View: 2258|Reply: 14
|
[Dunia]
Hilang Sejak 1973, Dua Beranak Ditemui Selepas 40 Tahun Tinggal Dalam Hutan
[Copy link]
|
|
Hilang Sejak 1973, Dua Beranak Ditemui Selepas 40 Tahun Tinggal Dalam Hutan
Pelik tapi benar! Itu kejadian yang berlaku di Hanoi, Vietnam, apabila seorang lelaki Ho Van Thanh, berusia 82 tahun, dan anak lelakinya, Ho Van Lang, berusia 41 tahun dijumpai tinggal di sebuah hutan. Mereka berdua dipercayai hilang semasa perang negara dengan Amerika Syarikat kira-kira 40 tahun yang lepas.
Anak beranak tersebut hilang semasa perang dengan negara Amerika Syarikat kira-kira 40 tahun yang lepas. Mereka berjaya tinggal dalam hutan tersebut dengan hanya menanam sayur-sayuran hutan dan memburu binatang sebagai sumber makanan utama.
Ketika dijumpai, Thanh dapat berkomunikasi dalam bahasa etnik minoriti Cor, manakala Lang hanya tahu beberapa patah perkataan ujar Pegawai Tay Tra. Mereka juga tidak pernah berkomunikasi dengan siapa-siapa sepanjang berada di hutan tersebut.
Sebelum ini, Thanh kali terakhir dilihat apabila dia berlari ke hutan bersama anaknya Lang, yang baru sahaja dilahirkan ketika itu. Thanh bertindak sedemikian kerana rumahnya telah dibom sekali gus telah mengorbankan isteri dan dua anak lelakinya pada tahun 1973.
Mereka berdua ini ditemui apabila penduduk kampung berhampiran memasuki hutan tersebut dan membuat perjalanan sejauh 40 kilometer untuk mencari kayu. Paling mengejutkan, apabila mereka terjumpa dua rumah pokok milik Thanh dan Lang. Penemuan mereka ini terus dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
Ketika dijumpai, anak beranak itu kelihatan tidak bermaya dan memakai kain pinggang dan kemeja yang terbuat daripada kulit pokok. Kini, Thanh telah dirawat di pusat perubatan manakala Lang dijaga sendiri oleh keluarganya.
Menurut Hoang Anh Ngoc, Ketua Daerah Hanoi, meminta pegawainya untuk mengawasi mereka berdua untuk memastikan mereka tidak kembali semula ke hutan. Penemuan mereka ini secara tidak langsung mengejutkan pelbagai pihak dan ramai sudah menyangka mereka sudah mati.
Sumber : Bangkok Pos
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wow
i mean - what a story
the father lives through the war and now , peaceful present.
Pengalaman yg begitu menyedihkan, trauma buat si ayah - wow amazing human soul.
Cuma yg menariknya di sini ialah bab si anak yg baru lahir tu, di mana ajalnya panjang - penguasaan bahasa tu menarik sebab ia jauh daripada sistem sosial yg terbuka dan luas alam manusia kelompoknya, bukan puak Asli - ini menarik , feral children - kekanak yg diasuh dalam hutan dan aspek penguasaan bahasa mereka pun menarik juga.
wow - tak sangka saya masih membaca cerita begini ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana gambarnya..nak tau rambut panjang ke pendek. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam pernah baca kisah ini...
Rasanya dah lama, 5-6 tahun lepas..
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk benda boleh dikaji dari dorang ni
Cemana dorang boleh survived mentally
Perangai dorang cemana |
|
|
|
|
|
|
|
kaoru44 replied at 6-10-2020 12:41 PM
Thread ni kn?..sama..dlm thread bwh ni ada gmbr dia..
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewth ...
Rajin mencari....
Good job |
|
|
|
|
|
|
|
Wow...btw kalau kt mesia dah disyaki masuk dunia bunian dah ni...padahal elok je aman hidup |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 6-10-2020 12:44 PM
Rajin mencari....
Good job
Dlm ni kn slalu tajuk pelik2..
Dlm kes ni..i ingt pkataan tarzan tu..
So search kluar plak..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada yek.. TQ...... Nak kena lapor mod ni..........
|
|
|
|
|
|
|
|
I pun macam penah baca je citer ni
siap ada gambar sekali masa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam Blast from the Past |
|
|
|
|
|
|
|
Biorla depa nk duduk dlm utan tu...covid pon xde lg(dlm tu)... |
|
|
|
|
|
|
|
FC tutup Thread ni atas permintaan abang sendiri ...
kalau nak buka balik... boleh PM yer ...
Sebab Thread yang satu tu kat Board Kongsi Tular.
Boleh sebenar nya buka cerita yang sama asalkan menepati Peraturan Isu Semasa. Ada artikel ... samada artikel d tulis sendiri atau copy paste dari media lain nya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|