CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1056|Reply: 2

[SABAH] Keputusan kerajaan tutup sekolah seluruh Sabah disokong ibubapa

[Copy link]
Post time 13-10-2020 06:22 PM | Show all posts |Read mode
SANDAKAN: Keputusan kerajaan menutup semua sekolah di Sabah susulan membendung penularan COVID-19 adalah satu tindakan yang baik dan disokong penuh oleh semua pihak  terutamanya ibubapa di negeri ini.

Naib Presiden II (Bapa) Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Kebangsaan merangkap Yang Dipetua MAPIM Negeri Sabah, Haji Otoh Sibik Haji Sahak berkata tindakan Kerajaan Malaysia untuk menutup semua sekolah di seluruh Sabah melalui keputusan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia telah memberi tumpuan khusus kepada situasi di Sabah adalah tindakan dan keputusan yang baik dan patut disokong oleh semua rakyat bukan saja di Sabah tetapi di seluruh negara.

“Keputusan untuk menutup semua sekolah di Sabah bukan sekadar di Zon Merah merupakan antara usaha kerajaan untuk memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan dengan berkesan  mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau berkata peningkatan mendadak COVID-19 di negeri ini bermula di daerah Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak selepas pilihan raya negeri (PRN) ke16, bukan sahaja menimbulkan kebimbangan dan kerisauan di kalangan orang awam terutamanya ibubapa terhadap anak-anak mereka tetapi ianya juga menimbulkan resah gelisah ke atas warga pendidik khususnya para guru-guru di negeri ini.

“Mereka menjadi frontliners kepada ratusan ribu pelajar di seluruh negeri Sabah. Mereka terlalu stres dan menghadapi tekanan semasa bertugas sebab amat berisiko tinggi dan mudah untuk dijangkiti oleh wabak ini,” katanya.

Otoh Sibik berkata setiap hari peningkatan kes baharu bertambah di beberapa daerah seperti daerah Sandakan telah dikategorikan Zon Merah, amat ketara sekali dan menakutkan.

“Maka dengan tindakan kerajaan menutup semua sekolah di negeri ini merupakan salah satu usaha dan langkah kerajaan untuk membendung dan memutuskan rantaian COVID-19 supaya tidak merebak secara berleluasa dan pada masa yang sama keselamatan rakyat di negeri ini terjamin dan terbela,” jelasnya.

Yusop Teppo


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sana bil kes sgt tinggi. Baik tutup je dulu dgn hrpn dpt bantu putuskan rantaian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2020 06:16 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 13-10-2020 09:03 PM
Sana bil kes sgt tinggi. Baik tutup je dulu dgn hrpn dpt bantu putuskan rantaian
ha`ah sepatut nya gtu kan ...

kurang2 mengurang kan penyebaran lebih banyak lagi ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.049777 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list