CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6733|Reply: 82

[Tempatan] Trending di sosial media jualan t-shirt, kasut buatan UK walhal semua tu produk

  [Copy link]
Post time 29-9-2020 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Dakwa buatan UK, rupanya produk 'cap ayam'
Mohd Jamilul Anbia Md Denin
3 minutes



Kuala Lumpur: Kononnya menawarkan 'harga runtuh' apabila pakaian jenama terkemuka dari United Kingdom berharga ribuan ringgit dijual semurah RM39 sahaja.

Itu antara kegiatan penipuan dilakukan segelintir pemilik perniagaan yang dikesan memasarkan produk 'ciplak' melalui kaedah jualan dalam talian.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri (KPPN) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Zubir Hamsa berkata, dalam operasi pertama, sepasukan anggota KPDNHEP menyerbu sebuah premis pemborong di Jalan Gelugor, di sini, jam 11.30 pagi semalam.

Menurutnya, operasi bersepadu bagi merampas barang tiruan itu dilakukan bersama wakil cap dagang produk yang mampu mengenal pasti perbezaan antara barangan tulen dan palsu.

"Ketika serbuan dilakukan, kesemua pekerja di dalam premis itu bertindak melarikan diri. Bagaimanapun pemilik premis berkenaan muncul tidak lama kemudian sebelum disoal siasat.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, kami merampas 1,560 unit baju lelaki jenama terkenal selain 37 pasang gaun wanita di premis diperiksa itu.

"Semua barangan tiruan bernilai lebih RM6,340 itu dirampas pihak KPDNHEP," katanya.

Menurutnya, operasi sama turut dilakukan di sebuah lagi premis di lokasi sama sebelum pegawai KPDNHEP merampas 114 unit baju lelaki dan gaun perempuan cetak rompak.

"Turut dirampas kasut jenama sama dengan anggaran nilai rampasan lebih RM5,000.

"Usaha mengesan penjualan produk pakaian tiruan ini dilakukan hasil risikan KPDNHEP sejak sebulan lalu.

"Risikan mendapati, produk tiruan itu kebanyakannya dijual melalui tempahan pelanggan menerusi dalam talian," katanya.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu menjual atau menawarkan barangan jenama tiruan. Jika ia membabitkan pertubuhan atau perbadanan, denda RM15,000 boleh dikenakan bagi setiap barangan tiruan (kesalahan pertama) dan denda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barangan jenama tiruan untuk kesalahan kali kedua.

"Individu yang melakukan kesalahan pula boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata, kementerian menerusi Bahagian Penguatkuasa memberi amaran keras dan peringatan kepada mana-mana individu mahupun syarikat supaya tidak melanggar undang-undang khususnya membabitkan penjualan dan pengedaran barangan jenama tiruan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin glamour tuan
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 10:39 PM | Show all posts
bleh plak copy n paste artikel fesbuk

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak beli barang UK.. Sila beli dari Personal shoper yg dipercayai.. Antaranya adalah FromLondontoAlorSetar , maryam.authentic,  ukregemurah. Ni antara PS yg selalu aku guna kalau nak beli jam dan kasut ..kalau nak PS jepun.. Aku suka sakurajapan.shopee
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak berani beli dari PS, mungkin sbb iols ada syakwalsangka yg sgt tinggi.

Iols akan tunggu kwn2 or adik beradik pg travel, minta tlg beli dan bagi upah sikit... yela iols tak kaya raya tak mampu nk sampai paghis london nun. Last yr berkira2 nk order tak satu handbag ni kt kwn, kwn iols bagi satu ayat je: bkn senang aku nk sampai US ni. Makanya... Nasib beli juga, tgk this yr covid segala, sapa nk travel dah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dari ribuan jadi xsampai rm50, itu bukan tertipu lg
Yg membeli tu mmg dah tau barang tiruan lah dah harga xmasuk akal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2020 06:59 AM | Show all posts
X beli branded item sb x sesuai dgn life style ios yg simple...kdg2 jln2 pun pki baju yg dpt free
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke semua kasut skrg ni buatan vietnam dan china?

Daripada beli pakaian ciplak baik pergi potong baju kat taylor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2020 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-9-2020 11:27 PM
Nak beli barang UK.. Sila beli dari Personal shoper yg dipercayai.. Antaranya adalah FromLondontoAlo ...

Order dari sis pun boleh
Klau sis ada ms sis carikan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 08:52 AM | Show all posts
Beli baju from UK/US/Europe etc..balik rumah belek label Made in China, Made in Vietnam, Made in Bangladesh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
paling best pegi kedai obesi kat brg ada tulis made in malaysia. tapi kat malaysia tkde brg tu terjual kat physical store..... kehkehkehh...... tinggal kenangan sbb tak pegi obesi dlm masa bbrp tahun sampai covid jadik new normal... aku tak rajin travel sesaja... tapi selalu pegi sbb layan kawan2 @ anak sedara ajak utk urusan2 @ ajak accompany

btw. kat artikel tulis “gaun wanita” like seriously gaun pon ada value tinggi utk diciplak ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 29-9-2020 10:39 PM
bleh plak copy n paste artikel fesbuk

ciplak fb sebijik2 ???? ciplak jugak ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 30-9-2020 07:20 AM
Bukan ke semua kasut skrg ni buatan vietnam dan china?

Daripada beli pakaian ciplak baik pe ...

Entahnya... Doc Martin pun dah buat kat Vietnam
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 30-9-2020 07:33 AM
Order dari sis pun boleh
Klau sis ada ms sis carikan

Yezaaa.. Nanti pm.. Tengah cari best deal utk jam fossil gen 5..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 09:58 AM | Show all posts
kene pk logik sikit kalau brg ori sampai jd rm35 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 10:01 AM | Show all posts
beli barang bundle jek la...kadang2 ternyata originalitinya terbukti gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2020 10:05 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 30-9-2020 10:20 AM

PULL & BEAR
TOMMY HILFIGER
LaCOSTE
NIKE

antara jenama yang memang 90% ciplak kalau kat shopee. tapi bila fikir kejap, nilai duit dan keberkatan, dari mana dan kemana rezeki dibelanja bagai, rege barang2 branded sekarang ni dah tak masuk akal dah dalam RM.


RM319.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-9-2020 07:27 AM
Nak beli barang UK.. Sila beli dari Personal shoper yg dipercayai.. Antaranya adalah FromLondontoAlo ...

PS akan markup berapa?.... Mana lah tahu retirement day nanti aku boleh jadi PS.... Tapi aku tidak akan jual dari cheap outlet (due quality) dan freaking black friday....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 10:48 AM | Show all posts
Yang tertipu ni selalunya jenis yang hanya kenal jenama tapi tak tahu perbezaan kualiti dan harga sebenar sebab tak pernah beli sebelum tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 30-9-2020 10:38 AM
PS akan markup berapa?.... Mana lah tahu retirement day nanti aku boleh jadi PS.... Tapi aku tidak ...

Depa mark up rm50 + postage.. Murah lagi berbanding fossil malaysia.. RM600 hybrid kat fossil malaysia.. Kat ps rm400...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.843434 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list