CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1530|Reply: 14

[SARAWAK] PRN Sarawak tiada pilihan.

[Copy link]
Post time 16-10-2020 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak tiada pilihan bubar DUN, adakan PRN12

KUCHING: Sarawak tidak mempunyai pilihan untuk menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun tempoh matang DUN Sarawak berakhir pada Jun 2021.

Hal ini kerana kata Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Simanggang, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ia tertakluk kepada perlembagaan yang memperuntukkan pembubaran DUN, atau ia akan terbubar secara automatik.

"Keputusan untuk mengadakan PRN bukan pilihan, sebaliknya tertakluk kepada peruntukan perlembagaan.

"Ini terpulang kepada kebijaksanaan Ketua Menteri untuk menasihati Tuan Yang Terutama berhubung pembubaran dan bila PRN12 perlu diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Serbaguna Pusat Khidmat Parlimen Santubong, di sini pada Jumaat.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, keputusan pembubaran DUN oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu dibuat selepas mengambil kira lunas undang-undang dan perlembagaan.

Selain itu, Wan Junaidi turut menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi PRN Sarawak.

Malah katanya, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas SPR untuk memastikan perjalanan pilihan raya dalam keadaan selamat.

"Pihak SPR mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk memutuskan SOP tertentu untuk digunakan ketika berada di lokasi penamaan calon, berkempen dan pengundian awal. Semua itu di bawah bidang kuasa SPR," tambahnya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar 72 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Parti BN dibubarkan di Sarawak setelah pertimbangan dan keputusan sebulat suara daripada empat parti komponen negeri itu untuk keluar dari parti berkenaan dan membentuk sebuah gabungan dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pembentukan gabungan tersebut dilihat mempunyai hala tujunya tersendiri yang mampu membawa aspirasi serta melindungi kemaslahatan rakyat Sarawak berlandaskan Perlembagaan Persekutusan dan Kerajaan Persekutuan.

Parti-parti berkenaan adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresi (PDP).

Abang Johari memenangi kerusi DUN Satok dengan majoriti undi 5,045 menewaskan pencabarnya, Mohammad Salleh Shawkatali pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2020 11:28 PM | Show all posts
adoi ...

harap dapat tangguh ...


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 16-10-2020 11:28 PM
adoi ...

harap dapat tangguh ...

takkan tak boleh tunggu sampai tahun depan...setahun saja lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2020 11:52 PM | Show all posts
sarah82 replied at 16-10-2020 11:40 PM
takkan tak boleh tunggu sampai tahun depan...setahun saja lagi.
cukup tempoh kot ...

ntah ...
malas ambik tau sangat pasal politik...

kita sakan bergomol berwrestling ...
poket orang lain yang penuh

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Another sabah in the making?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 16-10-2020 11:52 PM
cukup tempoh kot ...

ntah ...

kak sarah baca patutnya tahun 2021 baru bubar DUN..PRN dulu tahun 2016 kan?

mungkin SPR patut pertimbangkan voting online..pengundi kena log in system guna biometrik/cap jari baru boleh vote..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2020 12:03 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 16-10-2020 11:58 PM
Another sabah in the making?
haaa tau takpa ...

harap tak la ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2020 12:06 AM | Show all posts
sarah82 replied at 16-10-2020 11:58 PM
kak sarah baca patutnya tahun 2021 baru bubar DUN..PRN dulu tahun 2016 kan?

mungkin SPR patut p ...
malas ikut perkembangan politik Sarawak selepas kematian arwah Tok Nan...

mungkin SPR patut pertimbangkan voting online..pengundi kena log in system guna biometrik/cap jari baru boleh vote..
rasa nya kita blom bersedia untuk mengundi cara camni...
atau memang dah ada kat Malaysia ni...? FC jer tak tau...?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2020 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 17-10-2020 12:06 AM
malas ikut perkembangan politik Sarawak selepas kematian arwah Tok Nan...

rasa nya kita blom ber ...

mungkin depa ada sebab yg munasabah.

tak ada lagi..kaks arah terfikir kalau bank kita boleh guna biometrik utk log in takkan SPR tak boleh buat sistem yg lebih kurang sama memandangkan keadaan skrg yg tak sesuai utk buat kaedah piliharaya manual
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kan  berakhir jun 2021...tunggu jer lah..lebih kurang 8 bln jer lagi....apa da x boleh sabar politaik ni semua???
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Carik penyakit LG ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2020 05:20 PM | Show all posts
Skuau replied at 17-10-2020 12:37 AM
kan  berakhir jun 2021...tunggu jer lah..lebih kurang 8 bln jer lagi....apa da x boleh sabar politai ...
Bukan dalam masa terdekat ni dan itu pun mengikut perbincangan setelah menitik berat kan apa yang telah berlaku di Sabah supaya tak berulang lagi dan perancang perlu sebab DUN SARAWAK automatik akan terbubar pada June 2021



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2020 05:24 PM | Show all posts
PRN SARAWAK HARUS DIADAKAN KECUALI YDPA ISYTIHAR DARURAT -DSWJ-

APA yang terjadi kepada situasi Covid-19 yang melanda Malaysia sekarang banyak disesali oleh rakyat jelata kerana ianya mampu dielakkan andaikata PRN Sabah tidak diadakan.

Dek kerana itulah rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak khususnya agak skeptikal andaikata Sarawak pula negeri kedua yang hendak mengadakan pilihanraya negeri.

Rata-rata rakyat tidak mahu “pisang berbuah dua kali” kerana gelombang ketiga yang membadai Sabah mungkin boleh terjadi ke atas Sarawak pula.

Menurut Dato Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong yang merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, juga seorang pengamal undang-undang di Sarawak situasi Covid-19 di Sabah dan Sarawak adalah berbeza sama sekali.


Suka atau tidak semua kena menerima bahawa Dewan Undangan Sarawak secara automatik akan terbubar pada Julai 2021.


Untuk itu, Kerajaan Sarawak melalui Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari dengan izin daripada Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak iaitu Tun Pehin Seri Abdul Taib bin Mahmud akan memainkan peranan yang besar untuk membubar DUN Sarawak pada masa yang ditetapkan kerana itulah proses perlembagaan yang harus diikuti.

Tambah beliau lagi, apabila DUN Sarawak sudah dibubarkan maka Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mempunyai tempohmasa 60 hari untuk mengadakan pilihanraya Negeri Sarawak.

Jadi diperkira dengan hanya tinggal beberapa bulan lagi berkemungkinan besar DUN Sarawak akan dibubarkan pada hujung tahun ini dan PRN Sarawak dijangka diadakan pada awal tahun hadapan.


Hanya satu sahaja yang boleh menghentikan sebarang pilihanraya diadakan iaitu tatkala YDP Agong mengisytiharkan darurat.

Sememangnya PRN Sarawak tidak mampu dielakkan dan bukan sama sekali kerana pemerintah yang sedia ada sekarang suka-suka untuk berbuat sedemikian demi mengejar kuasa.


Situasi PRN di Sarawak BERBEZA sama sekali dengan PRN Sabah tempohari.

Credit RP


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 05:40 PM | Show all posts
nk repeat hal di sabahke
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 17-10-2020 05:24 PM
PRN SARAWAK HARUS DIADAKAN KECUALI YDPA ISYTIHAR DARURAT -DSWJ-

APA yang terjadi kepada situasi C ...

Ok, tp since automatically bubar pd June 2021, apa kata dia bubar je bln 3-4 thn dpn? Klu nk bubar gak hjg thn ni, mmg mencari nahas ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.237321 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list