabungan Rapuh Sabah (GRS)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2020 10:42 AM | Show all posts
axl_bach replied at 28-9-2020 02:40 AM
Adui Zahid ni, x belajar Sirah ke? Mengalah utk kemenangan yg lebih gilang gemilang di kemudian hari ...

Atau "lose the battle but win the war"...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kabare wak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
tp kalo bung naik. TYT tu yg kena ganti dgn musa aman
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2020 10:58 AM | Show all posts
Kepada fan club dan followers saya, ingin saya sampaikan permohonan maaf saya kerana tidak bersiaran selama 3 hari...

Saya menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga saya sepanjang 3 hari tersebut...

Apa pun aktiviti kita, ambil lah time-off dan habiskan masa dengan melakukan aktiviti berkualiti bersama orang tersayang...

And remember, I love each and everyone of you...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 11:08 AM | Show all posts
I.am.PH replied at 28-9-2020 10:58 AM
Kepada fan club dan followers saya, ingin saya sampaikan permohonan maaf saya kerana tidak bersiaran ...

Noted.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 11:30 AM | Show all posts
tgk siapa yg menang

Atok atau Umno...atok ada kelebihan sebab dia punya kaki ada dalam dua2 side
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 28-9-2020 10:41 AM
Satu pengabungan yang rapuh, memang susah, kalah pun susah...



Politik cacha merba...the hard truth reality..

[youtube]mPCO30IYIxs[/youtube]

kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru sabah, belum semenanjung....

kahkahkahkahkahkah...


ANWART ANWART ANWART....

Burrppp
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak Jahid ni tak ada aura pemimpin langsung sesuai jd macai Bung Nuwar ajaa dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 12:00 PM | Show all posts
Logiknya yang banyak kerusi la yang dapat jawatan KM

tapi tak apa, tarik rambut dalam tepung..

asal jangan DAPigs
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 12:01 PM | Show all posts
saya pilih Bung sbb mau cuba kelainan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 12:04 PM | Show all posts
Zahid menang kerusi presiden atas merit dan endorsement
mantan presiden, Bossku

selagi belum disabit sebarang kes mahmakah, beliau kekal
relevan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 12:11 PM | Show all posts
axl_bach replied at 28-9-2020 10:40 AM
Adui Zahid ni, x belajar Sirah ke? Mengalah utk kemenangan yg lebih gilang gemilang di kemudian hari ...

wak jahit tu sembang nak jg hati geng2 umngok je.
kuasa kat tgn abah cow.

tindakan heol seropa mcm serunai pas.
kemain garang mitak 10 kusi.
ujung2 dpt jd tukang sorak pon jadik la.

'garang menyatakan pendirian'
tapi

.....tak dpt apa2 pon takpe la.
yg penting "da buat keje" gitew.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 12:12 PM | Show all posts
dizekni replied at 28-9-2020 12:00 PM
Logiknya yang banyak kerusi la yang dapat jawatan KM

tapi tak apa, tarik rambut dalam tepung..

pegi mampos sama itu kerusi byk.
sapa pm??
yg bukan pm sila jd selipar.


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 12:12 PM | Show all posts
dizekni replied at 28-9-2020 12:00 PM
Logiknya yang banyak kerusi la yang dapat jawatan KM

tapi tak apa, tarik rambut dalam tepung..

pegi mampos sama itu kerusi byk.
sapa pm??
yg bukan pm sila jd selipar.


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 01:09 PM | Show all posts
bangcak replied at 28-9-2020 12:12 PM
pegi mampos sama itu kerusi byk.
sapa pm??
yg bukan pm sila jd selipar.

UMNO dok bergolak?


Ambang perpecahan? لحمد لله

Kita sama2 doa - إن شاء الله



Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:44 PM | Show all posts
Edited by nolya at 28-9-2020 02:45 PM

Alhamdulillah,  rakyat Sabah dah temui jawapan sape yg menjadi KM. Tahniah kpd Bpak Hajiji.  Kun faya Kun.....,  Allah sudah menentukan takdirnya. Kpd Bung, jgn kecewa dn berjauh hati kerana belum rezeki.  Boleh juga muhasabah diri,  di kala ada kesempatan memilih, kenapa Bung yg tidak dipilih.   

To Zahid Hamidi, sukar  atau tak senang,  harus terima kenyataan bahawa rakyat Sabah sudah membuat pilihan  kalaupun dianya bukan 'menantu pilihan'. Pak Zahid   jgn juga  terlalu melaung2kan rasa terkilan bila Bung tidak  terpiih.  Rakyat Sabah lebih mengenali sikap, karenah dn lagak gaya  orang mereka sendiri miskipun bersandarkan percaturan politik negeri yg ada.  Terimalah kenyataan sekalipun pahit.  Manusia hanya mampu mengatur, hakikatnya Allah yg menentukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.088676 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list