Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina.
Mana tidaknya, kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka.
Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangga untuk memiliki zuriat mereka sendiri.setelah pelbagai ikthiar dan doa ramai antara mereka cuba membuat rawatan IVF
Saja buka topik ni untuk inspirasi orang luar sana dan jika ada pengalaman jom share.dibawah ini antara celebrities yang ingin Hamil membuat rawatan IVF.
Sumber : google
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 1-10-2020 05:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Saya okay untuk berkongsi. Kenapa perlu ada rasa malu? Ini kerana ramai lagi yang senasib dengan saya. Malah, ada yang lebih lama. Saya ingin berkongsi dengan wanita lain.
“Namun, dua tahun lalu, saya hamil normal tetapi keguguran ketika kandungan berusia dua bulan.
"Memikirkan usia yang kian meningkat, saya perlu kejar masa. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjalani rawatan IVF buat kali ketiga. Alhamdulillah, Allah SWT berikan rezeki ini,” katanya.
Siti berkata, sepanjang menjalani rawatan itu dia terpaksa duduk dalam bilik selama tiga bulan dan dinasihatkan supaya tidak banyak berjalan.
“Saya disahkan hamil selepas Aidilfitri lalu. Disebabkan itu, saya perlu fokus dan perlu banyak berehat.
“Selain itu, proses rawatan ini ada banyak peringkat. Sepanjang tiga bulan saya hanya duduk dalam bilik.
“Sehinggakan kalau nak turun naik tangga, suami dukung atau angkat menggunakan kerusi roda. Saya dinasihatkan supaya tidak terlalu banyak bergerak.
"Alhamdulillah, sekarang saya memasuki peringkat kedua kehamilan. Saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berdoa semoga semuanya berjalan lancar," katanya.
Siti turut berkongsi bahawa dirinya dalam proses membuka pusat rawatan kesuburan IVF bawah Yayasan Nur Jiwa.
Pusat rawatan ini akan beroperasi dengan kerjasama Doktor Collin iaitu pakar perubatan yang membantunya menjalani proses IVF.
"Pusat rawatan ini untuk memberi peluang kepada wanita yang mengalami nasib macam saya mencuba rawatan ini pada kadar termampu.
"Insya-Allah, kami masih dalam proses perlaksanaan dan dijangka dibuka pada awal tahun depan," katanya.
Siti berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya pada satu majlis khas yang diadakan di rumahnya di Bukit Antarabangsa, malam tadi.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 1-10-2020 09:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
TomyamPuteh replied at 1-10-2020 08:51 AM
TT ni dh mngandung ke blom?
Alhamdulilah dh.
Iols cuma nak share je
Sebab betapa kuatnya semangat
siapa saja dan termasuk celebriti ni
Rawatan IVF ni bkn semua mampu melakukanya
sebab kwn iols kata sakitnya tak dpt
dibayangkan.salutlah dekat deyols ni