CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9587|Reply: 90

[Tempatan] Lelaki ini akan saman pemilik beberapa laman sosial kerana mendedah dan menulark

  [Copy link]
Post time 30-9-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Seorang lelaki akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik beberapa laman sosial kerana mendedah dan menularkan namanya sebagai pesakit positif Covid-19.

Tindakan undang-undang akan diambil selepas namanya ditularkan di laman sosial sejak Sabtu lalu sehingga perniagaan diusahakan bersama isterinya,terjejas sehingga 50 peratus.

"Lebih mendukacitakan, pemilik laman sosial itu menularkan saya yang dirawat di Hospital Hulu Terengganu (HHT) kini dalam keadaan kritikal sehingga menimbulkan kerisauan kepada anak dan rakan saya.

Saya ke Lahad Datu dan Felda Sahabat di Sabah untuk membantu kempen calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 September dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila meminta pekerja menghantar kenderaan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Seberang Takir, pada 12.25 tengah hari Jumaat lalu," katanya yang juga dari Kuala Terengganu.

Menurutnya, dia memandu sendiri kenderaan tanpa berjumpa dengan isteri, anak dan pekerja serta membuat temujanji dengan pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk melakukan ujian saringan.


Katanya, selepas disahkan positif Covid-19, dia dihantar ke HHT untuk menjalani rawatan dan mengakui sehingga hari ini tidak berjumpa dengan isteri dan anak serta pekerja, selain tidak singgah di kafe bagi mengelakkan berlakunya jangkitan ke atas mereka.

"Saya sudah melantik peguam untuk mengenal pasti pemilik laman sosial yang menularkan nama penuh dan alamat kafe saya untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Saya sudah meminta peguam mengenal pasti dari manakah pemilik laman sosial itu boleh mendapatkan nama dan alamat penuh tempat perniagaan saya.

Saya akan membuat laporan polis selepas dibenarkan keluar daripada menjalani rawatan minggu depan," katanya.

Menurutnya, isteri, anak serta pekerjanya turut tertekan dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik laman sosial terbabit.

Katanya, dia dan dua rakan yang disahkan positif Covid-19 hairan apabila nama dan pekerjaan mereka didedahkan, sedangkan maklumat berkenaan sepatutnya dirahsiakan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/625892/saya-akan-saman

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Have2 la pakcik ni.. Nampak seorg yg bertanggungjawab sebab dia dah siap buat langkah2 yg dia tak perlu jumpa org lain.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapo dio..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 30-9-2020 04:45 PM
Sapo dio..

Entah aku pun x tau sapo dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 04:56 PM | Show all posts
tular kat mana ni?

masa mula2 dulu je kita boleh tau sapa patient covid ni, i.e. budak cluster tabligh & pakcik gomen, tak ingat dah no. kes depa berapa. ni dah masuk beribu2 tak terkejar dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 04:58 PM | Show all posts
erk.. sapa dia ni tetiba?
kalau ada mesti dah masuk forum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2020 05:03 PM | Show all posts
Apesal tak mahu nama didedahkan? Dah mmg awak kena covid 19, bertanggungjawablah dan beri maklumat yg sebenar kat masyarakat setempat.  

Kalau terjadi kat kawasan auntie pun, auntie akan minta wakil penduduk di kawasan auntie utk telus dan memberitahu kami, supaya kami tak pergi ke tempat2 yg dikunjunginya dan dpt mengelakkan jangkitan virus covid. InsyaAllah

Agak selfish. Kerek pun ya jugak.


Kalau dia negatif, agaknya nak ker dia kuarantin di rumah selama 14 hari? Agak2?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:05 PM | Show all posts
ni mesti viral dlm fb group ganu je ni sbb org lain xtau apa pon...yg buat kecoh ni mesti jenis kepoci tak tentu pasal mcm budak opis aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2020 05:06 PM | Show all posts
ye la. kadang baca orang dok viral kat watsap kes covid ni siap ada nama penuh n IC lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Makna kata,tokey nasi kandar sivanga boleh saman juga la sapa yg tularkan namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:12 PM | Show all posts
Kalau ada penerangan dari awal pasti tak ada salah faham tambah sebab dia ada perniagaan kafe sebab tu mungkin jadi kecoh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 30-9-2020 05:08 PM
Makna kata,tokey nasi kandar sivanga boleh saman juga la sapa yg tularkan namanya.

Plot twist ni..
Org kedah saman dia sejuta
Dia saman balik 4 juta
Hahahaa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:25 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-9-2020 04:58 PM
erk.. sapa dia ni tetiba?
kalau ada mesti dah masuk forum

Nama dia dah ada kat harian metro.
So bukanlah rahsia lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:31 PM | Show all posts
dari taktau sekarang semua dah tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa xde viral pon nama.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:37 PM | Show all posts
auntieagony replied at 30-9-2020 05:25 PM
Nama dia dah ada kat harian metro.
So bukanlah rahsia lagi.

i tak baca sotkhabar.. semua berita baca kat forum je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2020 05:44 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-9-2020 05:37 PM
i tak baca sotkhabar.. semua berita baca kat forum je

auntie pm you.

Sbb dia kata bila dia keluar hospital, dia nak saman org yg viralkan. I is takut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bakingsoda at 30-9-2020 05:47 PM
auntieagony replied at 30-9-2020 05:25 PM
Nama dia dah ada kat harian metro.
So bukanlah rahsia lagi.


jd bila dah masuk paper boleh la reveal kot? sbb celah mana tularnya? tak sempat kecam pon?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:49 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 30-9-2020 05:46 PM
jd bila dah masuk paper boleh la reveal kot? sbb celah mana tularnya? tak sempat kecam pon?

Tak nak ambil apa2 risiko dgn org2 mcm ni.

Karang tak memesal jer, dpt surat saman.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt hmetro fb siap ada muka dia berbaju hosp..
Boleh tepek sini ke
Dgn nama dia n nama bini dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.076687 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list