CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1643|Reply: 7

[Tempatan] Cluster Bakawali . Kali ini di Johor .

[Copy link]
Post time 1-10-2020 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 1-10-2020 08:26 PM

JOHOR BAHRU: Sembilan kontak rapat kepada suami isteri yang mencetuskan Kluster Bakawali di sini, disahkan positif COVID-19, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata kedua-dua suami isteri berkenaan pulang ke Johor pada 18 September lalu, menaiki kapal terbang dari Tawau ke Johor Bahru, sebelum diarah menjalani penetapan saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) bagi Sabah.

Katanya, kes itu hanya dikesan apabila kedua-duanya mula bergejala pada 24 September lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Sabtu lalu.

"Kedua-dua kes disahkan positif dan dirujuk ke Hospital Kluang bagi rawatan lanjut.

"Susulan itu, pengesanan kontak secara aktif pasangan suami isteri itu dijalankan.

"Sehingga semalam, sembilan kontak rapat suami isteri itu disahkan positif COVID-19, di mana lapan kontak rapat (generasi pertama) , bekerja di tempat kerja yang sama, manakala seorang kontak rapat adalah isteri kepada seorang pekerja di situ (generasi kedua).

"Premis bekerja berkenaan iaitu sebuah makmal sudah dijalankan proses dekontaminasi dan diarah ditutup sementara.

"Kesemua pekerja makmal itu juga diarah menjalani ujian COVID-19 dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah selama 14 hari," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selasa lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, kes indeks bagi Kluster Bakawali di Johor, adalah pasangan suami isteri warga tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna pada 13 hingga 18 September.

Beliau dilaporkan berkata, pada 24 September, kedua-dua kes bergejala demam, selesema dan batuk, yang kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, kes generasi kedua Kluster Bakawali adalah seorang guru (isteri kepada kes generasi pertama) yang bekerja di sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Johor Bahru.

Katanya, siasatan dan pengesanan kontak rapat dalam kalangan guru dan murid juga sedang giat dijalankan.

"Kesemua kontak rapat guru berkenaan akan menjalani ujian COVID-19 dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah selama 14 hari.

"Sehingga semalam, seramai 157 kontak rapat guru itu sudah dikenal pasti, di mana 70 orang adalah negatif manakala 87 lagi masih menunggu keputusan," katanya.

Vidyananthan berkata, kerajaan negeri amat memandang serius mengenai wabak COVID-19 yang sedang menular di Johor.

"Oleh itu, kerajaan menggesa orang ramai yang mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah untuk hadir ke mana-mana fasiliti kesihatan di negeri ini bagi menjalani penilaian risiko penyakit COVID-19.

"Di samping itu, kesemua yang diberi nasihat kuarantin perlu menjalani pengawasan dan pemerhatian sendiri di rumah selama 14 hari," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 02:33 PM | Show all posts
Ni kluster taman johor jaya ni..kat sana ada nama jalan bakawali..take note ye org2 johor
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 07:32 PM | Show all posts
balik sabah 18hb, mula bergejala 24hb, dapatkan rawatan 31hb. in between that time, dah bertebaran ntah ke mana2 ntah virus tu. tu sebab kluster bakawali dah masuk 2nd gen walaupun baru semalam kluster ni dilaporkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
arm_band replied at 1-10-2020 11:32 AM
balik sabah 18hb, mula bergejala 24hb, dapatkan rawatan 31hb. in between that time, dah bertebaran n ...

yang kali ini susah sikit nak catchup tak mcm masa mula2 covid dulu. Masa 1st covid tu kluster atas nama sekarang kluster atas daerah/negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dengar menteri penyangak dijohor ada hati nak bukak borders utk memberi pelancung jiran masuk?

kahlahkahlah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bercuti ke berkempen....or kerja...nak tanya dulu sblom charuttzzz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni bercuti rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu suara satu semangat
Satu malaysia kena corona
Empat belas negeri sudah terkena
Masih terkawal katanyaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.077219 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list