View: 1942|Reply: 3
|
Jual Produk Tanpa Kelulusan KKM, Anak Pelakon Didenda.
[Copy link]
|
|
Edited by BicaraHatiku at 28-9-2020 01:28 PM
Petaling Jaya: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mendenda seorang selebriti Instafamous sebanyak RM10,000 atas kesalahan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk jualan.
Majistret M Barath menjatuhkan hukuman itu selepas orang kena saman (OKS), Rose Azlin Rosli, 46, yang juga anak pelakon veteran mengaku bersalah.
Rose Azlin, pemilik jenama KM Beauty House selaku OKS tidak diwakili peguam dan membayar denda berkenaan.
Anak pelakon Normah Damanhuri itu dalam hujahannya meminta hukuman dikurangkan kerana kejadian berlaku ketika tempoh mendapatkan kelulusan KKM.
Namun Pegawai Pendakwa Mohd Helmi Azman daripada KKM meminta OKS dijatuhi hukuman setimpal.
Mengikut pertuduhan, OKS didakwa memiliki 99 paket produk KM Sampah Cleanse.
Kesalahan itu dilakukan 21 Januari lalu pada 11.20 pagi di premis di Subang Jaya.
Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
finally.....
bila org kondem dia terus buat video maki hamun carut segala keluar...
rasa2 hakim tu kena carut x... |
|
|
|
|
|
|
|
Cari bini...rupa2nya kat makamah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|