CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ChildrenOfBodom

Share channel Paranormal/Seram YouTube yang best2

[Copy link]
Post time 15-10-2020 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 15-10-2020 10:26 PM
ajak sapa2 teman tengok ramai2

tunggu la..ramai2 balik rumah tok aku mengasuh ni...baru aku layan citer hantu...biar depa takut ebrjemaah dgn aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2020 10:33 PM | Show all posts
sarah82 replied at 15-10-2020 10:29 PM
tunggu la..ramai2 balik rumah tok aku mengasuh ni...baru aku layan citer hantu...biar depa takut e ...

tp yg xbest tengok ramai2 bising xdpt nak fokus masing2 sibuk jd pengulas xberbayar
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 15-10-2020 10:33 PM
tp yg xbest tengok ramai2 bising xdpt nak fokus masing2 sibuk jd pengulas xberbaya ...

hahahaha..biar depa sama2 takut dgn aku..jadi x la aku seorg saja takut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2020 11:48 PM | Show all posts
sarah82 replied at 15-10-2020 10:13 PM
the nun aku tak tengok...takut..hahahaha

Movie omputeh nie tak seram mana cuma banyak scene jumpscare yg buat kita terkejut. Lagipun negara barat punya atmosphere tak menyeramkan macam nusantara Malaysia, Indonesia, Thailand yang creepy.

Isu depa pon lain, depa mostly pasai rumah tu haunted pasai ada dark secret/past, syaitan, misteri pembunuhan, kerasukan, cult dsbnya.

Nusantara kita ni selain pasai hantu2 folklore, most of movie kita nie mesti ada pasai jin, setan, black  magic, sihir, kerasukan, haunted places
penunggu semua laa..

Movie horror Turki pon camtu, elemen jin, sihir sesaja dalam pilem depa. bab hantu folklore tak banyak tapi pasai jin sihir setan banyakk.. cam melayu sebijik laa. dark, gloomy and grotesque.

dekat youtube channel AE On Demand, channel ni Malaysia punya, banyak filem2 horror Turki full movie. depa beli hak untuk siar kot. antara movie seram turki yang top dan famous siri sijjin la.. boleh la kak sarah tengok bila ada geng nnt




Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 15-10-2020 11:48 PM
Movie omputeh nie tak seram mana cuma banyak scene jumpscare yg buat kita terkejut. Lagipun negara ...

kak sarah tak rengok juga sebab kak sarah tau siccin ada guna jampi betul..berdasarkan pengalaman lalu..kak sarah x mo jadi masalah...hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2020 11:59 PM | Show all posts
sarah82 replied at 15-10-2020 11:50 PM
kak sarah tak rengok juga sebab kak sarah tau siccin ada guna jampi betul..berdasarkan pengalaman  ...

Sijjin 5 pulak seru nama seitan yg betul. Pengalaman apa tu? Diganggu semasa/selepas menonton kah? ceciter.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 15-10-2020 11:59 PM
Sijjin 5 pulak seru nama seitan yg betul. Pengalaman apa tu? Diganggu semasa/selepas menonton kah? ...

ang tau kan kak sarah suka sejarah..masa tu kams arah tak tau kak sarah ni ada keturunan (ayat saka menakutkan pulak)..jadi kak sarah suka belek buku2 lama sejarah termasuk yg ada seru menyeru...

one fine night..kak sarah baca la ayat menyeru cik ponti..kak sarah baca mcm buku sejarah...

rupanya kak sarah memanggil benda tu...3-4 mlm juga kena kacau...sebelum benda tu dihalau balik.

sejak dari tu baru kak sarah tau yg keturunan kak sarah mahir bab2 menyeru benda2 ni.

jadi kak sarah mmg elak dari tengok filem atau baca kitab2 yg ada seru menyeru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-10-2020 12:04 AM
ang tau kan kak sarah suka sejarah..masa tu kams arah tak tau kak sarah ni ada keturunan (ayat sak ...

Owh damn... begitu kisahnya patot tak layan movie2 seram.. kdg2 bila tengok / dengar/baca kisah seram memang rasa meremang tu ada.. tak semua tapi ada certain2.. like i said before kdg2 pas tgk video2 seram malam kena tindih ka mimpi pelik ka. ada jugak kawan yg mcm nie..last2 dia jadi takot nk tgk dah wayang seram..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 16-10-2020 12:17 AM
Owh damn... begitu kisahnya patot tak layan movie2 seram.. kdg2 bila tengok / dengar/baca kisah se ...

movie seram lagi menakutkan dari apa yg pernah kak sarah terjumpa.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 03:08 AM | Show all posts
Youtube Channel

PMFC Pak Munawer Fan Club

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Beraninya korang. Aku tgk cite hantu lawak pon takut. Cume berani baca citer2 kat bod mps ni je. Tu pon skip2 je
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha seriuslah bodom ko layan princeweed tu
Adehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 17-10-2020 05:06 PM
Hahaha seriuslah bodom ko layan princeweed tu
Adehh

Haha layan la gak kadang2 kalau naik recommendation. Content2 latest ni agak matang dan serius la sikit dok sembang hal teori konspirashit segala. Tak perasan dah sama ada content telenovela gaduh ngn spupu dia bagai tu ada lagi ke takdak dh xpenah nmpak sangat dh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2020 08:21 PM | Show all posts
Gomea replied at 17-10-2020 04:35 PM
Beraninya korang. Aku tgk cite hantu lawak pon takut. Cume berani baca citer2 kat bod mps ni je. Tu  ...

semasa bersekolah kami adalah pembaca tegar kitab mastika dan variasari
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok park dulu sebab byk youtubechannel yg belum explore. Best pulak channel Faizal Rozi tu. Aku biasanya tgk live Solo Ambush. Hilang seram mana2 tempat yg dia pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
FRV ni kualiti video best dah..tapi slack tang audio.. mumbling, plus dgn unfiltered ambiance noise yg menenggelamkan naration. Bila mai certain part, effect dia terlalu bingit. Umpama audio processing yg tak normalised. Tapi yg best, dia punya content mmg tight, ori, lain dari yg lain. Ossasuke hikaru pun nampak gaya ala2 FRV pada pandangan aku.

Princemeed mmg tak layan langsung. Mcm forumer lain cerita lah, bnyk cedok content international, BBNU syok le layan..sbb aku follow gak youtuber luar cam OmarGosh dan lain2..  Unboxing dyybuk box nampak ngarut sgt.. sama gak solo ambush, bosan.

MalamSeram mmg tiap2 mlm layan.. tapi cerita2 agak cliche dan predictable. But lately, bila dia open for teleconversation, rasa best sikit. Pengalaman pendengar berkaitan paranormal diluar negara pun best. New insight.

Kupi2Go pun best.content makin matang, dgn research yg tight. Alipbossku, pun ok la.. layan kejap bila YouTube recommended.

Bila bosan, aku selalu jugak cari balik recording cerita seram Isma Halil hamzah.. mmg legend dan sedap. Cerita pengawas hutan tu rasanya 5, kali aku ulang dengar tahun ni..

Untuk international, aku suka layan Paranormal 911. Cerita dari pengalaman team rescue yg berhadapan dgn paranormal thing. Agak bodoh juga,  rupanya mostly modern professional ni sceptical bab2 paranormal. Bila dah alami, masing-masing buka pekung di dada. Ada satu episod tu, s2e3 or episode 4.. ada tunjuk muka keluar dari dinding rumah. Sebijik macam situasi yg aku penah alami ketika kat uni dulu, study lewat malam dibilik kuliah sorg diri.

Misssing411 dan missing people in the woods pun syok juga.. strangebuttruestories pun best. Cerita ala2 malam seram Kc champion.. mostly bukan hantu, tapi misteri..

Bila dah kerap layan cerita hantu & paranormal omputih, kadangkala aku rasa hantu2 depa quite scary than local cliche ghosts.. pasal spirit depa lagu kurang ajaq berbanding local..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 17-10-2020 06:32 PM
Haha layan la gak kadang2 kalau naik recommendation. Content2 latest ni agak matang dan serius la  ...

Oh dah matang ke. Kdg bila dia bercerita mcm naik syeikh je, malas layan
Tu ramai panggil dia princeweed

Aku tengok channel true horror stories POV. Depa vlogger singapork, depa rakamkan blek pengalaman hantu yg orang selalu terkena
Xtau klau ko bleh layan channel ni. Try ushaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 17-10-2020 10:57 PM
FRV ni kualiti video best dah..tapi slack tang audio.. mumbling, plus dgn unfiltered ambiance noise  ...

FRV dgn kupi2go mmg layannn
Cuma aku pun x brpa suka audio FRV tu tenggelam cakap dlm air
Ke dia saja buat effect gitu??

Yg pengalaman ko nampak muka timbul kt dinding tu mcm mana bro
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 18-10-2020 10:18 AM
FRV dgn kupi2go mmg layannn
Cuma aku pun x brpa suka audio FRV tu tenggelam cakap dlm air
Ke di ...

Haa ada gak yg sependapat.. audio dia mumbling.. kena adjust mid & treble equalizer tinggi dan low bass utk nak dgr clear..sampai certain parts kena up balik bass.
Pasal face out from a wall tu, actually bukan from a wall, tapi from a whiteboard..
Ceritanya, masa tu aku dah sem akhir. Disebabkan subjek tak banyak, aku keje part time. Bila dah siang keje, nak buat assignment, yang sesuai hanya pada waktu malam.. subjek pun bukannya hardcore.. subjek elektif universiti je, penulisan puisi.. kena submit esok harinya.

Kat rumah sewa, memang tak boleh nak buat assignment, tambah2 untuk karang puisi, perlukan suasana yg tenang.. ye la, nak kena cari perkataan2 yg sesuai dgn tajuk puisi, bukan senang..

Jadi pada malam tu, aku decide nak buat assignment tu kat bilik kuliah/bilik tutorial universiti. Bilik ni kecik je boleh muat around 40 pax maximum. Aku sampai dalam pukul 10.30 malam.
Kat tingkat 3 bangunan tu,  ada 4 bilik kuliah yg sama..aku pilih bilik no 2. Tapi sebelum tu, ade gak jengok2 bilik2 lain. Nak tgk sapa yg ada.. bilik lain tu agak ramai student, kecuali bilik no 2, ada satu couple chinese ni tgh study. Aku pilih bilik ni.
Lepas bukak laptop dan helaian2 kertas yg aku dah draf serba sikit, aku mula mengarang.

Around 11.30 gitu kot, couple tu keluar. Jadi, tinggal la aku sorang dlm bilik tu. Nak jimat letrik, pas depa keluar aku switch off two row of lights, which is kat tengah dan depan bilik. Bilik ni ada 3 row lampu. Aku duduk belakang sekali.. everything ok la for the time.. sambil mengarang, browsing internet.. termenung jap cari ilham..

Then, dalam lingkungan jam 12.45am - 1am,  slowly aku rasa udara kat dalam bilik tu jadi makin tumpat/becoming dense. Nak huraikan macamana pun aku tak reti.. suasana jadi semakin hening. Tapi aku still steady lagi, layan mp3, sambil siapkan beberapa draf puisi. Haaa.. masa ni, aku dah mula perasan..hujung2 mata ni nampak some sort of flying orbs.  Bila aku pandang tepat, benda tu tak ada..

Kat tingkap pula, aku dengar crackle sound. Bunyi cam kaca nak crack tu. Pelan je bunyi tu. Intermittent. Selang beberapa minit dengar balik. Aku bolayan je. Cuma pikiran masa tu, mungkin proses kembang kucup kaca sedang berlaku. Malam sejuk, jadi kaca tu mengucup. Sebab tu dengar bunyi mcm tu.

Masih lagi steady. Dgn orbs bersimpang siur hujung mata, crackling sound.. pastu, mula dah dengar macam pasir atau batu halus dilontar ke tingkap.. tik! Tik!.. mula2 tingkap bahagian belakang..then tingkap tengah.

(Lupa nak huraikan keadaan bilik ni.. kalau duduk menghadap whiteboard, sebelah kiri adalah koridor dan pintu masuk. Sebelah kanan adalah tingkap kaca yg tak boleh buka tutup. Mmg dah seal mati. Laluan hanyalah di koridor sebelah kiri.)

Masa ni aku dah rasa lain. Cuba nak tenangkan hati dan fikiran. Aku sandar rapat di kerusi yg rapat di dinding. Cuba rehatkan mata dgn pandang whiteboard didepan. Masa ni la, seimbas lalu aku nampak satu wajah terkeluar dari whiteboard.. umpama satu muka manusia yg bengis cuba keluar dari sehelai kain putih.. (mcm gambar aku letak ni). Tak lama, sedetik saja..

Terkejut, kaku.. aku stone dekat 5 minit. Bulu roma naik, telinga berdesing.. tak tahu nak buat apa.. dah la bersepah meja dgn kertas2 draf.. stationaries.. laptop & charger..

Bila dah agak tenang.. pelan2 aku kutip draf2 tu.. cabut charger dari soket, masukkan dalam beg. Laptop aku biarkan terpasang lagu..
Terus aku usung laptop yg ternganga tu keluar dari bilik.. baru aku perasan, rupa2nya aku sorang je kat tingkat 3 tu.. budak2 lain dah lama blah..

Mujur masa on the way turun tangga tak ada apa2.. sampailah aku selamat tiba di rumah..
Puas aku nak gambarkan rupa tu mcm mana.. bila tertengok paranormal 911 tu, aku teringat balik pengalaman lalu..
Sekian..
Selamat siang.. seraaaaaaam..hehehehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2020 12:16 PM | Show all posts
evlinne replied at 18-10-2020 10:15 AM
Oh dah matang ke. Kdg bila dia bercerita mcm naik syeikh je, malas layan
Tu ramai panggil dia pri ...

hahahaa aku baru discover satu lg channel, Horrorzone YMTT



rasa not bad sebab ada nampak gangguan dsbnya. tak rubbish
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.162623 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list