Hanya kerana mahukan wang saku, seorang remaja lelaki diliwat lelaki durjana!
Kejadian yang berlaku di Sumbawa, Indonesia pada sabtu lalu menyaksikan tertuduh, R Alias Tamara, 35, pekerja salon kecantikan telah menjadikan RR, 14, mangsanya di bilik mandi salon tersebut.
Tertuduh berbaju warna jingga - Tribunnews
Menurut Tribunnews, pada mulanya RR meminta 10 ribu Rupiah (RM2.83) daripada Tamara. Bagaimanapun, pemangsa menggula-gulakan 100 ribu Rupiah (RM28) dengan syarat mangsa melayan nafsu songsangnya.
Mangsa kemudiannya terpedaya lalu mengikut tertuduh ke bilik mandi dan menjadi mangsa salah laku seksual.
Gambar hiasan - Main Place
Setelah memuaskan nafsunya, tertudung memberikan wang sebanyak 20 ribu Rupiah (RM5.67) kepada RR dan juga berjanji untuk memberikan 100 ribu Rupiah (RM28) jika mangsa sanggup melayannya di kemudian hari.
Berikutan kejadian, pihak berkuasa menangkap tertuduh untuk didakwa.
Jahatnya lelaki tersebut. Sanggup menggunakan remaja sebagai pemuas nafsu! - CARI |