CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4026|Reply: 30

[Tempatan] Gadis dedah detik cemas terkunci dalam tandas hotel ketika kuarantin wajib, minu

   Close [Copy link]
Post time 28-9-2020 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Gadis dedah detik cemas terkunci dalam tandas hotel ketika kuarantin wajib, minum air paip - “Aku jerit selama ni tak ada orang dengar”
Isnin, 28 September 2020 7:00 AM



MALANG tidak berbau.

Seorang gadis terpaksa melalui satu pengalaman yang tidak disangka-sangka ketika menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel sebaik pulang dari luar negara.

Hampir 24 jam terperangkap di dalam tandas di bilik hotel, itulah yang dialami seorang gadis ketika menjalani proses kuarantin pada Khamis malam.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, gadis tersebut memberitahu, kejadian berlaku sewaktu dia mahu mandi pada pukul 10 malam.



Difahamkan berlaku pada hari keempat kuarantin, katanya, pintu tandas itu sebenarnya bermasalah sejak hari pertama dia menginap di bilik tersebut.

"Masa nak keluar, tiba-tiba pemegang (pintu) dia macam longgar semasa je. Sendalnya tak bergerak. Lepas dah tolak pemegang atas bawah, dah rempuh pintu pun tak terbuka.

"Tak apalah, kita cari barang untuk umpil pintu. Jumpa bucu pencuci muka, lembut sangat, pinggan alas toiletries (kelengkapan mandian) hotel tak muat pula nak selit," tulisnya menerusi siri posting di bebenang di akaun Twitternya.

Tambah gadis itu, ketika kejadian dia tidak membawa telefon bimbit ketika mandi dan tiada alat komunikasi lain di dalam tandas.

Walaupun menemui 'senjata' untuk mengumpil pintu, gadis berkenaan nekad untuk mencari jalan lain bagi mengelakkan daripada membayar ganti rugi akibat kerosakan.


Keadaan pintu tandas di bilik hotel berkenaan.

"Pandang atas ada lubang kat siling. Tolak-tolak, tak jadilah gelap sangat. Takut pula ada hantu. Dah la malam Jumaat. Tunggu sianglah kita periksa balik.

"Dah la tandas tak ada tingkap atau lubang angin (ruang udara), panas. Berapa kali basuh muka sebab panas. Tak apalah, kita tunggu frontliner (petugas barisan hadapan) bawa sarapan esoklah, bunyi bising minta tolong.

"Jadi, tidur tandaslah malam semalam. Duduk atas mangkuk tandas, kepala letak atas pam tandas, alas kepala dengan tuala. Kejang kaki tengkuk semua," ujarnya tanpa mendedahkan lokasi hotel berkenaan.

Tidak dapat melelapkan mata, fikiran melayang mempersoalkan tentang insidennya terperangkap di dalam tandas sedangkan ujian swab berikutnya hanya pada hari ke-13.

"Sembilan hari lagi seperti ini? Walaupun mungkin mereka perasan makanan tak bersentuh, tapi boleh je fikir budak ni ada banyak makanan lain dalam bilik," katanya sambil menambah bahawa biliknya terletak di tingkat 14, dengan kedudukan paling hujung.


Antara alat yang dijumpai di dalam tandas untuk mengumpil pintu.

Namun, dia hampa apabila setelah terperangkap selama 12 jam, hanya pengumuman dibuat mengenai penghantaran makanan tanpa frontliner menekan loceng pintu.

"Perut lapar, angin dah macam-macam bunyi, mulut dah kering. Kita minum air paip jelah. Azan Zohor... dengar troli datang. Ready untuk loceng, tapi tak ada juga," katanya sambil menambah siling sudah diperiksa tetapi tidak menemui jalan keluar.

Sepanjang hampir 20 jam terperangkap di dalam tandas, telefon di bilik hotel semakin kerap berbunyi begitu juga bunyi loceng pintu tetapi masih tiada bantuan.

"Jadi, hanya satu pilihan yang saya ada vandalisme. Mula-mula saya tanggalkan rangka pintu kayu. Banyak paku kat kayu tu. Kemudian saya cuba buat lubang pada pintu.

"Ingat plywood (papan lapis), rupa-rupanya solid wood (papan tebal). Saya umpil dari dalam, sehingga saya capai pemegang kunci. Lepas tu dah tak larat, penat. Mungkin selepas 24 jam, baru dia cari kot," katanya.


Tangkapan skrin video menunjukkan sekumpulan frontliner melakukan pemeriksaan di bilik.

Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya berlaku apabila pintu dibuka oleh sekumpulan frontliners pada kira-kira pukul 7 malam, hampir 24 jam sejak gadis itu terperangkap dalam tandas.

"Kita jerit-jerit dari tandas macam nak keluar anak tekak, mereka cakap suara saya dengar sayup-sayup je lepas masuk tadi. Bayangkan aku jerit selama ni tak ada orang dengar," katanya sambil menambah rupa-rupanya pintu tandas tersebut bermasalah apabila dibuka dari dalam selepas frontliners melakukan pemeriksaan.

Walaupun trauma dengan kejadian yang berlaku, namun dia bersyukur kerana 'jiran-jiran'nya di aras yang sama di hotel berkenaan bersikap prihatin.

"Mereka (frontliners) kata kami perasan dah macam ada sesuatu yang tak kena. Makanan sarapan, makan tengah hari, makan malam tak bersentuh.

"Kepada jiran-jiran satu tingkat, yang perasan saya tak ambil makanan. Terima kasih kerana bersikap prihatin," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2020 02:11 PM | Show all posts
[twitter]https://twitter.com/atieqahroslan80/status/1309462938298712066[/twitter]
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:07 PM | Show all posts
frontliners datang ramai2 tu sbb suspect dh innalillah ke mcm mana?

nasihat saya kalau duk hotel sorang2 tak payah la tutup pintu bilik air.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:10 PM | Show all posts
scary the merry

tp aku suka filem survival hidup dlm persekitaran yg limited



Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:16 PM | Show all posts
pls laa jangan ade ayat BBNU. takut bodo
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg ada claustrophobia ntah macam mana ntah. Dengan takde tingkap kat toilet.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekkk...kau patut belajar hantar messsage secara telepati kepada adik beradik kau. Kau nak belajar boleh contact @Netto . Beliau pandai hasil terkandas dalam toilet selama 17 jam katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang hantar makanan tu tak rasa pelik ke org tak ambil makanan drpd pagi lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 03:31 PM | Show all posts
nightmare oiii terperangkap sorg2 takde org dengar..

pengajaran yg boleh diambil:  jgn rapatkan pintu toilet kalau duk hotel sorg & bawak hp skali masuk toilet. kebanyakan hotel skrg dah tak letak phone kat dalam toilet mungkin cam rasa takde function kot. tapi time2 emergency camnie sgtla berguna.

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:31 PM | Show all posts
diorg ni patutnye tiap hari kena check org kat dlm,mana leh biar cmtu,x mati takut lari....
diorg x terpikir kot boleh terperangkat dlm bilik air
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu pintu bermasalah, kenapa nak tutup juga. Takut jin hantu tengok kau mandi ke. Kuarantin hotel mahal, memang la kedap bunyi. Nasib jiran dia sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:40 PM | Show all posts
hotel caprut ke? kalau hotel elok2 sikit ada telefon dalam toilet
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama plak subway tiles mcm kat toilet umah ni
Dah jd mcm ni hp xleh tgl dah
Mmg ke mana2 kena ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:53 PM | Show all posts
i kalau sorang, memang tak tutup pintu toilet..
mandi la dengan pintu ternganga seluas alam
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 03:56 PM | Show all posts
SOP memanglah tak boleh masuk bilik mereka yang tengah kuarantin, tapi kalau dah nampak makanan tak berusik dari pagi patut dah boleh siasat kenapa.  Tak perlu rasanya nak tunggu sampai 24 jam untuk itu.  Ni kes terkunci kalau kes kecemasan lain macam pengsan ke hapa kan ke amat membahayakan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 28-9-2020 03:07 PM
frontliners datang ramai2 tu sbb suspect dh innalillah ke mcm mana?

nasihat saya kalau duk hot ...

Tu la kan? But maybe sheols sejenis proper. Nasib baik juga tiada makhluk paranormal tumpang mengacau sheols sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 04:04 PM | Show all posts
yang penting xde kejadian yang x diingini berlaku....nasib kurang 24 jam...kot 48-72 jam..sure dijumpai dlm kedaan kejung camtu...

moral of the story...bawaklah hp kemana saje kau pergi yer
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu ko nak bagi twu kuarantin wajib ni tak patut la ? Gitu ? Sepet ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:17 PM | Show all posts
bukan ke hari2 akan ade someone samaasa frontliners KKM yg stay kat citu atau staff hotel kene call derang tanya keadaan setiap hari?? kalo call x berangkat mesti kene pi checkkan. kot org tu pengsan ke... call henpon pun x berjawab.. mesti suspicious kan.. hadoiii

kadang kita dah biasa masuk bilik air mesti tutup pintu kan.. nak mandi ke membuang ke mesti la kene tutup pintu... hadoi la netizen yg mempertikaikan jgn tutup pintu kalo sorang.. budak ni pun x expect pintu tu rosakkann
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 04:18 PM | Show all posts
seramnya terperangkap mcm ni
lain kali duk sorang jgn tutup pintu lg dah bila mandi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.066105 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list