Amboi, berani betul seorang wanita menyampaikan hasrat ingin bermadu dengan isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan.
Paparan skrin perbualan dengan wanita yang ingin berkongsi kebahagiaan dengannya itu dikongsi Tya menerusi laman Instagram.
Kredit foto: IG Shukri
Dalam terkejut, pemilik nama Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 28, sempat berseloroh meminta pengikutnya melayan wanita terbabit yang disifatkannya kesepian.
"Boleh minta nombor WhatsApp? Akak janji tak buat jahat, akak ada niat baik ni. Nak berkongsi bahagia dengan Tya sebab akak orang susah belum bekerjaya.
"Akak boleh tolong Tya kat rumah. Nak sesama pergi Umrah dengan Tya," kata wanita itu.
Kredit foto: IG Tya/mStar
Tya yang diijabkabulkan dengan Shukri pada 20 November 2015 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 4, dan Maleeq Miqayl, tiga bulan.
"Aneh aneh betul," katanya. - CARI |