Lelaki dijatuhi hukuman penjara tambahan lapan tahun selepas didapati membuat lebih 3,500 panggilan kepada gadis berusia 13 tahun secara sembunyi-sembunyi di sebalik jeriji besi.
Thomas Adams, 29, sebelum ini ditahan pada Jun tahun lalu selepas didapati berdua-duaan dengan gadis berkenaan yang dilaporkan hilang di dalam biliknya.
Kredit foto: Daily Star/SWNS
Pada Oktober 2019, polis dimaklumkan bahawa Adams masih menghubungi remaja itu setelah bapanya merampas telefon bimbit anaknya.
Daily Star melaporkan, Mahkamah Bradford Crown pada Rabu lalu dimaklumkan polis mendapati lelaki itu masih menghubungi remaja terbabit.
Bukti telefon menunjukkan hanya dalam tempoh enam bulan ketika ditahan, Adams telah membuat 3,506 panggilan dan 12,975 kiriman pesanan ringkas.
Difahamkan, polis hanya menemui pengecas telefon bimbit, gambar remaja berkenaan dan buku panduan telefon yang tertera nombor telefonnya pada Februari lalu.
Polis juga menemui telefon bimbit mini yang disembunyikan di dalam saluran paip di sebuah sel pemisah.
Adams mengaku bersalah atas tuduhan terbabit dengan aktiviti seksual, menghasut remaja bawah umur untuk melakukan aktiviti seksual dan melakukan komunikasi seksual dengan remaja tersebut. - CARI |