View: 1263|Reply: 4
|
[SARAWAK] Terima rasuah, timbalan pengurus besar agensi kerajaan direman tujuh h
[Copy link]
|
|
KUCHING: Seorang penjawat awam lelaki yang berpangkat timbalan pengurus besar di sebuah agensi kerajaan di sini, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah membabitkan wang berjumlah sekitar RM36,100.
Permohonan reman terhadap suspek berusia 57 tahun itu dilakukan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Menurut sumber, suspek dikatakan menerima rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor sebagai dorongan untuk memudahkan dan mempercepatkan bayaran tuntutan kerja-kerja pembinaan yang siap dilaksanakan.
Suspek yang tidak diwakili peguam itu dikatakan melakukan perbuatan terbabit secara berperingkat dari sekitar tahun 2015 sehingga 2018.
Hafizah Abdul Hamid
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lg 3 thn nk pencen. Sesia je |
|
|
|
|
|
|
|
dah biasa buat ...
selama ni tak tertangkap... orang kumpul2 bukti skit2 ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 14-10-2020 06:19 PM
dah biasa buat ...
selama ni tak tertangkap... orang kumpul2 bukti skit2 ...
X baloi ambik rasuah ni. Duit 'pns'. |
|
|
|
|
|
|
|
bila nafsu menguasai akal ...
tu la jadi nya ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|