CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 974|Reply: 3

17102020 Covid 19

[Copy link]
Post time 17-10-2020 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Sehingga 12:00 tengah hari, sebanyak 629 kes baharu telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,758 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 6,323 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 489 kes (77.7 peratus). Lebih banyak keputusan makmal telah diperolehi. Makmal di Sabah misalnya, telah menjalankan 3,296 ujian semalam dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membantu menghantar 5,340 sampel ke Semenanjung Malaysia untuk diproses segera.

Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 50 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lapan (8) kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dua (2) kes. Kesemua negeri-negeri ini adalah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Secara keseluruhan, sebanyak 38 kes (6 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara.

Ingin dimaklumkan daripada 629 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan warganegara iaitu dari negara:
• New Zealand (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
• Singapura (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada 627 kes penularan di dalam negara, 577 kes adalah warganegara Malaysia dan 50 kes adalah bukan warganegara.
Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, 16 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 437 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 489 kes
260 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
71 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
158 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Selangor: 50 kes
25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Merbok;
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 33 kes
32 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes saringan tahanan lokap.

Wilayah Persekutuan Labuan: 19 kes
Sembilan (9) kes daripada Kluster Bah Bundle;
Enam (6) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes saringan sign off kapal.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lapan (8) kes
Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: Sembilan (9) kes
Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Buntar; dan
Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lekir.

Kedah: Tujuh (7) kes
Enam (6) daripada Kluster Tembok; dan
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).

Johor: Lima (5) kes
Dua (2) kes daripada Kluster Simera;
Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes saringan bergejala.

Melaka: Tiga (3) kes
Dua (2) kes daripada Kluster Utama; dan
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Buntar; dan
Satu (1) kes daripada Kluster Selasih.

Negeri Sembilan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Pahang: Satu (1) kes sign on kapal.

Terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 176 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Credit to FC DG Noor Hisham


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2020 12:16 AM | Show all posts
Semoga cepat la berhenti Covid 19 ni ...

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kita dijauhkan drp penyakit.
Nak tunggu wabak berakhir, kena tunggu lama lagi la.. pastikan ikut sop sbb itu shj caranya setakat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kita, dijauhi daripada penyakit berjangkit ni.. Sentiasa follow SOP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.074645 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list