CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BarbiePink

Celebrities Yang Berjaya/Belum Hamil Dengan Rawatan IVF

  [Copy link]
Post time 1-10-2020 09:12 AM | Show all posts
copy_paste replied at 1-10-2020 08:05 AM
zaman skrg ni dah jd perkara biasa pasangan xde rezeki anak lagi....
harap mereka  bertabah lah

betul, rata2 dengar yang kahwin banyak belum dikurniakan zuriat. me, 2 org kakak ipar, dan seorang adik ipar. tak lekat2 lagi. sian mak mertua iolss

semua anak dikahwinkan awal, tp takde cucu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 09:17 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan dan diberi kekuatan buat semua yg masih belum dikurniakan zuriat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 09:28 AM | Show all posts
susah sebenarnyaa kan buat ivf ni. mental kena kuat, kena banyak rest n tak blh buat kerja berat. kalau x benda tu senang fragile. dah laa duit byk keluar. tp byk pasangan yg kaya2 diuji mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
jijilaaa replied at 1-10-2020 09:12 AM
betul, rata2 dengar yang kahwin banyak belum dikurniakan zuriat. me, 2 org kakak ipar, dan seorang ...

Jgn putus asa berusaha, insya Allah ada rezeki nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 09:38 AM | Show all posts
doakan saya ada rezeki anak lepas nie.. 8 thn dh menanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Redmyvi replied at 1-10-2020 09:38 AM
doakan saya ada rezeki anak lepas nie.. 8 thn dh menanti

moga dapat rezeki dpt anak aminnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2020 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Redmyvi replied at 1-10-2020 09:38 AM
doakan saya ada rezeki anak lepas nie.. 8 thn dh menanti

Insya Allah ada rezeki nanti,  jgn putus asa berusaha dan selebihnya berserah pada Allah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal anak ni sensitif kan.... Yg subur terpaksa merancang,yg extreme sampai gugur pun ada. Yg xdpt plk habes berpuluh ribu...Dlm keluarga aku abg ipar aku belum dpt anak...dan dia mmg stress gila pasal ni..mmg xblh chill lgsg.. Ingat ms ry lps mak sedara aku tya mcm mn ni XXX,adik2 pintas semua dh ni..XXX je xde lg... Dia pya emo siap naik suara lg.. Tp aku xsalahkan dia.. Baik jg dia naikkan suara. Sekurang kurangnya org tau dia marah klu tya bab tu.. Dr pendam,senyum tp terluka dalam hati. Yg biras aku pulak chill je.. Badan bsr..mkn banyak.. Klu aku ckp woii byknya makan.. Dia bls selamba je..biasala..ibu mengandung mengidam semua... Skrg,kita sndr kena bijak bcakap..klu org positif blh la tya2 kbr bertukar2 pendapat.. Klu negatif,jgn sesekali bercerita pasal ni. Mcm kes aku ni,group wasup fmly pun kita xshare sgt pasal keletah anak2.. Ujian dr Allah..padahal abg ipar aku klu jumpa bdk,5,6 thn tu pun dia dokong je...mmg suka anak2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 09:53 AM | Show all posts
jijilaaa replied at 1-10-2020 09:12 AM
betul, rata2 dengar yang kahwin banyak belum dikurniakan zuriat. me, 2 org kakak ipar, dan seorang ...

aku pun tunggu 4 tahun,
pastu kawan2 aku pun ade yg xdpt anak lagi.....
yg main luar nikah senang2 dpt anak pastu buang
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:00 AM | Show all posts
CT Nurhaliza tgh pegnen rasanya..sebab mmg dia buat ivf lagi utk 2nd baby ..now tgh rehat  Aafiyah le dok nak cium adik dalam perut..nanny dia le post vidoe tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:04 AM | Show all posts
cupu replied at 1-10-2020 09:49 AM
Pasal anak ni sensitif kan.... Yg subur terpaksa merancang,yg extreme sampai gugur pun ada. Yg xdpt  ...

macam pakcik aku, berpuluh tahun kawen tapi xde rezeki anak
bila anak aku lahir....memang dia tatang cucu tu penuh kasih sayang
sampai makcik aku plak jeles anything cucu cakap, semua dituruti
cucu nangis sket,, dia yang kelam kabut check apehal hahaha

semoga kasih sayang yg dia curah, menjadi pahala berpanjangan utk dia
dia baru je meninggal 2 bulan lepas...Alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon indonesia zsakia sungkar dan irwan syah pun buat ivf kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga smeua berjaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BarbiePink at 1-10-2020 10:21 AM

Untuk info bersama



Persenyawaan In Vitro (IVF) adalah rawatan kesuburan terkenal, asalnya dikenali sebagai “bayi tabung uji”. Prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio. Kemudian, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim. IVF boleh dijalankan dengan mendapat telur daripada isteri dan sperma daripada suami. Berikut merupakan fakta yang anda perlu tahu sebelum menjalani IVF.

Masalah ketidaksuburan yang boleh dirawat dengan IVF

IVF mungkin boleh jadi penyelesaian kepada masalah kesuburan anda, jika anda atau pasangan mengalami masalah seperti ini: endometriosis, kiraan sperma rendah, gangguan ovulasi, keadaan rahim atau tiub falopio, sperma tidak mampu untuk bersenyawa dengan telur dan masalah ketidaksuburan lain yang tidak dapat dijelaskan.


Bagaimana ia membantu

Pada mulanya, wanita akan menjalani terapi hormon, yang akan disuntik ke dalam urat untuk merangsang pembentukan beberapa folikel di dalam ovari. Kemudian, folikel yang matang akan dikumpulkan dan disenyawakan dalam tabung uji (disebabkan itulah dinamakan bayi tabung uji). Selepas embrio terbentuk, satu atau lebih embrio akan dipindahkan ke dalam rahim melalui faraj isteri.



Kadar kejayaan IVF

Kejayaan rawatan bergantung kepada banyak elemen, seperti sejauh mana prosedur tersebut dilakukan, punca ketidaksuburan, umur wanita dan kesihatannya. Secara khususnya, kadar kehamilan adalah 66% daripada semua kitaran dan 60% daripada kitaran menghasilkan kelahiran hidup untuk ibu yang berusia bawah umur 35 tahun. Kemerosotan kadar kejayaan kelahiran bergantung pada umur wanita bermula daripada kira-kira usia 30 tahun.



Apa berlaku kepada embrio yang tidak digunakan?
Beberapa embrio yang dipindahkan ke dalam rahim boleh meningkatkan peluang konsepsi. Malah, peluang kehamilan kembar juga meningkat, namun ini juga bahaya untuk ibu dan bayi. Dalam kes ini, janin perlu dikurangkan untuk merendahkan risiko. Memandangkan pengurangan janin boleh menjadi pilihan yang sukar untuk setiap pasangan; baik dari segi etika dan emosi mereka, jadi sesetengah pasangan boleh memilih untuk memindahkan hanya satu embrio sahaja. Embrio yang tinggal boleh dibekukan untuk kegunaan kemudian hari.



Kos dan kesan sampingan

Harga sebenar rawatan ini mungkin berbeza mengikut lokasi pusat rawatan, perubatan dan polisi insurans anda. Anda mungkin akan mengalami kekejangan ringan, kembung, dan sedikit pendarahan selepas prosedur dilakukan. Bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan faraj, sakit pelvis, kencing berdarah atau demam panas, anda perlu segera berjumpa doktor anda.

IVF selalunya akan menjadi pilihan terakhir untuk pasangan yang kurang subur selepas mereka gagal dalam rawatan seperti perubatan, pembedahan dan intrauterine insemination (IUI). Meskipun IVF adalah kaedah yang paling berkesan untuk hamil, namun proses ini memakan masa dan mahal. Sebelum menjalani rawatan IVF, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu, ketahui semua pilihan yang anda ada serta bersedia dari segi emosi dan kewangan kerana hampir semua pasangan tidak berjaya pada percubaan pertama mereka.



Kredit Foto : HelloDoktor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:30 AM | Show all posts
Sensitip topik ni.
Pada iols, mana retis yg share tu, mungkin nk minta sokongan n doa yg baik2 melantun ke sheols.
N yg tak share plak, sbb rasa topik ni terlalu peribadi utk dikongsi, nak2 klo rawatan xmenjadi.
papepon i salute sapa2 yg sudi berkongsi kisah ivf dorang, ada yg siap buat journal. kagum tgk diorg sanggup bhempas pulas nk dptkan zuriat
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereka kata the process itself susah dan memenatkan...
Kesian mereka.. The struggle is real
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 10:42 AM | Show all posts
Geeayden replied at 1-10-2020 09:37 AM
Jgn putus asa berusaha, insya Allah ada rezeki nanti..

amin2. doakan ye moga ada rezeki untuk kami
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:43 AM | Show all posts
copy_paste replied at 1-10-2020 09:53 AM
aku pun tunggu 4 tahun,
pastu kawan2 aku pun ade yg xdpt anak lagi.....
yg main luar nikah sena ...

aku dah 3 taun ttc. my sister in law dah 14 taun. sorang tu 12 taun. adik ipar, 2 taun

doa2 kan ye moga kami ada rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Izu Islam berita tahun lepas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 11:01 AM | Show all posts
jijilaaa replied at 1-10-2020 10:43 AM
aku dah 3 taun ttc. my sister in law dah 14 taun. sorang tu 12 taun. adik ipar, 2 taun

doa2 kan ...

ade rezeki ade la,yg penting usaha,doa,tawakal....
mase xde anak ni enjoy dulu puas2,biar la ape org nak kata, diorg x duduk kat tempat kita mana nak tahu,ckp sedap mulut je,
ingt anak tu sesenang2 je ke nak buat jolok jadi,itu semua atas kuasa tuhan jugak nak bg ke x,

nt dah dpt anak,beri la kasih syg yg cukup,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.460064 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list